Rate

Bab 83 :Tapi

Romance Completed 402255

"Tapi?" Tanya Hilmi dengan penuh debaran di dada.

Riak wajah Azah yang tiba-tiba mendung sudah cukup mencuakkan dia. Apa yang di tapi kan oleh Azah ni?

"Tapi Azah tak mintak maaf lagi dengan abang sebab Azah keluar dari rumah macam tu je. Tinggalkan abang tu. Memang lah kita ada bercakap sebelum berbaik tu, luahkan perasaan kita, tapi Azah tak pernah betul-betul mintak maaf dengan abang. Sorry, sebab keluar dari rumah tak mintak izin abang." Ujar Azah perlahan.

Tangan Azah dicapai keduanya.

"Memang lah, kalau ikutkan sayang kena mintak izin dari abang. Tapi abang faham, waktu tu kita kena ambik masa untuk berjauhan, beri diri kita masa untuk sama-sama muhasabah. Bukan abang maksudkan sayang salah, tak pun.

Abang yang salah. Abang yang ego. Jangan risau, abang dah reda sayang keluar dari rumah untuk tenangkan diri dulu-dulu tu. Dalam tempoh kita berjauhan tu, papa, mama, termasuk lah Hannah dan Abang Haziq, beria bentangkan fakta untuk terangkan dekat abang yang apa buat ni salah.

Abang mengaku abang tak jujur dengan sayang pasal kemalangan abang tu. Tapi abang takut kalau abang terangkan, sayang tak nak terima abang. Sebab abang tahu macam mana sayang nak sangat ada zuriat sendiri. Tindakan abang tu sangat mementingkan diri.

Abang mintak maaf jugak." Tangan Azah masih lagi digenggam erat.

Azah yang terkedu hanya membiarkan sahaja perbuatan Hilmi itu.

"Terima kasih untuk dinner hari ni. Kita balik, jom?" Ajak Azah yang sudah tidak keruan apabila direnung Hilmi lama begitu.

"Okey, jom kita balik."

Hilmi menyelesaikan urusan pembayaran sementara Azah menunggu berdekatan sebelum mereka berjalan beriringan masuk ke dalam kereta. Sebaik sahaja kereta itu mula bergerak meninggalkan bangunan yang dijadikan tempat makan malam romantik, yang juga boleh disewa untuk sambutan hari lahir, Hilmi bersuara.

"Apa kata kita cari satu hari, dalam seminggu tu, untuk kita pergi dating berdua?" Cadang Hilmi.

"Dating berdua? Like?"

"Macam tengok wayang, atau makan-makan, jalan-jalan dekat mall ke?" Beritahu Hilmi.

"Aakif?"

"Tinggal je dekat mama dan Hannah. Mereka tentu lah suka."

"Tak nak lah. Segan dekat mama. Kita berseronok berdua tapi mama kena jaga anak kita." Bantah Azah.

"Mama okey. Lagi pun, seminggu sekali je. Mama dapat luangkan masa dengan Aakif. Kita ada masa untuk kita berdua. Ada masanya, kita kena betul-betul ada masa yang berkualiti untuk kita berdua.

Back then, masa kecik-kecik kami duduk dengan nenek belah papa. Nenek ni garang. Semua mama kena uruskan. Kalau nak keluar pun, nenek takkan jaga jadi mama kena angkut semua. Mama memang tak ada masa yang berkualiti dengan papa, sampailah adik mama yang bongsu datang sambung belajar.

Masa tu, mama dah pindah masuk rumah sewa sendiri. Sebab keadaan kewangan dah makin okey. Adik mama tu akan datang rumah seminggu sekali sebab dia homesick, dan penakut. Kawan-kawan dia suka balik.

Jadi bila datang rumah, mama akan ambik masa tu untuk keluar dengan papa. Nampak perubahan dia, jadi makin penyayang. Makin happy. Itu jugaklah yang mama selalu tekan kan dekat kami yang lelaki ni, bila dah kahwin, ada anak sekali pun, tetap kena manjakan isteri.

Mama cakap, dia akan cuba sebaik mungkin untuk tak jadi seperti nenek. Abang pun nak sayang faham yang, walaupun kita dah ada anak, itu bukan lah bermaksud kena kelek anak je sepanjang masa. Keluar, take your time untuk break. Dengan Madi pun okey."

"Tapi, nanti sayang jadi ibu yang tak baik lah. Sebab dah ada anak pun, masih lagi nak me time."

"Eh kenapa pulak, tinggal anak dekat orang, keluar sekejap, bukan tanda sayang ibu yang tak baik. You just need a break for a while to recharge. Dah keluar, dah happy, balik rumah, boleh sambung happy kan family. Nak orang gembira, kita yang kena gembira dulu." Balas Hilmi.

"Betul, ibu ni selalunya akan korbankan kebahagiaan sendiri demi anak, tapi sayang kena ingat, kalau sayang tak gembira dan happy dengan diri sendiri, macam mana nak happy kan anak-anak? Jadi ibu, bukanlah bermaksud kita tak boleh mintak tolong dengan orang langsung.

Walaupun ibu ni orang selalu cakap dia adalah superwoman yang boleh jaga semua orang, dia kena jaga diri sendiri jugak. I'll try my best to be your superman, to take a good care of you. Supaya sayang tak lupa, ada orang lain yang lebih sayangkan sayang. Sebab tu sayang kena jaga diri baik-baik. Happy wife, happy life." Sambung Hilmi.

*****

"Mama, Hannah nak tanya sikit boleh?" Tutur Hannah tiba-tiba.

Zainab sudah terangkat keningnya.

"Nak tanya apa?" Balas Zainab pula.

"Selalu kan orang cakap, mentua dengan menantu ni tak ngam, macam mana mama dengan Kak Azah okey je?" Tanya Hannah.

"Benda itu pilihan kita Hannah. Mama boleh pilih untuk buat baik dengan Kak Azah atau layan dia macam musuh. Kak Azah pun boleh pilih untuk buat baik dengan mama, atau abaikan mama. Kalau sama-sama baik, itu rezeki, Alhamdulillah.

Tapi paling penting, kita ni kena sentiasa fikir yang baik tentang orang. Kalau dia tak baik, itu urusan dia. Kita cuma perlu pilih untuk jauhkan diri dari orang macam tu. Jangan kalut nak cari gali kekurangan orang. Nak sebar kekurangan orang

Kata Saidina Ali Bin Abi Talib, jangan kita guna lidah kita untuk mengata kekurangan orang. Kerana kita juga ada kekurangan, dan orang lain juga ada lidah.

Paling penting kan Hannah, mama dah belajar yang bila kita buat baik, tanpa mengharapkan apa-apa balasan sekalipun, kebaikan itu tetap akan kembali kepada kita.

Mama harap Hannah belajar dari Kak Azah, sebagaimana baiknya Kak Azah tu dengan mama, macam tulah jugak Hannah, bila dah kahwin nanti, baik dengan mak mentua Hannah. Insya Allah, orang yang buat baik ni tak pernah rugi. Paling tak rugi di akhirat nanti." Terang Zainab.

Hannah hanya mengangguk. Bila masuk bab nikah kahwin, hidup berumahtangga ini, dia tiba-tiba terasa malu. Agak-agaknya, suami dia nanti akan layan dia baik macam mana abang dia layan Kak Azah tak?

Ish, malu pulak bila bayangkan!

Hannah tersengih sendirian membayangkan hal itu.

"Hah, berangan lah tu. Habiskan study dulu tu Hannah, baru fikir kahwin. Awak tu bangun pun pukul 12 tengahari lagi. Macam mana nak kahwin?" Usik Zainab.

Hannah sudah mencebik. Mama ni, mujur bakal mak mentua tak dengar. Kalau tak, mahu kena cancel!

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience