Rate

Bab 71 : Janji

Romance Completed 402255

"Saya tak nak. Saya tak nak bedah. Saya nak normal. Abang faham tak?" Suara Azah sudah tinggi senada dari awal perbincangan mereka.

Hilmi masih berdiam diri, memberi ruang kepada Azah untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.

"Abang tahu kan, kalau ceaser, saya tak boleh faham sakit contraction tu macam mana. Saya tak boleh faham pengorbanan seorang ibu tu macam mana. Semua cakap, kalau tak bersalin normal, tak akan dapat nak enjoy dan faham betul-betul proses bersalin tu.

Please abang, kita usaha jugak untuk normal. Okey? Jangan suruh saya serah diri je untuk dilapah perut saya. Ada masa lagi ni. Please!" Melihatkan suami berdiam diri begitu, nada Azah menurun semula, menyambung merayu supaya suami memahami kehendak hatinya.

"Sayang..."

"Abang, please, abang sayang saya kan? Jangan paksa saya untuk ikut je apa yang doktor suruh." Pintas Azah.

"Sayang, abang bukan saja-saja mintak sayang ikut apa doktor cadangkan. Tak lain tak bukan, sebab abang nak sayang selamat, baby kita selamat." Rambut Azah diusap perlahan, supaya Azah boleh kekal bertenang.

"Tapi saya tak nak, saya nak normal. Abang faham tak?" Tanya Azah.

Mendengarkan pertukaran kata ganti nama diri yang Azah gunakan, Hilmi faham benar yang Azah sedang beremosi.

"Macam ni, apa kata, kita pergi jumpa mama. Boleh? Sayang tanya mama. Mama ada pengalaman bersalin. Abang tak pernah bersalin, jadi abang tak pandai sangat nak ulas lebih-lebih. Boleh?" Hilmi memberi cadangan.

Tangannya masih mengusap lengan Azah perlahan, yang menurut buku yang dibacanya merupakan bahasa badan yang boleh membantu proses komunikasi dalam menenangkan emosi pasangan sewaktu emosinya masih belum stabil.

"Okey." Balas Azah.

*****

"Mama, mama faham perasaan Azah kan?" Tanya Azah setelah dia menerangkan situasi dan dilema yang dihadapinya.

"Faham, faham sangat-sangat Azah sayang. Tapi Azah pun kena faham, yang cara melahirkan itu tidak sedikitpun memberi kesan pada status kita sebagai seorang ibu." Terang Zainab lembut.

Azah tersentak.

"Mama dah rasa dua-dua cara bersalin. Normal tiga kali, pembedahan sekali. Lahirkan Hannah. Sebab dia jarak paling jauh, mama pun lupa dah cara nak meneran. Dah tua masa tu." Sempat Zainab tergelak.

"Sampai sekarang ada parut tu lagi. Ada masanya, rasa ngilu tu mama masih lagi boleh rasa. Tapi Azah faham tak apa punca doktor cadangkan pembedahan?

Sebab baby Azah sekarang ni masih lagi songsang. Pada waktu umur kandungan 37 minggu macam ni, lepas usaha untuk pusing baby oleh doktor pakar pun gagal, memang itu satu-satunya jalan yang ada, yang insya Allah boleh menjamin keselamatan ibu dan baby dalam kandungan.

Sebab, kalau lahir songsang, baby berisiko untuk lemas. Baby yang lambat pusing ni jugak, berisiko untuk terbelit dengan tali pusat pada leher. Bukan mama nak menakutkan Azah, tapi mama nak Azah faham, apa pun cara kita bersalin, tiada mana-mana cara lebih istimewa.

Allah tetap pandang usaha kita dalam kita menjalankan peranan sebagai ibu. Setiap sakit kita, Allah akan pandang dan kira pahala semua itu Azah. Bukan cara bersalin yang kita perlu titikberatkan. Itu semua rezeki. Ada orang, Allah rezeki kan bersalin normal. Ada orang rezeki dia dibedah.

Bukan sebab kita banyak dosa kita dibedah. Bukan sebab kita tak layak jadi ibu sebab itu kita dibedah. Bukan sebab kita lembik kita dibedah. Tapi, sebab kita betul-betul nak jadi ibu lah kita sanggupkan diri kita dibedah.

Tak ada sebab lain, melainkan hanya untuk mengutamakan keselamatan anak kita. Seorang ibu ni, memang begitu fitrah dia. Dia sanggup buat apa sahaja, asalkan anak itu selamat. Mama faham Azah takut. Mama pun takut masa mula-mula dapat berita. Tapi yakin lah, Allah tak pernah tinggalkan kita.

Azah lagi lah kan, dah lama tunggu baby ni. Mama yakin, Azah lebih tahu apa yang Azah perlu lakukan. Cuma sebab Azah takut, Azah keliru. Jangan risau, jangan takut. Mama ada. Mama akan jaga Azah. Jangan fikir cakap-cakap orang.

Semua ibu nakkan yang terbaik untuk anak mereka. Mama yakin Azah pun sama. Yang penting, Azah selamat. Baby selamat. Azah risau pasal cara bersalin Azah. Tapi Hilmi tu risaukan banyak perkara. Paling dia risau, keselamatan Azah dan baby.

Sebab dua-dua dia sayang. Tentu dia tak nak kalau kena pilih salah satu. Kita boleh teruskan berdoa, cuma, kalau sampai pada masa dan tarikh yang ditetapkan itu masih kena teruskan dengan cara pembedahan, maksudnya memang itu cara yang ditakdirkan." Hurai Zainab panjang lebar.

Azah sudah terdiam. Rezeki. Ya, rezeki. Bagaimana dia boleh terlupa janji dia suatu masa dahulu.

'Ya Allah, berilah aku rezeki anak. Apa cara sekali pun aku sanggup, asalkan ada rezeki zuriat ya Allah.'

Mudah manusia lupa kan, dalam masa terdesak dahulu semua sanggup. Sekarang bila Allah beri rezeki anak, dia mahukan lebih lagi. Dia lupa doanya pada suatu masa dahulu.

Ya Allah, ampunkan aku ya Allah. Kufur pada nikmat-Mu. Tidak bersyukur dengan pemberian-Mu. Tak apa, asalkan anakku sihat walafiat, aku reda.

Enjoy reading! :) Maaf lambat. Berasap telinga N join GM dari pukul 8 pagi untuk dialog prestasi sekolah. Ni baru habis. Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience