Rate

Bab 75 : Nama

Romance Completed 402255

"Kecik-kecik dah comel, uish, semangat betul. Berapa beratnya ni?" Tanya Ghani.

"4.5kg abah." Jawab Hilmi.

Terbuntang mata Ghani. Apa tidaknya, tambah 500 gram lagi terus sama beratnya seperti sekampit beras bersaiz kecil.

"Semangatnya Ya Allah! Apa lah ibu kamu makan hari-hari ya sampai cucu atuk semangat sangat macam ni." Usik Ghani.

"Hari-hari ibu makan piza atuk. Kalau tak dapat piza, tak boleh tidur malam-malam." Jawab Hilmi sambil tangannya ligat membantu Azah mengikat rambutnya tinggi.

Branula yang masih ada pada kekura tangan Azah menyukarkan dia berbuat demikian sendiri. Azlinda hanya duduk di kerusi yang disediakan. Raut wajah Azah menunjukkan yang dia benar-benar gembira menjadi surihati Hilmi.

"Baby ni tak ada apa-apa masalah kan besar macam ni?" Tanya Ghani.

"Alhamdulillah tak ada. Cuma, hari pertama lahir tu, dia masuk wad ICU untuk kanak-kanak tu sebab doktor nak pantau dia. Ada beberapa test jugak yang doktor buat, sebab nak pastikan dia tak ada apa-apa penyakit sebab semangat sangat ni." Balas Hilmi.

Azlinda masih berdiam diri lagi. Cuma, melihatkan lauk nasi tengahari yang dihidangkan oleh pihak hospital, dia mencebik lagi. Ada ke orang baru bersalin dihidangkan telur, dan juga ayam masak kurma. Belum disebut sayurnya lagi tu, taugeh masak lemak. Penutupnya pula, buah tembikai.

"Kata mentua jaga baik sangat, apa tak dihantarnya nasi dengan lauk pantang? Orang baru lepas bersalin tak makan lauk macam ni.

Orang makan ikan bakar, cicah dengan lada hitam tu kalau baby tak kena demam kuning, sayur pulak, sawi tumis air je, tak pun lobak putih. Kalau nak makan buah, oren boleh lah. Ini tembikai dimakannya. Bersalin dekat hospital kerajaan, macam ni lah." Bebel Azlinda panjang lebar.

Hilmi dan Azah berpandangan sesama sendiri. Hilmi menggeleng kepalanya sambil tersenyum kecil kepada Azah. Faham yang sengketa antara mereka berdua masih belum berakhir. Namun menyedari riak wajah Azah berubah apabila nama ibu mentuanya disebut, Ghani sedar dia perlu memainkan peranan.

"Tak apalah nenek, bersalin kat mana-mana pun. Asalkan saya dan ibu saya selamat. Hospital kerajaan lah bagus, bayar pun tak mahal. Jimat duit daddy, boleh simpan untuk masa depan saya dan ibu. Pasal makanan ibu tu pulak, apa kata nenek balik rumah daddy saya nanti, nenek masakkan untuk ibu?

Barulah bagus macam tu, kan atuk? Kesian oma dah jaga ibu lama. Dah dua hari oma jaga ibu dan saya." Sahut Ghani pula dengan suara yang di kecilkan, acah-acah suara cucu yang sedang dipangkunya.

Azlinda menelan air liurnya perlahan. Pandai sangat memerli, nah ambik, setepek di dahinya apabila suami sendiri dengan cerdik pandainya memberi cadangan.

"Balik rumah sekejap lagi, boleh la singgah pasaraya dulu. Saya temankan awak beli barang masakan pantang. Mesti awak seronok kan, jaga anak dalam pantang. Dapat pulak cucu comel semangat macam ni. Siapa tak happy." Usik Ghani lagi.

*****

"Ingatkan datang sebab ikhlas nak tengok sayang dengan baby, rupanya nak mengata je. Ibu ibu." Komen Azah apabila abah dan ibunya sudah balik ke rumah.

"Tapi okey lah, at least ibu datang." Pujuk Hilmi.

"Sayang tak kisah kalau dia mengata sayang. Tapi bila dia mengata mama, sayang terasa lah. Malu pulak tu dengan abang. Sebab mama dah sehabis baik jaga sayang dekat sini.

Makan tu, sayang tak kisah langsung. Setakat ini tak ada sakit-sakit lagi sayang makan makanan hospital sediakan ni. Sorry abang, sebab ibu tadi cakap yang bukan-bukan pasal mama." Ucap Azah.

"Abaikan jelah, sebab kita kan tahu mama dah banyak tolong kita. Jangan jadikan ini isu untuk gaduh dengan ibu lagi. Sayang pun jangan stress, kalau tekanan darah naik, lambat pulak balik rumah nanti." Balas Hilmi.

"Kalau kita tengok dari sudut positif, baguslah ibu bebel pasal makanan tu. Tandanya dia risau dengan apa yang sayang makan. Risau tu tandanya sayang. Dia concern. Dia care. Kita doakan je yang baik-baik." Sambung Hilmi.

"Dia patutnya bebel pasal makanan je, jangan babitkan nama mama. Kesian mama, padahal awal-awal tu mama yang banyak tolong kita." Bebel Azah lagi.

"Dah lah, biarkan je. Jangan layan sangat. Kita sekarang kena fikir nama baby. Abang buntu nak letak nama apa. Bila tengok muka dia, rasa sesuai panggil baby je. Kunyah pipi ni baru tahu. Geram betul!" Omel Hilmi.

*****

"Biarlah anak dia, dia nak bagi nama apa-apa pun." Setelah tiga hari berada di rumah bermula dari hari Azah dibenarkan balik, Hilmi memberitahu nama pilihannya.

"Letak lah Muhammad. Kenapa tak ada Muhammad?" Komen Azlinda lagi.

Sempat juga dia memberitahu dia tidak menyukai nama Aakif Harraz itu. Pada dia, Muhammad Aakif Habibi lebih sesuai dengan bayi itu.

"Mak Cik Azlinda, zaman kita nak memberi nama dah tamat. Biar mereka yang bagi nama pada anak mereka. Tanggungjawab mereka. Kita tengok ajelah. Tapi kalau ada rasa nak beri nama jugak, awak lah kena mengandung lagi. Sepuluh pun tak apa." Tegur Ghani dalam bilik sewaktu mereka masuk untuk berehat sebelum solat Zuhur.

"Kita ni dah tua-tua, nak tenang-tenang je. Bukan nak cari gaduh. Cukup-cukuplah dengan perangai tak matang ni, buat malu dengan anak menantu, malu dengan besan. Kalau nak berbaik, berbaik betul-betul. Jangan nak kawal orang tak tentu hala." Bebel Ghani lagi.

Azlinda mencuka lagi.

"Apa yang awak nak musuh kan sangat si Hilmi tu? Jaga Azah baik-baik, Azah pun bahagia. Apa dipuja disanjung sangat Izzat tu. Ke, ada apa-apa yang saya tak tahu ni?

Kalau ada, elok awak cerita sebelum saya cari tahu sendiri. Kalau saya tahu sendiri, entah apa yang saya buat nanti. Silap-silap, awak balik kampung sendiri." Ugut Ghani lagi.

Azlinda menelan air liur yang kini terasa kesat di tekaknya. Rahsia? Memang ada pakatan rahsia antara dia, bonda Izzat dan Izzat sendiri.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Asmah
2021-09-08 11:58:20 

nasib ayahnya berfikiran positif


NovelPlus Premium

The best ads free experience