Rate

Bab 54 : Hell-mi

Romance Completed 402255

Mesej yang diterima dibaca sahaja. Tiada langsung niat untuk membalas. Tawarkan lah harta berkoyan pun. Prinsip dia sekarang ini cuma satu. Orang yang betul-betul cintakan dia, tak akan pernah melakukan sesuatu yang boleh membuatkan dia melangkah pergi dari hidup mereka.

Ibu, Izzat, dan juga Hilmi...
Semuanya melakukan perkara yang menyakitkan sehingga dia memilih untuk melangkah pergi dari hidup mereka. Rasanya, cukuplah kan, luka-luka di hatinya ini.

Azah mencapai tudung. Hari cuti begini, rasanya elok dia keluar dan pergi ke pantai dari melayan kerenah manusia yang menyakitkan hati. Lagi pun, dia tak nak Hilmi datang mencarinya dirumah. Mungkin kena cari rumah sewa lain juga sekarang ini. Lelah sangat rasanya menempuh hidup ni.

Baby,
Nanti bila baby lahir,
It will be the two of us against the world.
Tak semua orang yang kita jumpa tu akan membahagiakan kita.
Tak semua orang yang kita cinta, bersedia mencintai kita semula sepenuhnya.
Hakikat ini, sangat menyakitkan.

Kan?

*****

Mesej yang dihantar tidak dibalas langsung oleh Azah. Bluetick pun tidak. Rumah Azah juga kosong, tiada keretanya. Pergi ke mana? Nombor telefon Madihah di dail.

"Madi, Azah ada dengan kau ke?"

"Takde. Kenapa? Kau jangan cakap Azah hilang lagi!" Tinggi suara Madihah bertanya.

"Tak kot. Aku mesej dia, tapi tak balas. Datang rumah dia, tengok kereta tak ada pulak. Kot lah dia ada dengan kau ke." Balas Hilmi.

"Tak KOT? Gila la kau ni. Tak KOT? Dah la. Aku tak nak cakap dengan kau. Dasar lembaga tak sesuai jadi suami. Sesuai sangat dengan nama kau, hell-mi." Ikutkan hati, mahu sahaja dicarutkan Hilmi lagi, tetapi memikirkan keadaannya yang sedang berbadan dua, ditahan mulutnya dari terus-terusan memaki Hilmi.

Madihah mencari nombor telefon Azah, jangan cakap Azah hilang. Laju sahaja Madi menekan butang berlogo telefon itu.

"Azahhh."

"Ya Madi."

"Azah pergi mana?"

"Ada dekat Pantai Sepat ni. Kenapa Madi?"

Jauhnya pergi sampai ke Pantai Sepat.

"Taklah. Ada lembaga cakap Azah hilang. Tapi Madi dah ruqyah sikit biar syaitan keluar, barulah otak dia boleh berfungsi." Jawab Madihah jujur.

"Ohhh, hahaha. Ha ah hilang dari dia je. Baguslah. Harap lepas ni lembaga tu dah tak kacau."

Sempat Madihah tergelak sama sebelum nada suaranya bertukar menjadi serius.

"Azah, lepas ni, kalau nak pergi mana-mana, beritahu Madi dulu. Risau tau tak!"

"Okey, okey. Sorry Madi. Terima kasih sebab risaukan Azah."

"Sampai rumah nanti WhatsApp Madi tau."

"Ya. Okey."

Telefon itu disimpan ke dalam beg nya semula.

*****

Nampak sahaja kereta Azah semakin menghampiri, Hilmi cepat-cepat keluar dari kereta membuka kan pintu pagar rumah sewa Azah.

Astaghfirullah hal azim! Dah jadi guard rumah pulak dia ni haaaaaaaa. Hilmi yang tersengih-sengih seperti lelaki yang tak tahu malu itu diperhati sahaja dari dalam kereta. Azah yang tiada mood untuk marah hari ni hanya berdecit geram.

"Sayang dari mana?"

Sayang sayang, layangkan jugak penumbuk ni kang!

"Kenapa tak balas mesej abang? Abang kan ajak sayang pergi beli barang baby lagi, stroller semua tu." Tanya Hilmi dengan senyuman.

Azah mendiamkan diri lagi.

"Sayang," Hilmi memegang tangan Azah yang sedang membuka pintu itu.

"Hey, jangan pegang lah." Marah Azah.

"Sayang, abang mintak maaf. Tapi abang dah menyesal. Abang mintak maaf."

"Mintak maaf kenapa? Sebab bagi aku neraka? Neraka yang kau bagi, dengan yang Izzat bagi, tiada bezanya tahu tak?

Mungkin, kau punya lagi teruk. Sebab aku letakkan sepenuh kepercayaan aku pada kau sebelum aku terima kau masuk dalam hidup aku. Aku bagi hati aku, dengan harapan kau akan jaga baik-baik. Tapi..." Azah memejamkan mata.

"...kau, tergamak pertikaikan status anak aku." Meleleh air matanya.

"Kau pertikaikan status dia, sama lah macam kau tuduh aku berzina!"

"Azah! Abang tak pernah cakap Azah macam tu."
Jerit Hilmi lantang.

"Jadi, apa maksud kau, bila kau tanya aku, siapa bapa kepada anak dalam perut aku ni?"

"Sayang..." Hilmi kehilangan kata-kata.

"Abang mintak maaf. Abang tak sengaja. Abang serabut. Abang ingatkan abang tak mampu nak dapat anak lagi lepas kemalangan." Sambung Hilmi.

Buntang mata Azah mendengarnya. Apa benda yang dirahsiakan lagi ni?

"Abang pernah kemalangan, and, I was badly injured dari bahagian perut ke bawah, termasuklah dekat bawah tu. Keadaan tu, doktor cakap, dah macam buat vasektomi, walaupun cuba sambung balik. Tak tentu boleh kembali okey.

All this while, itu yang abang percaya. Yang abang akan jadi childless. Abang tak pernah buat apa-apa test, sebab abang tak kuat untuk tahu apa keputusannya. Bila abang dapat berita tu, abang speechless. Pada masa yang sama, abang was-was. Walaupun abang happy. Lepas tu, abang jumpa Izzat..."

"Jumpa Izzat buat apa?" Marah Azah.

Ya Allah, hari ni hari kepecahan rahsia sedunia ke? Banyak sangat nak kena hadam. Tak mampu. Sakitnya kepala.

"Err, abang jumpa Izzat, ermm..."

"Pergilah balik sekarang. I don't want to see your stupid face, and listen to your stupid lies. I've had enough." Pintas Azah.

"Sayang! Sayang tak adil, tak nak dengar apa yang abang terang kan."

"So perbuatan kau dekat aku tu adil lah? Sebelum kahwin pun menipu. Ya Allah, kenapa semua lelaki kena menipu?" Rintih Azah dalam nada yang kecewa.

Enjoy reading! :) Nanti kita kupas rahsia satu demi satu. Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience