Rate

Bab 17 : Not Too Slow

Romance Completed 402255

"Next time, boleh tak jangan tipu Imi lagi, bagi alasan yang bukan-bukan?" Tanya Hilmi sebaik sahaja mereka tiba di tempat Azah meletak keretanya.

"Mana ada tipu. Ermm, kelas malam dah cancel sebab saya banyak kena ganti kelas Madi minggu ni. Dia cuti." Jawab Azah yang dari tadi kepalanya ligat mencari jawapan bagi semua persoalan yang ada.

"Nasib baik nampak tadi. Kalau tak, sampai bila-bila lah Imi tak dapat makan dengan Azah."

"Saya nak balik dulu." Sebelum Hilmi melalut lebih panjang lagi, baik dia minta diri dulu.

"Azah, Imi teman Azah balik?"

"Eh tak payah. Saya boleh balik sendiri."

"Imi ikut dari belakang. Madi tak ada kan? Risaulah. Dah pukul 10 lebih ni." Jam di tangan dijeling sahaja.

"Tak payah. Saya okey je." Jawab Azah.

Dalam keadaan dia melarikan pandangan matanya dari memandang Hilmi tepat ke mata, Azah tertarik melihat satu kereta yang terletak tidak jauh dari keretanya. Melihatkan nombor pendaftaran, rasanya itu lah kereta yang sama merempuhnya dari belakang sewaktu di Petaling Jaya 3 tahun dahulu.

"Tak apalah, Imi hantarkan sampai Azah selamat masuk dalam rumah..." Melihatkan Azah yang fokus memandang ke satu arah, Hilmi turut menghalakan pandangannya kearah yang sama.

"...Azah, Azah okey tak? Tengok apa?"

"Tak, kereta tu.... Hmmm, tak ada apa lah. Saya balik dulu." Azah masuk sahaja kedalam keretanya walaupun, dia lebih tertarik untuk mengetahui siapa pemilik kereta itu.

3 tahun yang lalu, dia tidak sempat berterima kasih untuk kemurahan hati pemilik kereta itu membayar sahaja jumlah tuntutan yang dikemukakan oleh bengkel yang membaiki keretanya. Hinggakan apabila keluar dari bengkel, keretanya lebih baik dari sebelum dirempuh. As good as new!

"Eh kejap, mana awak tahu saya tinggal dengan Madi?" Laung Azah setelah dia membuka tingkap kereta.

Hilmi memusingkan langkahnya, mendekati kereta Azah semula.

"Semua pasal Azah Imi tahu." Hilmi sempat mengerdipkan matanya beberapa kali, mengusik Azah.

Azah menarik muka masam. Sempat lagi kan Hilmi ni!

"Pergi lah balik sana!" Marah Azah.

"Hahaha. Okay. See you again, love." Sempat satu flying kiss dihadiahkan kepada Azah.

Azah tunjukkan penumbuk kepada Hilmi. Sebaik sahaja keretanya melepasi Hilmi yang masih berjalan ke arah keretanya, bibir Azah tanpa sedar turut menguntum senyum.

"Astaghfirullah hal azim Azah. Suami orang tu. Jangan nak bahagia sangat!"

*****

"Entah ma, Azah tu, dia dah jadi macam tak percaya dekat Mi tau. Tiba-tiba nampak dia macam kekok, padahal kami dah kenal lama. Lepas tu kan, Mi perasan dia macam selalu nak lari dan mengelak dari Mi." Adu Hilmi kepada Zainab.

"Mi dah pernah berterus-terang dengan dia pasal perasaan Mi?" Tanya Zainab.

Drama yang sedang ditayang tidak lagi dihiraukan. Drama anak bujangnya ini lebih menarik.

"Pernah. Masa dekat UK dulu tu lah." Jawab Hilmi lurus.

Zainab menepuk dahinya sendiri.

"Aduhai Mi, papa Mi tu bukan main lagi romantik tau, tapi Mi ni macam lembap pulak. Tak apalah, mama tolong nasihatkan.

Sekarang ni baru jumpa semula, kan? Mi jangan lah anggap yang Azah tu fikir Mi carry forward perasaan Mi tu. Yelah, dah lama tak jumpa, mestilah dia fikir Mi dah kahwin ke, paling tidak dah bertunang ke, entah-entah kawannya dah menduda ke.

Mi kenalah beritahu semula. Refresh luahan perasaan tu pada Azah. Barulah dia faham. Tapi awas! Jangan terlalu mendadak. Nanti dia lari pulak. Kelajuan membunuh. Mi kena slow and steady, but not too slow. Faham?" Beria Zainab memberi nasihat.

Hilmi tercengang. Slow but not too slow? Kelajuan sederhana lah ni? Lain macam nasihat cinta dari mama. Macam tengah masuk kelas nak ambik lesen memandu.

"Cepat sikit usaha tu. Lepas tu bawak Azah balik rumah, jumpa mama." Giat Zainab mengusik Hilmi yang masih tercengang menghadam nasihatya tadi.

"Kalau Azah tak terima, macam mana eh mama?"

"Ehhh, berjuang pun belum dah nak mengaku kalah. Buat malu je lah jadi anak lelaki mama." Bebel Zainab, geram dengan Hilmi.

"Bukan mengaku kalah. Mi nak standby je, pastikan ada back up plan. Mi nekad dah, tak nak lepaskan Azah kali ni."

"Haaa, macam ni barulah anak lelaki mama. Ingat, kalau tak berjaya semua plan A Mi tu, bawak Azah jumpa mama. I'm your plan B - Z." Zainab mengangkat keningnya mengusik Hilmi lagi.

Uish, boleh tahan jugak Puan Zainab ni sejak cerita pasal Azah sampai di telinganya. Azah, calon menantunya yang tertangguh!

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience