Rate

Bab 51 : Kawan Baik

Romance Completed 402255

"Siapa yang jadi orang tengah antara kau dan Kak Sya?" Tanya Hilmi.

"Kawan baik dia."

Hilmi mengerut kening. Kawan baik Kak Sya? Maizatul?

"Maizatul kerap jugak pergi jumpa Haneesya, kan? Bukan jumpa saja-saja tau. Jumpa untuk pass barang lah." Sambung Izzat sambil tergelak.

"Salah kau, kenapa kau nak cakap kami yang pisahkan kau dengan Kak Sya? Kalau betul kau sayang Kak Sya, kau takkan bagi dia guna bahan terlarang tu lah, apatah lagi sampai nak merosakkan dia macam tu." Hujah Hilmi.

"Mana ada aku merosakkan. Aku cuma nak dia enjoy hidup ni sebagaimana aku enjoy hidup aku. Kan lagi bagus kalau buat bersama-sama. Kenapa keluarga kau tak alert dengan Haneesya? Bukan ke, bila dia lama sangat dalam bilik air, keluarga kau kena risaukan dia?" Kali ini suara Izzat bertukar lirih.

Hilmi menolak kerusi yang didudukinya.

"Kau tak nak tanya aku apa yang aku nak beritahu pasal Azah?" Langkah Hilmi terhenti tatkala mendengar sebaris ayat itu dari mulut Izzat.

"Apa yang kau cakap takkan mengubah perasaan aku pada Azah. Azah dah jadi isteri aku. Kebaikan dia, keburukan dia, semua aku terima." Jawab Hilmi.

"Walaupun dia kahwin dengan kau sebab terpaksa?" Tanya Izzat lagi.

Hilmi terdiam.

"Tapi kami dah kahwin. Aku yang hidup dengan dia sekarang. Bukan kau." Balas Hilmi.

"So, kau tak nak tahu kenapa aku kahwin dengan dia?" Duga Izzat lagi.

"Aku tak peduli. Yang lepas, dah lepas. Aku tak nak ambik tahu lagi."

"Tapi Azah tengah mengandung. Kan? Kau tak nak tanya anak siapa? Memandangkan kau dah tak boleh ada anak sejak kau kemalangan dulu tu, kan?"

Hilmi terdiam sejenak. Sehinggalah dia meneruskan langkahnya keluar dari tempat yang tadinya menyesakkan fizikalnya, kiri turut sama menyesakkan mentalnya.

Melihatkan Hilmi tergesa-gesa meninggalkan tempat itu dengan perasaan marah, Izzat sekali lagi tergelak. Itu baru sikit cerita yang aku tambah rempat ratus Hilmi. Belum semuanya aku goreng untuk dihidangkan kepada kau lagi.

Hilmi mendiamkan diri lama di dalam kereta. Sekarang ini, dia perlu mencari Maizatul semula untuk mendapatkan keterangan dari Maizatul. Masalahnya sekarang ini, Maizatul mahu memberikan kerjasama?

*****

"Hilmi tanya Madi tadi, Azah apa khabar." Maklum Madihah.

Azah mendiamkan diri.

"Jom makan Madi. Azah dah siap masak." Balas Azah.

Melihatkan Azah begitu, Madihah faham bahawa Azah tidak mahu mendengar nama Hilmi dibangkitkan dalam rumah mereka itu.

"Nanti Madi cuti dua minggu, untuk kenduri. Azah okey ke duduk sorang-sorang?" Tanya Madihah.

"Okey je. Nanti Azah cari rumah sewa lain. Madi boleh duduk sini dengan Shah nanti." Jawab Azah.

"Azah tak payah kalut sangat. Shah boleh je stay kat rumah sewa bujang dia tu dulu sebelum Azah jumpa rumah lain." Beritahu Madihah.

"Eh tak nak lah. Mana boleh kacau pengantin baru." Jawab Azah sambil mengusik Madihah.

"Azah, sebenarnya kan, Madi takut nak kahwin ni." Madihah menyuarakan kerisauannya.

"Sebab Madi nampak Azah macam ni ke?" Tanya Azah.

Dengan jujurnya, Madihah mengangguk.

"Azah faham. Memang berasas sangat ketakutan Madi tu." Sambung Azah sebelum dia jeda.

"Kenal lama pun, tak menjamin kebahagiaan. Apatah lagi Madi dengan Shah ni. Kenal tak lama. Tak bercinta. Madi takut." Madihah bersuara perlahan.

"Takkan ada apa-apa yang boleh beri jaminan rumahtangga kita ni akan bahagia Madi. Cuma, yang Azah tahu, kita dan pasangan kita kena sama-sama berusaha untuk membahagiakan rumahtangga kita.

Bukan Azah nak hasut Madi, tapi kalau ada apa-apa jadi, maksudnya setakat itulah jodoh kita, kalau kita dah usaha sebaik-baiknya untuk mempertahankan rumahtangga.

Berdasarkan pengalaman Azah, betul, Allah benci penceraian. Tapi kenapa dijadikan penceraian itu halal? Tak lain tak bukan, supaya kita yang kena berfikir dan ambil tindakan yang tak memudaratkan diri kita.

Insya Allah, Madi akan bahagia. Apa pun jadi, Azah ada dekat sini. Azah akan tolong Madi kalau ada apa-apa jadi dekat Madi." Pujuk Azah.

"Tapi, Azah akan sentiasa doakan Madi supaya Madi bahagia dengan Shah." Sambung Azah.

"Azah, macam mana?" Madihah memberanikan diri bertanya.

"Azah ni, tunggu masa sikit-sikit lagi, bila Azah dah boleh bertenang sepenuhnya, Azah akan cari jalan penyelesaiannya supaya tak ada mana-mana pihak tersepit dalam ikatan yang dah tak membahagiakan sesiapa ni." Jawab Azah selamba.

Madihah menelan air liur. Habislah kau, Hilmi!

*****

Pintu usang di rumah yang dari luarnya kelihatan hampir roboh itu dibuka perlahan. Seorang wanita berusia hampir 60an, pada pandangan mata Hilmi, menjengulkan kepalanya sedikit untuk melihat tetamu yang datang bertandang.

"Cari siapa, nak?" Tanya wanita itu.

"Assalamualaikum mak cik. Saya, Hilmi. Saya datang hendak mencari rumah kawan kakak saya. Nama dia Maizatul. Ini ke rumahnya?" Tanya Hilmi.

"Ohhh, cari Mai. Masuk lah dulu." Pintu itu dibuka luas, membenarkan tetamunya masuk.

Hilmi serba salah, namun digerakkan juga kakinya melangkah. Berkeriut bunyi lantai kayu itu. Menimbulkan seram di hati untuk terus melangkah. Dia merancang langkahnya dulu, untuk memijak lantai kayu itu pada tempat yang ditampu oleh tetulang lantai dari kayu yang lebih besar. Pastinya tiada bunyi yang merisaukan.

"Mai dah lama tak sihat. Dia kemalangan." Ujar mak cik yang merupakan ibu kepada Maizatul.

Mata Hilmi dihidangkan dengan satu pandangan yang menyesakkan dada. Maizatul sedang terbaring, dengan satu tiub pada hidungnya. Sebahagian kepalanya kelihatan kemek. Matanya terpejam rapat. Hilmi tertanya-tanya, kemalangan yang bagaimana?

"Dah lama ke mak cik Maizatul dalam keadaan macam ni?" Tanya Hilmi.

"Adalah, dekat 3 tahun macam tu. Polis cakap dia bawak kereta dalam keadaan khayal lepas ambik dadah. Kereta dia rempuh lori, terperosok masuk bawah lori. Tempurung kepala retak teruk, kena buang separuh. Tulang belakang rosak teruk. Lumpuh.

Ikutkan keadaan dia, lebih baik dia mati terus, dari dia dalam keadaan macam ni. Mak cik tak sampai hati tengok dia macam ni. Tak boleh bercakap, tak boleh makan. Hanya minum susu melalui tiub tu aje." Mak Cik Bedah mengelap air matanya yang sudah mulai bergenang dengan tudung yang dipakai.

"Tapi tak apalah, selagi mak cik ada, mak cik dan adik dia akan jaga dia. Hazmi datang hari ni, kenapa ya nak?" Tanya Mak Cik Bedah.

Hilmi berdehem.

"Hilmi mak cik. Saya datang sebab, errr, saya ada nampak dalam senarai hutang arwah kakak saya, yang arwah ada berhutang dengan Mai. Saya datang hari ni nak bayar. Maaf mak cik, lama saya ambik masa baru datang kesini."

Duit yang dikeluarkan awalnya untuk menyogok Maizatul agar bersetuju memberi keterangan supaya Izzat disabitkan kesalahan, akan dijadikan duit sumbangan untuk keluarga Maizatul.

Tak tergamak untuk dia beritahu apa yang telah dilakukan oleh Maizatul, dengan kerjasama Izzat, kepada kakaknya.

"Masha Allah, banyak ke? Kalau tak banyak, tak perlu susah-susah. Mak cik yakin Mai dah halalkan semuanya untuk arwah."

"Semuanya berjumlah lima ribu mak cik. Banyak, tak seronok pulak kalau tak bayar." Hilmi menipu lagi.

"Banyaknya. Manalah Mai dapat duit untuk dipinjamkan pada orang." Komen Mak Cik Bedah.

"Dia pinjamkan sikit-sikit mak cik. Tapi kakak saya catat semuanya. Di jumlah kan, dapatlah lima ribu ni." Satu sampul diserahkan kepada Mak Cik Bedah.

"Ya Allah, Allah yang Maha Mendengar. Terima kasih ya Allah, kau gerakkan hati Hazmi untuk datang membayar hutang. Boleh mak cik guna kan untuk bayaran rawatan Mai." Sampul duit itu dicium berkali-kali, menzahirkan rasa syukurnya.

"Saya balik dulu mak cik, insya Allah saya akan datang lagi nanti."

Enjoy reading! :) P/s : wuuuuu, sakitlah tangan kena vaksin. Lepas maghrib semalam terus demam. Takutnya dos kedua nanti T_T Takut jarum, takut sakit lagi T_T Love, N

Share this novel

Wan Hamilah E'lah
2021-09-04 07:59:48 

insyaallah 2nd dos mintak x de apa2.. lpas vaksin klu demam belj penadol yg warna biru.. kwn kata elok telan yg tu... tq update.. bru baca.. lama x baca novel N...


NovelPlus Premium

The best ads free experience