Rate

Intai

Romance Completed 402255

"Assalamualaikum, Azah kusayang. I'll be late a bit today. You'll manage being alone at home tonight?"

"Waalaikumussalam darling. Alah, mengada sangat tanya macam tu. Azah bukan tak biasa sorang-sorang. Tapi nanti balik makan dekat rumah tak?

Azah ada dekat pasaraya TMG ni. Tengah beli barang dapur. Kalau balik makan dekat rumah, boleh Azah masak lebih sikit." Troli ditolak perlahan sambil matanya memerhati sekeliling, mencari barang yang ada dalam senarai keperluan dapur yang perlu dibelinya.

"Tak tak, Azah masak untuk Azah je ya. Sorry. But see you later. Thank you for the offer sayang."

"Okey. Ada nak kirim apa-apa tak? Buah ke, apa ke? Buah pic ada ni" Sekotak pic diambil dari rak ruangan sejuk, ditilik mencari kalau-kalau ada kerosakan pada buah itu.

Dia letakkan buah pic itu ke dalam troli.

"Hmmmm boleh. Blueberry dan strawberry jugak. And pear, kalau ada. Nak makan dengan overnight oat esok pagi. Thank you, love. I owe you for today!" Jerit suara di sebelah sana talian dengan nada teruja.

"Don't be. I'm just returning your favor, darling. So, see you later, tonight, okay?" Balas Azah.

"Yeah, see you! Assalamualaikum." Talian diputuskan.

Azah menyimpan telefon kedalam beg tangannya semula. Dia memperlahankan troli sebelum berhenti sepenuhnya untuk mengambil sekotak strawberi dan buah beri biru yang hanya tinggal satu di rak itu.

"Eh, maaf." Ucap Azah terlebih dahulu.

Tatkala tangannya mahu mencapai buah beri biru itu tadi, satu tangan milik manusia lain turut memegang kotak itu. Bersama-sama mereka mengangkat keluar kotak beri biru itu dari ruangan sejuk. Cepat sahaja dia menghulurkan kata maaf.

"Azah, kan?" Tanya suara itu.

Azah pantas mengangkat pandangannya, memandang lelaki yang hampir 20cm tingginya dari Azah. Azah telan air liur. Macam mana lelaki ini boleh ada disini?

Spontan, Azah segera melepaskan pegangan pada kotak lutsinar buah beri biru itu. Kelihatan lelaki itu teragak-agak mahu bersuara lagi.

"Sorry. Tak apalah. Encik ambik." Ucap Azah lalu segera berlalu dari ruangan itu.

"Azah, Azah, tunggu!" Panggil suara itu, kemudiannya terdengar derap langkah kakinya yang pantas seolah berlari itu mengetuk lantai.

Dia mendahului Azah dan menahan trolinya. Buah beri biru itu diletakkan ke dalam troli Azah.

"Azah, wait! Tak apa, awak ambik. Saya nak cakap dengan awak sekejap je, please."

"Saya bukan Azah. Maaf, encik salah orang." Trolinya ditolak kuat, cuba melepasi lelaki itu yang sedang gagah menghalang.

"Tak, awak Azah. Saya kenal awak. Saya cam muka awak, dan saya ingat suara awak. Please, kita bercakap dulu sekejap."

"Tepilah encik. Saya bukan Azah. Please encik, kalau suami saya nampak, nanti dia salah faham." Balas Azah tegas.

"Awak, dah kahwin semula ke? But I thought..."

Azah menolak trolinya lagi, meninggalkan lelaki itu melayan keadaan diri yang terkesima dengan apa yang barusan keluar dari mulut Azah dan membiarkan dia berlalu pergi.

Enjoy reading the teaser! :) Love, N

Share this novel

mira
2021-09-22 22:26:18 

alhamdulillah sy dh hbis baca cerita best sngt blh jdkn stu pngajaran

Cik Mafia
2021-09-22 12:46:27 

Alhamdulillah dh habis baca,serius cerita ni byk pengajaran,kata ii semangat ,ilmu dn byk lagi..goodjob author..buku ni kalau dibukukan pun sgt sesuai kerana iannya byk yg bermanfaat ...teruskan berkarya author ...goodluck..love this story..

Nur Aisyah
2021-09-18 19:33:00 

mt mlm


NovelPlus Premium

The best ads free experience