Rate

Bab 76 : Pakej

Romance Completed 402255

"Astaghfirullah hal azim. Ya Allah. Dah kenapa awak tak beritahu saya? Lailahaillallah! Azlinda Binti Hamzah. Awak nak sorokkan hal ni dari saya sampai bila?" Suara Ghani sudah semakin tinggi, hinggakan Hilmi dan Azah yang sedang makan diluar bilik terdengar akan suara Ghani itu.

"Abang jangan marah saya. Saya tak sengaja. Saya tak tahu benda tu tipu. Kalau saya tahu, wallahi saya tak buat. Abang, saya mintak maaf." Rayu Azlinda yang sudah menerpa mendapatkan kaki suaminya itu.

"Sebab kan awak tak jujur dengan saya lah, anak kita tu terseksa awak tahu tak? Ya Allah, mak jenis apa awak ni. Sampainya hati awak. Astaghfirullah ya Allah.

Awak bangun, keluar dari bilik ni, pergi mintak maaf dengan Azah sekarang. Lepaskan kaki saya. Pergi, keluar! Mintak maaf dengan Azah. Dengan Hilmi." Gesa Ghani dengan nada yang tinggi.

Marahnya memuncak. Setelah didesak dengan pelbagai cara, Azlinda akhirnya mengaku dan menceritakan hal sebenar kenapa dia memilih untuk menyebelahi Izzat selama ini.

"Abang janganlah marahkan saya abang. Saya mintak maaf, mintak ampun dengan abang. Jangan marahkan saya. Saya tak beritahu sebelum ini sebab saya takut abang marahkan saya.

Saya takut Azah pun marahkan saya. Salahkan saya untuk segala penderitaan dia lepas dia kahwin dengan Izzat tu. Saya tak nak. Saya takut. Saya mintak maaf abang." Rayu Azlinda lagi.

"Bangun! Pergi keluar, mintak maaf dengan Azah sekarang. Selagi Azah tak maafkan awak, saya takkan maafkan awak jugak." Marah Ghani.

Sementara itu, di meja makan, sejak dari suara abah dan ibu Azah yang saling meninggi mula menyapa telinga, Azah dan Hilmi masih saling berpandangan antara satu sama lain.

"Sayang nak pergi tengok lah abang, abah dengan ibu gaduh sebab apa." Beritahu Azah.

"Eh jangan lah sayang. Kita jangan campur." Tegah Hilmi.

"Tapi ibu dah menangis tu. Sayang takut kalau abah naik tangan dekat ibu. Ibu dah menangis teruk tu." Bisik Azah yang kini sudah berdiri.

"Okey okey. Jalan perlahan-lahan je. Abang teman."

Pintu bilik tetamu yang dihuni oleh abah dan ibunya diketuk perlahan dengan perasaan yang berdebar-debar. Entah apa yang membuatkan ibu dan abah bertengkar teruk begini. Seingat Azah, ini kali pertama abah dan ibu bergaduh teruk sehingga masing-masing meninggi suara dan menangis begini.

"Kenapa abah dengan ibu?" Tanya Azah.

"Haaaa elok sangat kamu ada depan mata ni. Hari ni kita buat perhitungan sampai selesai. Kalau tak selesai cara baik, kita selesaikan dengan cara berpisah." Masih tinggi suara Ghani.

"Azlinda, saya tunggu dekat ruang tamu. Dalam kiraan sepuluh, kalau awak tak keluar, apa yang jadi lepas tu, awak jangan salahkan saya." Ugut Ghani yang selesai sahaja berkata begitu, terus sahaja menonong melangkah ke ruang tamu.

Azah dan Hilmi berpandangan sesama sendiri lagi. Dalam keadaan di papah Hilmi itu, Azah melangkah perlahan-lahan menuju ke arah ibunya. Dia duduk di birai katil perlahan.

"Kenapa ni ibu? Ibu gaduh apa dengan abah?" Tanya Azah lembut sambil tangannya mengusap belakang Azlinda perlahan-lahan seolah memujuk ibunya.

"Ibu tak nak abah marah, Azah marah. Ibu tak sengaja Azah. Ibu mintak maaf." Azlinda masih teresak-esak sehingga terhinjut bahunya.

"Kita boleh bincang ibu. Azah tak pernah marah dekat ibu. Mari kita keluar dulu, kita cakap dengan abah baik-baik. Azah yakin, abah bukan marah sangat pun tu. Jom ibu. Kalau abah marah ke apa ke, Azah ada. Azah akan back up ibu." Pujuk Azah lagi.

*****

Azlinda mengambil tempat di sisi Azah. Dia yang masih bersisa tangis nya enggan memandang wajah suami yang duduk bertentangan dengannya.

"Cerita sekarang!" Pendek, tapi tegas Ghani bersuara.

Azlinda memandang wajah Azah seketika.

"Tiga bulan selepas Azah pergi UK, duit biasiswa Azah diterima oleh saya, melalui cek. Cek itu datang sekali dengan cek duit zakat majlis agama Islam. Pada masa yang sama, saya dapat berita dari geng mengaji saya yang ada agensi umrah buka peluang untuk buat Umrah dengan selesa.

Dalam pakej tu boleh melawat Turki, dan beberapa negara lain lagi. Jadi saya bayar deposit Rm10,000.00 untuk kita berdua. Sementara menunggu duit yang pemaju beli tanah kita masuk." Azlinda berhenti di situ.

Wajah Ghani di kerling. Ternyata Ghaninsedang mengerut keningnya.

"Tapi kan pemaju tu tak jadi beli tanah kita?" Tanya Ghani.

Azlinda mengangguk. Di sinilah segalanya bermula.

"Bila Azah telefon tanya pasal duit dia dah masuk ke belum, saya panik. Saya dah lah baru lepas kena tipu. Nak cakap dengan abang, saya tak berani. Jadi bila Izzat tawarkan diri nak bantu saya dapatkan semula Rm10,000.00 tu, saya terima. Saya ingatkan dia ikhlas." Balas Azlinda.

"Tapi dia bagi syarat? Apa syaratnya?" Tanya Ghani.

"Saya kena terima pinangan dari dia, supaya dia dapat kahwin dengan Azah. Sebab itulah saya beria nak Azah kahwin dengan Izzat. Sebab saya dah janji dengan Izzat dan bonda dia.

Kalau saya tak terima, mereka akan pecahkan rahsia ni pada abang. Pada Azah, yang saya ni dah kena tipu. Saya tak nak. Saya takut abang marah. Sebab tu saya ikutkan cakap Izzat."

"Ya Allah Azlinda Binti Hamzah! Astaghfirullah hal azim. Subhanallah. Saya betul-betul tak percaya dengan awak ni." Bebel Ghani.

"Macam mana Izzat tahu ibu guna duit biasiswa Azah sampai dia boleh bagi pada ibu Rm10,000.00 tu?" Tanya Azah.

"Ibu tak tahu. Dia tiba-tiba datang rumah je satu hari tu. Katanya nak ziarah. Tapi tiba-tiba dia sebutkan soal bonda dia ada nak pergi Umrah. Kalau ibu nak join sama pun boleh. Tapi mana ada duit lagi dah, jadi ibu cerita jelah apa yang jadi." Terang Azlinda, takut-takut.

"Ya Allah, mudah betul awak tertipu Azlinda. Ya Allah, apalah awak ni rahsia benda besar dari saya. Bodohnya saya, sebab dah terikut percaya kan awak. Ya Allah, apalah bala ni." Bebel Ghani.

"Abah..., ibu kan dah cerita. Jangan salahkan ibu lagi dah ya." Pujuk Azah.

Hilmi masih berdiam diri. Terkejut pun iya juga. Punca dia kehilangan Azah dahulu, hanyalah disebabkan Rm10,000.00?

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience