Rate

Bab 85 : Kenangan

Romance Completed 402255

Kopiah putihnya, Ghani letakkan sahaja di atas meja kecil bersebelahan katil dalam bilik tetamu itu. Azlinda masih begitu, selesai makan malam sebelum Hilmi dan Ghani ke surau untuk solat Maghrib dan Isyak berjemaah tadi, dia berkurung sahaja di dalam bilik.

Azah pula menyambung mengemas dapur dengan hanya ditemani Hilmi yang mendukung Aakif. Sesekali, dia membantu membawa pinggan yang boleh dipegang dengan sebelah tangannya ke sinki. Adakalanya, Aakif diagah-agah dengan riak gembira.

"Abang nak apa-apa minuman panas?" Tanya Azah.

"Boleh jugak. Green tea ada?" Tanya Hilmi.

"Ada. Okey, Azah buatkan green tea untuk abang."

Sementara itu, di dalam bilik tetamu, Ghani menggeleng kepalanya.

"Sampai bila nak berkeras macam ni?" Soal Ghani.

"Dia kan anak, dia lah yang kena mula tegur saya dulu." Balas Azlinda.

"Keras benar hati awak ni. Saya sebagai suami awak, kali ni saya menyerah dah. Saya mengaku kalah. Saya takkan mampu pujuk awak dah. Saya tak mampu untuk didik awak dah. Saya jadi lelaki dayus, tak mampu suruh isteri buat kebaikan.

Patutlah, Rasulullah dulu menangis memujuk merayu supaya bapa saudara dia masuk Islam, tapi bapa saudara dia tak nak. Memang betul lah apa yang orang cakap tu, petunjuk itu milik Allah. Akan diberi pada orang yang bersedia menyambut dengan tangan terbuka.

Kalau mengharapkan Hidayah semata, dah lama Allah beri Hidayah. Kita boleh pujuk. Boleh rayu, tapi tiada jaminan orang akan ikut. Buat lah apa yang awak nak buat Azlinda. Saya takkan cakap apa-apa dah lepas ni." Baju Melayu yang dipakai, ditanggalkan.

Membiarkan baju pagoda putih itu sahaja tersarung di tubuhnya. Dia lantas mengatur langkah untuk keluar dari bilik itu, terus sahaja menuju ke ruang tamu.

"Tengok rancangan apa ni Mi?" Tegur Ghani melihatkan Hilmi ralit mengadap televisyen.

"Duduk bah. Mi tengok orang berkung fu ni je."

"Azah mana?"

"Ada dekat dalam. Tidurkan Aakif tu. Abah nak minum?" Tanya Hilmi.

"Tak apalah, biarkan aje Azah tu tidurkan Aakif. Dah lewat jugak ni." Balas Ghani pula.

"Eh tak apalah bah. Mi ada, boleh buatkan."

"Untung Azah, kamu ringan tulang macam ni. Malu jugak nak mengaku, tapi abah dulu sibuk benar kerja. Balik rumah dah penat, dalam nak tengok-tengokkan anak pun abah yang terlelap dulu."

"Sikit-sikit je, yang mana mampu. Lagi pun, Azah ni mudah, kalau ada apa-apa dia cakap je. Nak suruh tolong ke apa ke." Terang Hilmi sambil menghulur secawan kopi kepada Ghani.

"Mudah lah kalau macam tu. Rumahtangga ni memang tak boleh simpan rahsia. Kahwin lama macam mana pun, bila dah mula simpan rahsia, hilang seri dan manisnya Mi."

Hilmi seakan faham yang Ghani sedang membicarakan hal rimahtangganya sendiri. Kopi itu dihirup oleh Ghani perlahan. Seteguk, kemudian seteguk lagi.

"Sedapnya air ni. Pandai pulak Mi buat." Puji Ghani.

Hilmi tergelak mendengar pujian dari abah mentuanya.

"Orang bujang lama bah. Nak tak nak, kena pandai buat sendiri."

Ghani berdehem. Rasa bersalah mula menyerang tangkai hatinya.

"Abah mintak maaf pasal tu. Salah abah jugak, patutnya, abah tanya Azah. Bukan buat keputusan sendiri. Abah betul-betul mintak maaf. Jadi jadi salah satu sebab jodoh kamu dengan Azah lambat." Perasaan kesalnya menggunung.

Sepatutnya, sebagai bapa, dia perlu bertanyakan persetujuan Azah. Bukan memaksa dengan alasan perlu menjaga air mukanya.

"Tak lah bah. Benda yang dah lepas, kita biarkan je lepas. Sekarang saya dan Azah dah bahagia, insya Allah. Abah doakan yang terbaik je untuk kami."

Cerita lama, kalau diungkit, bukan setakat hati, perasaan pun mampu terluka berdarah, entah buat kali ke berapa.

*****

Tengah malam itu, Azlinda terjaga kerana mahu ke bilik air. Sempat dia perasan yang Ghani tiada di sebelahnya. Keluar sahaja dari bilik air yang terletak berdekatan dapur, Azlinda ke ruang tamu. Di sofa itu suaminya tidur. Sempat dia mendengus marah.

Saja nak boikot isteri lah ni dengan tidur asing-asing. Dia berpatah balik ke bilik tidurnya. Sempat telinganya tertangkap bunyi Aakif menangis. Kedengaran juga suara Hilmi dan Azah saling memujuk Aakif.

Jam dinding dilihatnya, hampir pukul 5 pagi. Hendak menyambung tidur pun, dia was-was. Takut terlajak. Sudahnya, dalam keadaan dia berfikir itu, kakinya membawa dia berdiri di hadapan bilik Azah. Tanpa sempat berfikir, tangannya sudah mengetuk pintu bilik itu.

"Ibu..." Seru Azah.

"Kenapa dengan Aakif tu?" Tanya Azlinda.

"Tak tahu lah ibu. Lepas tersedar pukul tiga tadi, dia merengek, menangis je. Bagi susu pun tak nak." Adu Azah.

"Bagi dia sini." Balas Azlinda.

Hilmi yang telah pun mendekat menyerahkan Aakif kepada Azlinda. Azlinda bawa sahaja Aakif ke ruang tamu. Hilmi dan Azah hanya mengikut sahaja dari belakang. Sebaik duduk di sofa, perut Aakif diusap perlahan, kemudian diusap pula belakang Aakif setelah diletakkan Aakif dalam posisi seperti meniarap, namun tertahan pada lengannya.

Aakif kini sedang menghisap jarinya. Tiada lagi tangisan. Hampir sepuluh minit dalam keadaan begitu, kedengaran bunyi sendawa kuat dari Aakif.

"Hah, lega dah sayang?" Tanya Azlinda.

Aakif hanya membuat bunyi seakan membebel. Azlinda memangkunya dalam posisi berbaring semula. Azah dan Hilmi telah pun terlelap. Tidak lama kemudian, Aakif pula yang terlelap didodoi Azlinda. Aakif ini seiras benar dengan Azah sewaktu kecil. Cuma, kulitnya lebih cerah. Mengikut warna kulit daddynya.

Bila begini, teringat kembali memorinya sewaktu Azah kecil. Suka tidur awal, kemudian berjaga dari pukul dua atau tiga pagi. Tidurnya semula pada pukul enam setengah pagi. Waktu yang kalut bagi Azlinda untuk mengurus anak-anak lain ke sekolah waktu itu.

Azah yang sedang terlelap di paha Hilmi diperhati lama. Ibu sayang Azah. Kenapa ya, ibu boleh tergamak ketepikan kebahagiaan Azah demi ego ibu sendiri?

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience