Rate

Bab 90 : Tak Jadi

Romance Completed 402255

"Kenapa Siti? Cuba cerita dengan madam? Kenapa awak nak batalkan niat awak untuk failkan cerai?" Tanya Azah sedikit tegas.

Hari ini, awal-awal lagi dia datang ke kampus dan terus sahaja mencari Siti untuk dibawa ke hospital bagi melakukan pemeriksaan dan mendapatkan pengesahan doktor akan punca kecederaan yang merupakan hasil dipukul oleh suami. Masa untuk menguruskan hal tersebut amatlah singkat.

"Mak saya tak bagi madam. Mak saya ugut, kalau saya teruskan, saya bukan anak dia lagi. Lagi pun, kosnya mahal madam. Saya tak mampu." Beritahu Siti sambil mengelap air matanya dengan hujung lengan baju.

Bibirnya ada kesan luka baru. Pipinya disorok dengan tudung yang dipakai begitu ke depan dari biasa. Azah memberanikan diri untuk melipat tepi tudung Siti. Masya Allah, ada kesan lima jari di pipinya.

"Apa ni Siti? Dia pukul awak lagi ke?" Tanya Azah dengan nada meninggi.

Siti tiada pilihan, melainkan mengangguk sahaja, mengiyakan apa yang ditanya oleh Azah.

"Kenapa?" Tanya Azah.

"Sebab saya keluar lambat semalam. Saya pergi jumpa madam, dia marah. Dia cakap, buat apa lama-lama. Masuk sahaja dalam kereta, dia bagi saya 'hadiah' ni." Cerita Siti.

"Siti, ya Allah, Siti! Sampai bila awak nak bertahan? Saya tahu, ajal tu ditangan Allah. Tapi tolong lah jaga diri awak Siti. Jangan biarkan dia buat sesuka hati. Saya seorang ibu. Walaupun anak saya lelaki, walaupun saya tak ada anak perempuan lagi, saya tahu yang saya tak nak orang perkotak-katikkan anak saya macam ni.

Seorang ibu, lahirkan anak dia bukan untuk dijadikan tempat melepaskan marah. Please, Siti. Abaikan apa yang mak awak cakap tu. Tolong lah, ikut saya buat pemeriksaan. Kita ambik surat dari doktor. Kita lawan orang yang tak ada hati perut macam lelaki ni. Dah banyak dia naik tangan pada awak, sampai bila awak nak tunggu?" Tanya Azah.

"Sampai mak saya beri lampu hijau. Sampai saya ada duit yang cukup untuk bayar peguam dan lawan dia." Jawab Siti pendek.

"Siti sayang, tak perlu risaukan pasal semua tu. Kerajaan ada sediakan peguam percuma untuk kita melalui Jabatan Bantuan Guaman. Percuma. Tak perlu bayar apa-apa. Kita cuma perlu pergi sana dan failkan kes. Kalau lambat, saya boleh call semua kawan saya yang bekerja sebagai lawyer.

Saya boleh mintak mereka uruskan kes awak. Percuma. Saya yakin mereka akan nak bantu awak. Awak cuma perlu jadi berani, untuk hari ini. Sir pun ramai kawan. Kita boleh usahakan sampai selesai. Please Siti, kita tak banyak masa." Rayu Azah.

Tidak keruan hatinya bila memikirkan apa yang bakal ditanggung oleh Siti lagi dalam perkahwinannya.

"Saya tak mampu madam. Saya takut. Saya takut tak ada sokongan dari mak ayah saya lepas saya mulakan peperangan ini." Siti lap lagi air matanya.

"Hal tu, kita fikir nanti. Saya janji, saya akan ada dengan awak sampai semua ini selesai. Sebagaimana awak percayakan saya semalam untuk luahkan semua ini pada saya, hari ini awak kena percaya pada saya lagi. Saya takkan tinggalkan awak sorang-sorang." Siti dipeluk erat lagi.

Semalam, dia peluk Siti kerana kasihan kan Siti. Hari ini dia peluk Siti, supaya Siti kuat, dan berani.

*****

"Orang kaya bercakap, memang senang." Marah Piah sewaktu Azah pergi berjumpanya.

"Mak cik tak kasihan kan Siti? Hampir setiap hari dipukul suaminya. Siti pelajar yang pandai. Masa depan dia cerah mak cik. Tanpa berkahwin pun, dia akan mampu langsaikan hutang tu bila dah kerja nanti." Pujuk Azah.

"Tapi Siti tak kerja lagi. Sementara itu kami nak makan apa?" Tanya Piah.

Menantunya itulah yang menanggung keluarga mereka semalam ini dengan membeli barang keperluan dapur dan duit belanja.

"Duit belanja yang mak cik dapat setiap bulan tu bukan dari menantu mak cik pun. Itu duit biasiswa Siti. Suaminya yang rampas semua duit Siti dan beri kepada mak cik. Dia sendiri turut ambik duit itu sebagai ganti bayaran hutang mak cik itu katanya." Marah Azah pula, kesabarannya semakin menipis melihatkan perangai mak Siti.

Piah yang tidak tahu akan hal itu mempamerkan riak wajah terkejut.

"Apa yang cikgu cakap ni?" Tanya Piah.

"Sesuai dengan perjanjian yang ditetapkan pihak lelaki, selepas berkahwin, setiap bulan Siti perlu membayar secara ansuran dengan jumlah RM500.00 setiap bulan kepada suaminya untuk memastikan hutang mak cik pada keluarga Johari habis." Terang Azah mengikut apa yang diberitahu oleh Siti.

"Hah? Kalau macam tu, dah habislah hutang kami." Teriak Piah.

Azah mengerut kening. Tidak memahami apa yang disampaikan oleh Piah. Namun, melihatkan ayah Siti turut terkedu, Azah tahu Allah sedang membantu Siti.

"Kenapa mak cik cakap macam tu?" Tanya Azah.

"Hutang kami mengambil barang di kedai runcit dia, kata Samad, semuanya berjumlah Rm20,000.00. Tak tahu macam mana, tahu-tahu Samad tuntut kami bayar segedebuk jumlah itu.

Disebabkan tiada duit, Samad tawarkan satu perjanjian. Kahwinkan anak kami dengan anak lelakinya, dan hutang akan dikurangkan. Bila dapat cucu, kalau lelaki, hutang dihapuskan terus." Jelas Dollah.

"Kenapa dikurangkan?" Tanya Azah.

"Sebab duit maskahwin Rm10,000.00 itu diambil semula oleh pihak lelaki setelah selesai majlis kahwin. Untuk jelaskan Rm10,000.00 lagi tu, Siti kena lahirkan anak lelaki." Sambung Dollah.

"Subhanallah. Dah tu, kenapa Siti ditumbuk dibelasah, terutamanya di perut setiap kali dia mengandung? Mak cik tahu kan yang Siti dah tiga kali gugur?" Tanya Azah apabila melihatkan riak wajah Piah itu.

Piah menggeleng lemah.

"Siti tak pernah beritahu. Pasal bayaran bulanan itu pun, dia tak beritahu." Jelas Piah.

"Jadi, mak cik dah boleh nilai betapa menderita nya Siti. Tolong lah mak cik, bagi sokongan untuk dia lepaskan diri dia dari lelaki kejam itu. Jangan sampai Siti balik ke sini sebagai jenazah baru mak cik nak menyesal." Kasar, namun itulah realitinya.

"Allah, tak cikgu, tak. Saya sayangkan Siti. Cuma kami ni miskin. Bila berhutang dengan orang, adatnya kami ikut cakap orang itu je cikgu. Saya tak tahu. Kalau saya tahu, dari awal lagi saya sokong. Saya ingat, dia dan suami hanya gaduh pukul-pukul yang biasa je. Sebab masing-masing darah muda." Beritahu Piah.

"Mak cik, kita kena ajar anak lelaki untuk tak naik tangan bila marah, ajar juga mereka supaya menjaga mulut dari mencarut memaki. Kita juga kena ajar anak perempuan untuk TIDAK menerima sahaja pukulan lelaki sebagai tanda taat setia seorang isteri. Apatah lagi berkali-kali sehingga cedera begini.

Salah atau tidak, masing-masing ada mulut untuk berbincang. Perempuan ni bukan barang dagangan mak cik. Tolonglah jaga baik-baik. Mereka juga ada perasaan." Tutur Azah.

Pertemuan petang itu, berakhir dengan satu keputusan yang dipersetujui semua.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Eita juita
2021-09-16 16:50:26 

ya Allah ade lekaki mcm tu eak.

Asmah
2021-09-16 15:52:55 

pandai cikgu azah memujuk


NovelPlus Premium

The best ads free experience