Rate

Bab 28 : Reda

Romance Completed 402255

"Kiranya hadiah masa Azah kahwin dulu tu hadiah dari Imi ke? Bukan dari Madi?" Tanya Azah yang terkejut apabila di cerita kisah tentang hadiahnya.

"Ha ah bukan dari Madi. Dari Hilmi. Tapi dia tak nak Madi tulis nama dia sebab dia takut pepijat tu dan keluarga Azah salah faham." Terang Madihah, sempat lagi dia menukar nama gelaran kepada Izzat.

"Eh sorry atas kesengajaan Madi tu. Nama Izzat tu terlalu mulia untuk orang yang jahat macam pepijat. Boleh pulak nak paksa-paksa orang macam tu." Madihah meluahkan rasa bengangnya.

"Nama dia tak salah. Dia tu je yang macam short circuit sikit." Jawab Azah yang terhibur dengan telatah Madihah.

"Eh patutlah Madi bagi Azah hadiah lagi satu kan bila Azah balik sini semula lepas kahwin tu. Hadiah kedua tu baru betul-betul dari Madi?" Azah menyambung percakapannya dengan meluahkan soalan yang baru sahaja terlintas dalam kepalanya.

"Ha ah. Yang tu baru betul-betul dari Madi." Jawab Madihah jujur.

Azah tersenyum, semakin lebar apabila dia teringatkan Hilmi. Jawapannya kepada lamaran Hilmi itu seolah makin jelas. Insya Allah, selepas seminggu lagi tempoh yang diberi Hilmi, Azah akan menyatakan apa yang terpendam sekian lama di dasar hati nya.

"Hadiah pertama tu, dari Imi, lampu kristal tau. Lawa betul. Tapi masa bukak hadiah, bonda Izzat dah ambik dulu lampu tu sebab dia berkenan." Cerita Azah.

"Whattttt? Mana boleh ambik hadiah kahwin orang sesuka hati!" Bebel Madihah.

"Tak apalah. Azah malas nak gaduh masa tu. So Azah biarkan je. Sorry." Jawab Azah.

"Biarlah. Asal dah dapat Hilmi, lampu tu dah tak penting. Tapi kan Azah, Madi macam pelik lah. Pijat tu cakap, dia nak Azah. Tapi kenapa lepas kahwin tu, kenapa macam tak nampak pun dia menghargai Azah? Azah pernah tak rasa betul-betul happy selama jadi isteri dia?" Tanya Madihah lagi.

Azah tak seperti isteri yang lainnya. Melalui pemerhatian Madihah selama Azah berkahwin, Azah selalu mengadu penat dan lesu kerana perlu berulang alik hampir setiap minggu. Kerjanya pula ada masanya banyak yang tertangguh, terkumpul menjadi lebih banyak. Azah berjaga sehingga pukul 3 pagi semata-mata untuk menyiapkan kerja bukanlah sesuatu yang pelik.

"Entah lah Madi. Tak tahu nak cakap. Dalam tempoh setahun sebelum kahwin tu, Azah nampak banyak tanda-tanda yang Izzat ni tak sesuai jadi suami. Tapi bila beritahu ibu, ibu tak percaya.

Jadi susah Azah nak putuskan hubungan. Tapi bila fikir balik, Azah patutnya berkeras untuk tak teruskan. Tapi ibu lagi keras. Berganda susah. Kalau Azah cakap menyesal, Azah takut semua kebaikan yang Azah buat selama jadi isteri dia akan hangus semua pahala.

Tapi, apa yang Azah boleh cakap, lepas sah bercerai tu, Azah lega sangat-sangat. Azah happy. Walaupun lepas tu hubungan Azah dengan keluarga jadi dingin." Jawab Azah.

"Tak, Madi tak faham, kenapa ibu Azah lebih percayakan pijat tu? Jangan-jangan dia guna-gunakan keluarga Azah tak?" Selamba sahaja Madihah berkata-kata.

"Eh tak lah. Tapi dia ni memang jenis mulut manis. Kalau bukan sebab Azah tahu perangai dia, entah-entah Azah pun betul-betul jatuh cinta dengan dia. Selama kenal tu, memang Azah banyak terserempak dengan dia keluar dengan perempuan sana sini. Yelah, orang ada rupa kan? Mana tak ramai peminatnya." Balas Azah.

Memanglah dia sakit hati dengan pijat tu, tapi tak adalah sampai nak menuduh dia main guna-guna. Eh kejap, aku pun panggil dia pijat ke tadi? Hmmmm, nasib lah pijat!

" Okey, apa yang berlaku masa kejadian kedua sampai membuatkan Hilmi terbabit sama?" Tanya Madihah lurus, perasaan ingin tahunya membuak-buak.

"Kejadian kedua tu, lepas Azah dapat tahu pijat kahwin buat kali kedua dengan menantu pilihan bonda dia." Jawab Azah.

"Yang Hilmi tolong Azah masa Azah masuk hospital sebab kena pukul tu kan? Yang ni Madi dah lama nak tanya, kenapa pijat tu datang jumpa Azah?" Tanya Madihah, mukanya terasa panas membahang dengan perasaan marah.

*****

Rutin hujung minggu Izzat dan Azah, selalunya mereka akan balik ke Lipis. Tetapi kebetulan minggu itu Azah mempunyai tugasan yang menghalang dia mengikuti Izzat balik. Anehnya, dari beberapa minggu yang lalu Izzat beria meminta jadualnya untuk mengatur masa mereka balik ke Lipis.

Tanpa sebarang syak wasangka, Azah memberikan sahaja jadual penuhnya untuk beberapa minggu yang akan datang. Sewaktu melihat tarikh di mana Azah perlu menjadi ahli jawatankuasa untuk program yang diadakan pada hujung minggu itu, Izzat memberitahu lebih awal bahawa dia mahu balik ke Lipis. Bersendirian.

Azah mengiyakan sahaja. Izzat nak balik ke rumah bondanya sendiri, takkan Azah hendak menghalang, kan? Sebaik sahaja duduk di sofa rumah sewanya untuk membetulkan urat yang tegang sewaktu menyiapkan susunan kerusi di dewan untuk program pada hari Sabtu esok, Azah sempat membuka Fac.

Tergerak hatinya untuk melihat apa status terbaru yang dikemaskini oleh Izzat, Azah terjumpa Fac abang iparnya yang tidak pernah abang iparnya itu approve Azah yang sudah lama menekan butang Friend Request. Sejak dari dia mula bernikah dengan Izzat, kalau tidak silap ingatannya.

Eh?
Azah mengerdipkan matanya beberapa kali setelah membaca status yang disertai dengan satu gambar kad undangan majlis perkahwinan. Tertulis nama Izzat dengan tulisan berwarna keemasan, manakala nama pasangannya ditutup menggunakan jari abang iparnya itu.

~Akad nikah selepas Isyak malam ni, pukul 9 malam. Jangan berdebar sangat. Bukan kali pertama. Kehkehkeh~

Azah ke ruangan komen pula. Pelbagai komen dapat dibaca. Ada yang mengucapkan tahniah. Ada yang meninggalkan komen nakal berunsur 18sx.

Azah melihat jam pada ruangan kanan, atas, telefonnya. 5.45 petang. Kalau dia bertolak sekarang, sempatlah dia sampai nanti untuk mengantoikan perbuatan Izzat kepadanya. Azah bangun dari sofa dan segera ke bilik air untuk bersiap. Walaupun tiada pengalaman memandu sejauh itu bersendirian, dia akan menguatkan hatinya. Lepas ini, apa nak jadi, jadi lah!

Sewaktu tiba, Azah melihat jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Dia masih membatu di dalam keretanya itu. Dapat dilihat beberapa wajah saudara mara Izzat yang biasa dilihatnya sewaktu kenduri. Rombongan pengantin perempuan juga ada tiba sebentar tadi. Pelik, akad nikah di rumah lelaki?

Perasaan dia waktu ini? Kosong, sekosong-kosongnya. Hancur, sehancur-hancurnya. Azah pejamkan mata mengumpul kekuatan sebelum dia masuk memulakan 'serangan'. Kali terakhir berdepan dengan mereka-mereka ini, dia perlu berada dalam keadaan tenang.

Azah mengelap air mata dengan cardigan yang dipakainya. Dia mengambil telefon yang terletak di kerusi penumpang di sebelahnya. Dia tekan butang kamera dan memilih mode video dan terus merakam.

"Assalamualaikum." Azah memberi salam sebelum dia terus sahaja masuk kedalam rumah.

Tercengang Izzat dan ahli keluarganya. Saudara-mara ada yang mula berbisik.

"Terima kasih banyak-banyak untuk kejutan yang sangat mengejutkan ni. Tak sangka pulak. Sebab tak ada yang maklumkan apa-apa pada saya. Izzat, kita jumpa di mahkamah jelah nanti. Tahniah Izzat, dan selamat pengantin baru."

Tiada setitik air mata pun yang mengalir keluar dari mata Azah. Sebaliknya, dia dengan tenang masuk ke bilik yang selalu dihuninya setiap kali balik ke sini. Wow, dah jadi bilik pengantin. Gelinya! Sempat Azah membebel sebelum dia mengambil beberapa barang miliknya yang ditinggalkan di rumah mentuanya itu untuk memudahkan dirinya apabila balik ke situ.

"Azah balik dulu ayah. Terima kasih untuk layanan baik ayah selama Azah jadi menantu ayah. Halalkan makan minum Azah selama ini." Tangan Izam dikucup lama sebelum dia melepaskannya dan terus keluar dari rumah itu.

Azah masuk ke dalam kereta, tanpa menunggu lama, dia menghidupkan enjin kereta dan terus sahaja keluar dari perkarangan rumah yang dia sangat-sangat pasti, tidak akan dijejak lagi nanti.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-08-15 19:42:47 

hebat pijat bau busuk pijat ni...kena pada bantal bako je bantal tu xleh pakai dah ...tqupdate


NovelPlus Premium

The best ads free experience