Rate

Bab 68 : Nurul

Romance Completed 402255

Azah yang sedang menggosok tudungnya diruang tengah bilik itu tercengang apabila Nurul kelam-kabut keluar dari bilik Azah.

"Nurul, kenapa? Nurul, Nurul, Nurul kenapa?" Panggil Azah berkali-kali namun tidak di hiraukan Nurul.

Dia cepat-cepat masuk ke bilik semula dan masuk ke ruangannya untuk memakai tudung. Tatkala dia mencapai telefon Sony Ericsson nya itu, baru lah dia terperasan kan sesuatu.

"Oh my, what the, arghhh. Azah! Patutlah Nurul marah." Azah campak sahaja telefon itu masuk ke dalam beg kuliahnya.

Kerana kecuaiannya, dia bakal kehilangan seorang sahabat hari ini. Ya Allah, aku mohon janganlah Nurul benci kan aku Ya Allah.

*****

Tiba sahaja di kelas, Azah mencari kelibat Nurul. Namun Nurul tiada. Perasaan takutnya tadi bertukar cemas. Ke mana perginya Nurul? Beberapa kali Azah cuba untuk menghubungi Nurul namun setiap kali itu juga panggilannya ditolak oleh pihak sana.

Memandangkan pensyarah sudah melangkah masuk ke kelas itu, Azah duduk di tempatnya. Jasad di dalam kelas, namun fikirannya menerawang memikirkan setiap lokasi yang kemungkinannya menjadi tempat pilihan Nurul untuk melarikan diri darinya.

"Azah, Azah, are you here?" Tanya Dr. Atifah.

Senggolan dari rakan sebelah kanannya pada siku kanan Azah mengejutkannya.

"Azah!" Panggil Dr. Atifah lagi.

"Yes Dr." Sahut Azah.

"So, what's your answer?" Tanya Dr. Atifah.

"Answer? What answer Dr.?" Tanya Azah yang masih mamai.

Hilmi menelan air liur melihatkan Azah yang masih tidak dapat menangkap soalan yang ditanya oleh Dr. Atifah. Terasa seperti mahu dibantu sahaja buah hati pengarang jantungnya itu.

"Answer for the question that I asked you about the old culture of Arabs that used to kill their daughters. Why do you think they did that?" Dr. Atifah mengulang soalannya semula.

"Oh yeah, I'm sorry because I got confused when you said answer. Because I really cannot, and not eligible to provide the answer. But, I do have an opinion regarding why they killed their daughters.

Back then, the women were not treated right. Logically, if they truly intended to kill women, they would have killed all girls, but they will not be able to carry on the legacy of their clans because, there will be no women to bear their children.

Since women were treated like goods, passed on here and there, and not every Arabs have the heart made of stone, which based on my humble opinion, I believed that the fathers had no intention to kill their daughters since they were just babies, but they had to do that so that their babies did not have to go through the sufferings of being an adult woman in that time.

Is that right, Dr.?" Tanya Azah semula.

Dr. Atifah tersenyum.

"Since you said that is your opinion, I cannot say whether it is right, or wrong." Balas Dr. Atifah.

Azah mengukir senyuman kekok memandangkan hampir kesemua mata terarah kepadanya.

'Bright girl, as always, my Azah.' Monolog Hilmi sambil tersenyum.

*****

"Azah, kenapa awak lari dari saya?" Tanya Hilmi yang sebaik sahaja kelas tamat tadi, dia terus mengejar Azah.

"Saya tak lari. Saya ada kelas." Azah memberi alasan.

"Tipu, awak sekelas dengan Syukri kan? Syukri cakap kelas dia cancel." Balas Hilmi.

Aduhh, bala betul!

"Saya nak pergi cari Nurul. Coke, eh, Hilmi, Nurul suka dekat awak tau. Dia dah cakap kan dekat awak? Mana boleh awak cakap macam tu dekat saya. Awak nak saya dengan Nurul bergaduh ke?" Tanya Azah lagi dengan mukanya yang sudah memerah, marah dan juga malu sebab tersasul tadi.

"Tapi saya tak ada perasaan dekat Nurul. Takkan saya nak terima je dia tanpa apa-apa perasaan. Zalim untuk dia, dan jugak saya. Please Azah, bagi saya peluang." Rayu Hilmi perlahan, takut didengari oleh orang yang lalu lalang.

"Saya tak nak, saya nak pergi cari Nurul." Tingkah Azah.

"Awak suka saya, tapi awak tak boleh nak terima saya, demi Nurul? Macam tu ke?" Tanya Hilmi.

Azah terdiam.

"Errr, mana ada saya cakap saya suka awak. Eh tepi lah Hilmi. Saya nak kena cari Nurul ni." Tingkah Azah.

"Okey, kita cari Nurul sama-sama. Lepas tu kita cakap soal kita pulak." Balas Hilmi.

"Tak ada apa-apa yang kita kena bincangkan. Sebab tak ada soal kita. Kita ni dua individu yang berbeza. Saya dengan awak, orang yang berbeza." Jawab Azah pula dengan geram kerana Hilmi masih menahannya.

"Memanglah dua individu yang berbeza. Tak ada pun saya cakap kita ni kembar siam ke apa. Dah, jom cari Nurul dulu. Nanti awak sambung marah sayang. Eh maksud saya, sambung marah saya."
Wuuuu, seramnya tersasul ni.

Azah menunjukkan penumbuknya kepada Hilmi sebagai balasan kepada ayatnya yang tersalah ditutur tadi. Syukri sudah berdekah gelak dari jauh. Tak perlu dia mendekat, dari jauh sudah dapat dia meneka ada lah tu usikan Hilmi yang membuatkan Azah agresif begitu.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience