Rate

Bab 15 : Akhirnya

Romance Completed 402255

"Terima kasih banyak-banyak untuk kejutan yang sangat mengejutkan ni. Tak sangka pulak. Sebab tak ada yang maklumkan apa-apa pada saya. Izzat, kita jumpa di mahkamah jelah nanti."

Tiada setitik air mata pun yang mengalir keluar dari mata Azah. Sebaliknya, dia dengan tenang masuk ke bilik, mengambil beberapa barang miliknya yang ditinggalkan di rumah mentuanya itu untuk memudahkan dirinya apabila balik ke situ.

"Azah balik dulu ayah. Terima kasih untuk layanan baik ayah selama Azah jadi menantu ayah. Halalkan makan minum Azah selama ini." Tangan Izam dikucup lama sebelum dia melepaskannya dan terus keluar dari rumah itu.

Azah masuk ke dalam kereta, tanpa menunggu lama, dia menghidupkan enjin kereta dan terus sahaja keluar dari perkarangan rumah yang dia sangat-sangat pasti, tidak akan dijejak lagi nanti.

*****

Masa sekarang, Februari 2017.

Jauh benar Azah mengelamun. Padahal, Hilmi yang menelefonnya cuma bertanya kalau-kalau Azah mahu keluar makan malam bersama dia, bersempena menyambut kedatangan rakannya yang datang berbulan madu di Cherating.

"Azah, still on the phone?" Tanya Hilmi seakan berbisik.

"Oh, ya. Sorry, tapi saya tak free. Ada kelas ganti." Azah memberi alasan, cuba menolak dengan cara halus.

Pengalaman lalu dengan lelaki sudah membuatnya cukup serik.

"Kalau macam tu tak apalah. Tak ada rezeki. Next time, maybe." Jawab Hilmi dengan nada yang biasa, tetapi Allah sahaja tahu betapa hatinya melaungkan rasa kecewa.

"Yeah, next time, maybe. Insya Allah." Sahut Azah sekadar menyedapkan hati Hilmi.

"Saya pegang janji awak tu Azah." Usik Hilmi.

Azah terdiam lagi. Nak balas apa ni?

"Errr, Hilmi, saya ada kerja. Assalamualaikum." Tanpa menunggu lama, Azah memutuskan sahaja talian.

Entah mana Hilmi dapat nombor telefonnya. Ke, Madihah yang beri?

*****

Hilmi tersenyum hingga ke telinga apabila teringatkan kejadian seminggu yang lepas, serta perbualan telefonnya tadi bersama Azah. Bertahun mengejar mencari Azah, akhirnya Azah sendiri yang muncul di depan mata. Harapnya kali ni takdir tidak lah memberi harapan palsu.

"Senyum sana, senyum sini. Tahulah tengah bahagia sebab dah baik dengan makwe." Perli Hannah dengan suara yang sengaja dikuatkan, biar papa dan mama tahu anak teruna mereka tengah angau ni.

"Eh, mama tak tahu apa-apa pun Mi." Sepantas kilat mamanya yang berada di dapur keluar ke ruang menonton televisyen.

"Errr, hmmmm, tak rasmi lagi ma. Mi tengah berusaha mengambil hati dia lepas beberapa tahun tak jumpa." Kepala yang tidak gatal itu digaru perlahan, rambut dikuak ke belakang, menghilangkan kekok bila dipandang begitu oleh mamanya.

"Tapi kan ma, kalau status dia pernah menjadi puan, tak apa ke?" Tanya Hilmi berlapik.

"Maksudnya, pernah kahwin tapi dah bercerai ke?" Tanya Zainab.

Hilmi menelan air liur sebelum dia mengangguk perlahan. Kenapa terasa seperti mama tak suka dengan status Azah tu?

"Ada anak?" Tanya Zainab.

Hilmi menggeleng.

"Kerja apa?" Dari berdiri tadi, Zainab sudah duduk bertentangan dengan Hilmi dan Hannah.

"Pensyarah."

"Elok lah tu. Bercerai sebab apa?" Tanya Zainab lagi.

"Tak tahu ma. Mi tak tanya. Tapi Mi berani cakap, dia baik. Mi kenal dia dah lama." Jawab Hilmi.

"Kenal dah lama? Siapa? Azah tu ke?" Tanya Zainab dengan wajah yang besinar-sinar.

Eh mana mama tahu nama Azah? Selama ni dia simpan dalam hati je pasal Azah tau, sebab tak nak digelakkan oleh orang sekeliling terutama mama.

"Mana mama tahu nama Azah tu?" Tanya Hilmi, ingin tahu.

"Mama curi baca diari Mi masa Mi pergi UK setahun tu." Jawab Zainab selamba.

Hannah sudah tergelak.

"Mi tak tahu, masa Mi pergi UK tu kan, mama menangis je rindukan Mi. Jadi mama selalu masuk bilik Mi. Habis barang Mi mama selongkar, lepas tu kemas balik. Haaa masa tu lah mama dapat tahu semua tu." Terang Sharif, papa Hilmi, tanpa segan silu akan perangai pelik isterinya.

"Nasib baik abang tak tulis benda mengarut dalam tu. Kalau tak, Hannah boleh guna untuk ugut abang tau." Usik Hannah sambil menyambung gelaknya.

Hilmi menarik nafas panjang. Memalukan betul mama ni! Jadi selama ini mama memang tahu, sebab itu ke mama tak memaksa dia bawa calon isteri balik ke rumah, berjumpa mama papa dan mendirikan rumahtangga, sebagaimana mama memaksa Along?

Enjoy reading! :) Love, N P/s : Tengah senyum ketteww ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience