Rate

Bab 45 : Kurung - 3

Romance Completed 402255

Hari ke-5, Azah masih belum dijumpai. Sekatan jalan raya di pelbagai lokasi juga tidak membantu mendapatkan apa-apa maklumat. Azah seolah hilang dibawa angin. Untuk menuduh Izzat, mereka tidak mempunyai apa-apa bukti.

Usaha mencari Azah hampir menemui jalan buntu namun masih boleh dipuji usaha pihak polis bertindak walaupun tanpa maklumat yang sahih. Apa sahaja yang dimaklumkan oleh orang awam, Tuan Dinie pasti akan mengambil tindakan untuk mengesahkan maklumat yang diterima dan memaklumkan hasil siasatan kepada mereka.

Cuma, Azah masih lagi belum ditemui. Kecewa? Tentu ada. Namun Hilmi tidak pernah putus mendoakan keselamatan Azah. Semalam, senyap-senyap sahaja Hilmi pergi ke tempat kerja Izzat walaupun berkali-kali diingatkan untuk tidak berbuat demikian.

*****

"Hoi, kau buat apa tu dekat kereta aku?" Jerkah Izzat apabila dia melihat Hilmi terhendap-hendap ke dalam kereta Honda Accord nya melalui tingkap.

"Azah, kau sorok Azah dekat mana?" Ikutkan hati, mahu sahaja dipukul lelaki ini sehingga lembik dan memberitahu di mana Azah disorokkan.

"Kenapa dengan Azah?" Izzat pura-pura bertanya, padahal dalam hatinya dia sudah bergelak ketawa.

Yakin sangat bahawa Azah akan meninggalkan Hilmi dan kembali ke pangkuannya.

"Kau tak payah nak buat-buat tanya. Kau sorok Azah dekat mana?"

"Ohhh, Azah hilang ke? Kau tak pandai jaga isteri lah tu. Selama dia jadi isteri aku, dia tak pernah hilang. Ni baru berapa bulan kahwin, Azah dah hilang." Pintu kereta dibuka, beg kerja dicampak ke tempat duduk belakang.

"Tolonglah Izzat, apa-apa masalah kita, kita selesaikan sendiri tanpa perlu libatkan Azah. Kau beritahu je dekat mana kau sorok Azah. Aku akan pergi ambik dia tanpa maklumkan pada polis." Rayu Hilmi.

"Aku tak tahu lah dia ada dekat mana. Kalau aku tahu pun, aku tak nak beritahu. Pandai-pandai lah." Izzat masuk ke dalam kereta dengan senyuman mengejek.

"Izzat, kau sendiri pernah rasa kehilangan Kak Sya, berpunca dari tindakan kau sendiri. Kau nak ke, kali ni ada orang lain jadi mangsa lagi disebabkan apa yang kau buat ni?" Marah Hilmi.

Berubah riak wajah Izzat.

"Aku tak buat apa-apa pun pada Haneesya. Dia yang gila. Tak, kami yang sama-sama gila. Tapi keluarga kau, papa kau yang halang cinta kami. Sebab tu kami jadi gila. Kalau tak, semua ini takkan terjadi." Emosi Izzat sudah mula bercelaru.

"Mi...!" Panggil satu suara sebelum sempat Hilmi memberi jawapan balas kepada Izzat.

"Mi buat apa dekat sini. Kan polis dah cakap jangan buat apa-apa. Jangan dekat dengan dia." Beritahu Haziq.

Hilmi memandang sahaja wajah abang dan papanya.

"Balik!" Mood papa pun tidak elok rupanya.

Hilmi memandang Izzat sekilas, sebelum dia mula melangkah ke arah keretanya.

"Mi dah gila ke? Kalau tersilap langkap, Azah jadi mangsa tau." Marah Sharif.

"Sorry pa. Mi datang tengok je, kalau ada apa-apa dalam kereta dia yang boleh tunjukkan tentang Azah." Jawab Hilmi.

"Biar polis buat kerja mereka. Jangan campur." Marah Sharif.

"Okey pa."

*****

Telefon yang berbunyi mengejutkan Hilmi dari lamunan kejadian semalam. Tuan Dinie!

"Assalamualaikum tuan."

"Waalaikumussalam. Encik masih ada di Kuala Lumpur ke?" Tanya Tuan Dinie.

"Ya, saya masih di KL tuan. Ada berita mengenai isteri saya ke tuan?" Balas Hilmi.

"Ada, tetapi salah satu dari orang saya sedang mengesahkan maklumat tersebut. Andai betul, Insya Allah kita akan dapat menjejaki lokasi Puan Azah disembunyikan."

"Ya ke? Alhamdulillah ya Allah." Hilmi menzahirkan kesyukurannya.

"Tapi maklumat ni belum sahih lagi. Andai ada apa-apa maklumat, saya akan maklumkan semula. Encik boleh terus menunggu di hotel, atau kalau encik nak, encik boleh ke Balai Polis Gombak. Rakan sekerja saya akan membantu menerangkan apa maklumat yang ditemui sebaik sahaja maklumat itu disahkan."

"Baik tuan. Saya akan segera ke sana."

*****

"Semalam, Hilmi datang cari abang." Izzat memulakan bicara sewaktu Azah memulakan suapan nasi goreng lewat petang itu.

Azah berpura-pura tidak peduli. Dia menyorok riak terujanya kerana Hilmi sudah semakin hampir dalam menjejakinya. Namun jauh di sudut hati, dia berdoa agar cepat Hilmi menemuinya. Biar cepat juga si gila di hadapannya ini menerima hukuman.

"Abang nak datang jumpa ayang pun kena berhati-hati supaya tak ada yang ikut. Gigih lah mereka semua tu nak cari ayang kan, padahal, ayang tak nak jumpa mereka pun. Kan?"

"Hmmmm." Respon Azah begitu sahaja, dia cepat-cepat menyuap nasi lagi.

Malas mahu bersembang kosong dengan Izzat. Izzat pula, melihatkan Azah makan begitu, dia mendiamkan diri. Dia tak nak kalau-kalau Azah sakit lagi dan perlu dibawa keluar dari tempat ini. Polis ada di mana-mana sekarang ini.

"Air Azah dah habis. Tinggal sikit je dalam botol ni. Jangan lupa belikan lagi." Pesan Azah.

"Okey. Esok abang bawak ya." Balas Izzat.

"Abang datang sini pagi petang, isteri abang tak tanya ke?" Tanya Azah, cuba memancing emosi Izzat.

"Tak, mestilah tak. Tak ada rutin abang yang berubah. Abang dah susun plan yang baik untuk datang jumpa ayang tiap-tiap hari." Jawab Izzat.

Azah mengangguk sahaja. Cepatlah abang datang cari Azah. Dekat sangat dengan Sungai Pisang ni abang. Please, jangan berputus asa cari Azah. Ikut lah Izzat ni, nanti abang akan jumpa Azah.

"Abang pergilah balik, dah lewat kan ni? Azah nak mandi, lepas tu nak tidur dah. Azah penat hari ni." Tutur Azah.

"Okey. Esok abang datang lagi ya ayang. Bye." Izzat semakin senang hati, memikirkan Azah bagaikan sudah mampu menerimanya semula.

Kan dia dah cakap, dia kenal Azah. Dia yakin yang Azah juga hanya mencintai dirinya seorang sahaja. Enjin kereta Viva itu dihidupkan, sekejap sahaja Izzat sudah keluar dari kawasan kampung itu dan berada di jalan besar.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience