Rate

Bab 41 : Tiada

Romance Completed 402255

Dua bulan bergelar suami isteri adalah tempoh yang membahagiakan bagi kedua Azah dan Hilmi. Tiada tekanan. Berbeza dengan perkahwinan pertamanya. Cuma, aneh sekali, Izzat bagaikan hilang tanpa khabar berita. Tenang. Tetapi merisaukan.

Pernah sekali Azah suarakan pada Hilmi, namun Hilmi membalas yang kemungkinan Izzat sudah berputus asa. Namun mereka masih perlu berjaga-jaga dan berhati-hati. Entah betul Izzat sudah bertenang, atau dia sedang merancang sesuatu yang lebih menakutkan.

"Assalamualaikum sayang. Abang nak balik dah ni. Ada nak kirim apa-apa tak?" Tanya Hilmi yang sedang berjalan ke tempat dia meletak keretanya.

"Waalaikumussalam. Hmmm, tak ada. Kenapa hari ni balik awal?" Tanya Azah.

"Rasa tak sihat sikit. Sakit kepala. Tadi kena hujan." Rengek Hilmi.

"Alahhhh, sian dia. Hati-hati bawak kereta. Azah tunggu abang dekat rumah ni ya." Pesan Azah.

"Ya sayang. Jumpa lagi setengah jam ya. I love you." Tanpa segan silu, 3 perkataan itu hampir setiap masa berlagu syahdu di telinga Azah.

"I love you too. Bye." Azah pun ada kurangnya, sama naik sahaja tahap kegedikannya dengan Hilmi itu.

Melihatkan jam menunjukkan masa sudah menghampiri ke 1.30 tengahari, Azah pantas ke dapur semula untuk menamatkan kerja memasaknya. Kotak hadiah buat Hilmi bersempena dua bulan mereka menjadi suami isteri sudah berbalut cantik. Diletak juga riben berwarna emas pada kotak hitam itu.

Selepas tamat semester yang lepas, Azah mengambil cuti lama untuk semester ini. Satu, untuk dia merehatkan diri setelah beberapa lama dia tidak mendapat rehat yang cukup. Dua, untuk mengelakkan dirinya dari ditemui Izzat.

Buat masa sekarang ini, dia cukup berhati-hati dan tidak keluar dari rumah bersendirian walaupun laporan polis telah dibuat. Berdasarkan kejadian-kejadian lama, mereka menyimpulkan bahawa Izzat tidak waras, mungkin juga mengalami kecelaruan mental.

Udang masak sambal petai, ayam goreng dan beberapa sayur yang dicampur serta digoreng bersama. Tunggu nasi yang di tanak itu masak sahaja. Selesai menu untuk tengahari ini. Walaupun sedikit kebosanan menjadi suri rumah kerana tiada banyak yang boleh dilakukan, dia suka juga apabila mempunyai peluang menyiapkan hidangan yang mereka boleh makan bersama-sama.

Tingg!

Oh, cepatnya dia sampai.

*****

Setiap kali dalam perjalanan balik ke rumah, hati Hilmi pasti berbunga-bunga apabila membayangkan Azah menyambutnya. Semenjak bercuti ini juga, Azah lebih banyak memasak mencuba pelbagai resepi. Andai ada apa-apa yang dia teringin makan, tanpa banyak alasan, cepat sahaja Azah siapkan.

Sebagai gantinya, dan juga sebagai tanda penghargaan untuk usaha Azah, dia membantu mencuci baju, menyidai atau melipat baju. Kerja-kerja membuang sampah juga diambilalih secara tetap supaya Azah tidak perlu bersusah payah menukar baju, atau menyarung cardigan semata untuk keluar membuang sampah.

Bahagia?
Tentunya bahagia.

Tiada anak pun bahagia?
Ya, kerana bahagia itu kita yang cipta. Bukanlah wajib mempunyai anak itu sebagai syarat untuk berbahagia. Namun, jika diizinkan, maka anak itulah yang akan menambah bahagia dan ceria.

Sempat Hilmi menyapa mesra pengawal keselamatan ketika memasuki kawasan perumahannya itu. Tiba sahaja dirumah, keretanya diletakkan diluar pagar, di hadapan rumah sahaja dulu. Andai sempat, dia mahu mengajak Azah ke pantai petang ini.

Loceng dibunyikan. Selalunya terdengar sahaja bunyi kereta, Azah terus membukakan pintu rumah. Mungkin Azah ke tandas, atau sedang bersolat? Beg laptop dan beberapa fail diletakkan pada bangku untuk duduk memakai kasut. Hilmi mengeluarkan kunci kereta yang tadinya diletakkan dalam poket seluar.

Eh, tak berkunci? Pintu ditolak perlahan. Masuk sahaja ke dalam rumah, semerbak bau lauk tengahari menyapa hidung. Buat seketika, hilang sakit kepalanya.

"Sayang? Sayang, sayang kat mana?" Beg nya diletakkan di atas sofa sebelum Hilmi terus ke dapur mencari Azah.

Tiada. Dalam bilik tidur, atau bilik air? Hatinya dijentik rasa risau. Mana Azah? Dalam bilik tidur tiada. Bilik air juga kering, tiada tanda baru sahaja diguna. Kereta Azah diluar juga masih ada. Mustahil Azah pergi kemana-mana. Telefon dikeluarkan dari poket kemeja berlengan panjang yang dipakai.

Nada dering telefon bimbit Azah kedengaran dari ruang tamu. Terletak elok diatas meja berdekatan pintu masuk. Ya Allah, mana Azah?

"Assalamualaikum mama. Mama, Azah ada pergi rumah mama ke? Atau Hannah ada datang ambik Azah?" Tanya Hilmi.

"Tak ada Mi, Hannah ada je dengan mama ni. Kenapa?"

"Mi sampai rumah, tengok-tengok Azah tak ada. Telefon ada, barang-barang lain ada. Tapi Azah tak ada."

"Hah? Azah pergi mana?" Zainab yang tadinya duduk sudah berdiri.

"Mi tak tahu ma. Tadi sebelum balik, masa Mi call, Azah jawab je. Sampai rumah, pintu tak berkunci. Azah tak ada." Adu Hilmi.

Dia sudah mundar-mandir di ruang tamu itu, resah.

"Cuba tanya guard, entah-entah dia hantar lauk dekat jiran kot?" Zainab memberi cadangan, walaupun hatinya kuat merasakan ada sesuatu berlaku pada Azah.

Enjoy reading! :) Tadi N publish pukul 10.30am, tak ada yang nampak ke? =.=' Love, N

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-08-22 18:43:41 

Azah kena culik ke ...makin suspen

rimatanti
2021-08-22 15:17:27 

semakin besy ni... aduhhh


NovelPlus Premium

The best ads free experience