Rate

Bab 74 : Anak

Romance Completed 402255

"Papa?" Tanya Azah yang bersandar pada bahu kanan Hilmi yang sedang memangku bayi mereka.

Hilmi menggeleng.

"Tak nak papa. Rasa macam tak sesuai sangat." Balas Hilmi.

"Abi?" Cadang Azah lagi.

"Tak nak, abang bukan ustaz. Abang ni sekadar manusia yang perubahan baiknya baru nak start." Hilmi memberi alasan lagi.

Azah terkekeh gelak sebelum dia mula mengaduh sakit.

"Okey tak ni sayang?" Tanya Hilmi prihatin.

"Lupa, baru je semalam kena operate." Omel Azah sambil meletakkan satu bantal kecil pada bahagian perutnya, menjadi penahan supaya dia tidak bergelak ketawa sesuka hatinya.

"Nak ubat tahan sakit tak?" Tanya Hilmi.

Azah menggeleng. Kalau dia makan ubat lagi, seharian dia akan tidur. Terlepas masanya untuk diluangkan bersama anaknya nanti.

"Boleh tahan lagi. Tambah-tambah bila tengok baby. Rasa sakit tu tak terasa sangat. Patutlah orang perempuan ni, tahun ni bebel sakit bersalin, tahun depan masuk labor room lagi." Azah sekadar tersenyum sahaja.

Tidak berani untuk gelak berlebihan seperti tadi.

"Sayang nak tahu tak, abang pernah baca satu kisah ni. Ada penulis tu cuba menyingkap rahsia, kenapa Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam sewaktu Adam sedang tidur, sedangkan kebanyakan wanita, bila bersalin dalam keadaan terjaga." Hilmi berhenti setakat itu, untuk melihat reaksi Azah.

"Apa jawapannya?" Tanya Azah pula, melayan suami bercerita.

"Penulis tu cakap, orang perempuan ni, bila dia rasa sakit, makin dia hargai, makin dia sayangi. Senang cakap, rasa sakit tu mampu untuk membuat wanita terus mencintai dan menyayangi. Sedangkan lelaki, bila dia sakit, dia akan mudah membenci.

Dia cakap jugak, sebab tu wanita ni, dalam sakit bersalin pun, dalam menggigil menjerit tak nak lagi dah, tahu-tahu enam anaknya. Dalam menjerit tak nak, setiap tahun masuk bilik bersalin." Hilmi tergelak seketika.

"Cinta bagi wanita itu semakin menguatkan, walaupun sakit di pertengahan, tapi dia masih mampu memaafkan dan memberi dirinya peluang untuk berbahagia. Penulis tu huraikan lagi, kalau jumpa wanita yang selepas mengalami segala kesakitan pun masih mampu mencintai, maka hargai lah dia sebaik mungkin." Tangan kanan Hilmi yang dari tadinya menggenggam tangan kanan Azah, kini mengusap tangan itu perlahan sebelum mengucupnya penuh kasih.

Azah tertunduk malu. Entah kenapa, hari ini, berpuitis pula suaminya.

"Terima kasih. Sebab sanggup lalui semua kesakitan ini untuk lahirkan baby kita dengan selamat. Abang tak mampu nak beri sayang hadiah yang lebih mahal dan lebih bernilai dari ni. Tapi abang janji, apa yang sayang nak, abang akan cuba tunaikan." Ucap Hilmi dengan perasaan yang barcampur.

"Kalau macam tu, boleh lah sayang mintak rantai emas dari Habib kan? Yang tujuh ribu hari tu?" Usik Azah.

Pucat wajah Hilmi.

"Boleh, tapi lambat sikitlah. Kena kumpul duit dulu. Okey?" Jawab Hilmi.

Azah tergelak lagi. Kali ini tidak dapat ditahan rasa ingin ketawanya.

"Allah, sayang usik je. Tak adalah sayang nak betul-betul pun. Lawak lah abang ni. Kalau abang tengok muka abang tadi tu lagi kelakar. Hahaha. Ya Allah, lawak betul." Tutur Azah.

"Kalau nak betul-betul pun boleh. Tapi sayang kena bagi abang masa lah. Okey? Abang tak kisah, untuk sayang semua boleh. Sayang kan dah lahirkan baby yang beratnya hampir sama dengan sekampit beras 5kg ni." Pipi anaknya dicium lagi.

Geram melihatkan wajah itu tenang sahaja tidur tanpa menghiraukan sebarang bunyi bising yang terhasil dari sekeliling wad itu, di luar bilik mereka.

"Dah pilih nama tak?" Tanya Azah.

Hilmi menggeleng.

"Abang tak tahu nak bagi nama apa. Hari tu scan cakap perempuan. Kita kan pilih nama perempuan. Sekali bila lahir, lelaki. Mujur tak beli baju merah jambu banyak-banyak. Pandai buat surprise." Kali ini hidung bayinya yang menjadi sasaran jari-jemarinya untuk dipicit.

"Itulah. Nasib baik mama ingatkan untuk beli baju yang dua-dua jantina boleh pakai." Sahut Azah.

Suasana sunyi seketika.

"Okey, abang tahu dah nak panggil apa." Tiba-tiba Hilmi bersuara.

"Apa?"

"Daddy." Ucap Hilmi bangga.

"Eh? Kenapa daddy?"

"Ingat tak masa kita pergi jalan-jalan dan berkhemah dengan kawan-kawan kita dekat Wales dulu tu? Ada seorang budak perempuan tu berlari-lari dekat kawasan tu sambil panggil ayah dia, daddy daddy.

Abang rasa macam, sweet sangat. Walaupun anak kita ni lelaki, tapi daddy is okay. Sebab bila setiap kali dia panggil daddy, abang akan teringatkan kenangan manis kita dekat Wales yang sangat cantik pemandangannya tu." Terang Hilmi sambil membawa Azah kembali mengingati masa lalu mereka berdua.

"Okey, daddy. Tinggal kena cari nama je untuk anak daddy ni." Tangan kanan Hilmi di rangkul erat.

*****

"Betul awak tak nak pergi ni?" Tanya Ghani kepada isterinya yang masih berdiam diri itu.

Azlinda masih mendiamkan diri. Tadi, sewaktu Ghani tunjukkan gambar cucu barunya itu, hampir sahaja dia tersenyum melihat bayi yang masih kemerah-merahan itu. Comel!

Tapi takkan dia nak menyerah sahaja selepas segalanya dia tentang. Bila ditanya Ghani sekarang ini, dia serba salah. Hatinya menyuruh dia mengikut sahaja, tapi dia malu.

"Ikutlah, apa pulak kata besan kita tu. Mereka bergilir-gilir jaga anak kita dengan cucu baru, takkan kita tak nak tunjuk muka. Kalau saya pergi sorang awak tak ikut pun, mereka mesti tertanya-tanya jugak. Jagalah nama baik saya, air muka saya ni jugak." Pujuk Ghani lagi.

"Lah, dah Azah tu lahirkan cucu mereka jugak. Takkan lah nak jaga pun berkira." Balas Azlinda, masih bermain tarik tali.

"Dah kalau macam tu tak apalah, saya pergi sendiri. Nanti saya cakap jelah awak senggugut ke, menopause ke, demam kura-kura ke." Putus Ghani.

"Awak ni bab nak burukkan saya, laju je." Balas Azlinda dengan nada yang tinggi.

"Eleh, kalau nak ikut cakap. Jangan malu-malu. Pergi kemas baju. Malam ni lepas Isyak saya nak bertolak dah. Lambat saya tinggal. Tak ada kompromi." Balas Ghani dengan nada mengejek.

Azlinda mengetap bibirnya lama. Menghalang diri dari bersuara lagi. Takut pula kalau Ghani betul-betul tinggalkan dia.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience