Rate

Bab 18 : Status

Romance Completed 402255

"Assalamualaikum."

"Oh mak kau aku terkejut." Latah Azah apabila lewat petang itu dia ditegur oleh Hilmi yang tiba-tiba muncul dan memberi salam.

"Waalaikumussalam. Ada apa ni datang cari saya sampai sini?" Tanya Azah lagi dengan mukanya yang sudah memerah.

Sempat dia mencari di mana lelaki itu meletakkan keretanya. Senyap sahaja tanpa sebarang bunyi, tahu-tahu sudah ada di sini. Tapi tiada kelihatan kereta asing di tempat letak kereta ini. Malunya dah termelatah depan orang. Hilmi pulak tu. Eh sekejap, dah kenapa nak malu? Bukannya ada apa-apa pun dengan dia jadi nak kena berlagak macam wanita sopan dan ayu terakhir di dunia.

"Jom dinner sama-sama hari ni? Madi tak balik lagi kan?" Hilmi meringankan tulang membantu Azah memasukkan sebeban fail berserta berpuluh keping tugasan-tugasan pelajarnya kedalam keretanya.

Walaupun Azah asalnya ingin menjual mahal dengan membawa semuanya sendiri, melihatkan Hilmi yang bersungguh mahu membantu, dia sedikit bersyukur. Tiada pelajar yang boleh membantunya bila sudah lewat petang begini.

"Saya nak balik terus. Nak mandi. Tak selesa berpeluh macam ni nak keluar makan." Jawab Azah.

"Okey. Azah balik dulu, Imi datang jemput dekat rumah nanti." Hilmi memberi cadangan.

Azah termangu tetapi seketika kemudian dia menggeleng kepalanya. Nak beri alasan apa lagi ni?

"Please Azah. Imi tak tahu kenapa Azah nak mengelak dari Imi macam ni. Imi ada buat salah apa-apa ke? Kalau ada, beritahu lah. Jangan mengelak dari Imi macam ni. Please!" Tanya Hilmi.

"Hilmi, awak tahu status saya kan. Saya tak nak kalau ada yang salah faham nanti. Cakap apa-apa yang tak sedap didengar." Jelas Azah.

"Siapa yang akan salah faham dan cakap apa-apa?" Tanya Hilmi yang tidak memahami apa yang dimaksudkan Azah.

"Awak janganlah buat-buat tak faham. Kalau Hanan, eh ke Hannah namanya, tak kisah lah, tapi kalau dia nampak nanti, dia akan salah faham." Balas Azah.

"Hannah tak kisah lah. Hannah lagi suka. Or, Azah nak Imi bawak Hannah? Boleh la berkenalan dengan Hannah." Tanya Hilmi lurus.

"Hah? Tak nak tak nak. Jangan mengarut lah. Saya nak balik dah ni. Terima kasih sebab tolong saya angkat fail tu." Ucap Azah sebelum dia membuka pintu kereta Myvi ungu nya itu.

"Azah, Azah masih marahkan Imi dengan apa yang jadi masa kita dekat London tu ke?" Pertanyaan Hilmi itu menghentikan pergerakan Azah.

Keadaan sunyi seketika. Azah menarik nafas panjang, dia membuat keputusan untuk membiarkan sahaja pertanyaan Hilmi itu berlalu bersama angin petang yang menampar tubuh mereka berdua perlahan. Nyaman. Tapi tidak pada perasaan mereka berdua.

"Please Azah, jangan lah abaikan je Imi. Imi nak tahu, apa salah Imi, sampai bila balik Malaysia Azah terus menghilangkan diri je. Sebab Imi lambat tu ke? Kalau betul pasal tu, Imi mintak maaf.

Tapi Imi step back, sebab Imi tahu betapa bermaknanya restu ibu abah pada Azah. Imi tak nak Azah kena pilih salah satu. Maafkan Imi, please Azah. Imi pun tak nak ibu abah Azah kena mungkir janji.

Imi tahu, Imi tak sempat nak mintak maaf pun pada Azah. Tapi perasaan Imi pada Azah masih tak berubah. Masih ada. Imi masih menunggu Azah.

Imi betul-betul mintak maaf. Jangan lah diam je. Cakaplah Azah." Desak Hilmi bila Azah masih mendiamkan diri.

"Hilmi, saya nak balik dulu. Dah dekat Maghrib ni."

"Nope, selagi Azah tak jawab soalan Imi tu, Azah jangan balik." Hilmi dengan gagahnya menahan pintu kereta itu.

Azah berdecit geram.

"Okey, saya dah maafkan awak. Dah, saya nak balik." Ditolak sahaja Hilmi pada perutnya yang rata itu kuat.

Hilmi yang tidak bersedia terdorong ke belakang. Cepat-cepat Azah menutup pintu keretanya dan terus mengunci.

'Ya Allah, ganas betul lah perempuan ini.'

"Azah, Azah, bukak lah." Hilmi mengetuk tingkap kereta Azah berkali-kali.

Azah cuma menggeleng kepalanya. Menambah geram dihati Hilmi, namun dia teringatkan pesanan Madihah agar dia tidak berkeras dengan Azah. Atau memaksa Azah. Hilmi mengangkat kedua tangannya tanda mengalah. Dia kemudiannya menjarakkan diri dari kereta Azah, memberi ruang untuk Azah balik.

Azah pula sedang bergelut dengan rasa serba salahnya. Seakan melampau pula dia menolak Hilmi begitu. Tapi, biarlah. Suami orang itu. Dia lebih takutkan apa yang bakal terjadi seandainya isteri Hilmi mengetahui tentang kedatangan Hilmi berjumpa dengannya.

Hilmi melihat sahaja kereta Azah berlalu. Perlahan tangannya mengusap perut yang ditolak Azah tadi. Senak. Kena fikirkan cara lain untuk dia mendekati Azah. Tetapi dia tidak mahu tersalah langkah. Andai tersalah langkah, Azah pasti semakin menjauhinya.

*****

Azah menyikat rambutnya dengan laju di hadapan cermin itu. Perutnya yang berkeroncong memaksa dia untuk cepat-cepat bersiap. Tengahari tadi, dia tidak ke kafe untuk makan disebabkan dia tidak mempunyai masa yang cukup memandangkan ada beberapa pelajarnya memerlukan penerangan yang lebih jelas tentang tugasan mereka.

Memandangkan Madihah tiada, Azah cuma akan ke gerai berdekatan untuk membeli makanan. Tudung sarung dicapai. Kemudian, kunci kereta berserta beg duitnya dicapai.

"Astaghfirullah hal azim! Ya Allah, boleh tak awak berhenti muncul secara tiba-tiba dan bagi kejutan dekat jantung saya ni?" Marah Azah yang masih berbaki perasaan terkejutnya.

Mana tak terkejut, buka sahaja pintu terpampang wajah Hilmi yang baru mahu mengetuk pintu rumahnya.

"Sorry, Imi dah WhatsApp Azah ajak makan, tapi Azah tak reply." Balas Hilmi.

"Dah saya tak reply, buat apa awak datang?" Tanya Azah dengan wajah yang tegang.

"Orang tua-tua kata, diam tanda setuju. Imi datang lah." Jawab Hilmi.

Azah tunjukkan wajah bengang. Orang tua mana yang cakap bila tak balas mesej tu tandanya setuju? Pandai je nak melawak.

"Lagipun, Hannah ada dalam kereta. Kita bukan berdua. Okey kan?" Tanya Hilmi.

"Eh awak gila ke bawak isteri datang rumah saya?" Jantungnya sudah berdegup laju.

"Isteri? Siapa isteri Imi?" Tanya Hilmi.

"Hannah tu lah."

"Laaaa, Hannah bukan isteri Imi. Hannah adik Imi..." Jelas Hilmi sambil ketawa kuat.

"...Imi belum kahwin lah sayang. Kan Imi cakap Imi tunggu Azah." Sambung Hilmi lembut, seakan memujuk apabila melihatkan riak wajah Azah mencemberut apabila Hilmi ketawa kuat-kuat begitu.

Sehinggalah dia berubah riak semula, apabila kedengaran perutnya berbunyi, memberi isyarat mahu dipenuhi sekarang.

"Jom kita makan dulu, nanti dekat kedai Azah boleh sambung marah Imi." Pujuk Hilmi lagi.

"Okey, saya pergi, tapi sebab saya lapar je ni. Malas nak drive. Bukan sebab saya saja-saja nak ikut ke apa ke. Malas nak gaduh tengah lapar macam ni."

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience