Rate

Bab 27 : Takdir

Romance Completed 402255

"Kau jangan tulis nama aku Madi. Aku takut nanti keluarga dan suami Azah salah faham."

Kotak hadiah bersempena pernikahan Azah itu diserahkan kepada Madihah.

"Aku faham. Kau okey ke tak ni?" Tanya Madihah melihatkan pipi Hilmi yang sedikit cengkung dan matanya yang sedikit sembab.

"Aku okey je. Cuma 2 3 hari ni banyak berjaga sebab aku dah mula kerja tempat baru. Aku mengajar jugak, dekat kolej swasta. So, banyaklah nota kena siapkan, slides, latihan semua itu. Tak sabar nak balik ni nak tidur puas-puas.

Sebelum ni aku kerja dengan mama aku, boleh lah main-main, setakat tolong jaga kafe dia. Aku kena balik dulu ni. Nak kena pergi ambik adik aku balik dari tuisyen pulak. Terima kasih tau tolong bawak hadiah aku." Beritahu Hilmi yang segera mengalih topik perbualan.

"Okey. No problem. Jaga diri. Jangan sampai kau pulak sakit-sakit." Sahut Madihah.

"Baru mula kerja. Mana boleh sakit!" Balas Hilmi sambil melawak.

*****

"Abang, abang menderita macam ni, berbaloi ke?" Tanya Hannah yang sedari tadi berdiam diri.

Tetapi melihatkan keadaan abangnya, dia tertanya-tanya kenapa abang sanggup sakit begitu. Kan lebih baik abang bawak sahaja orang yang dicintainya itu lari.

"Abang tak menderita pun. I'm okay. Hannah rasa abang menderita ke?" Balas Hilmi yang terasa seperti mahu melayan sahaja pertanyaan adiknya itu.

"Yalah, tak ada selera makan, menangis je sampai bengkak mata. Rumit betul cinta. Indah pada nama tapi tidak pada rasa. Hannah tak naklah jatuh cinta nanti." Bebel Hannah.

"Salah tu Hannah. Cinta itu memang indah pada nama dan pada rasanya jugak. Tadi Hannah tanya abang, kenapa tak bawak lari je dia, kan?

Hannah rasa, kalau abang bawak dia lari, kami akan bahagia?" Tanya Hilmi.

Hannah mengangguk.

"Bahagialah sebab dapat kahwin dengan dia. Bukan tengok je dia bahagia dengan orang lain." Jawab Hannah pantas.

Hilmi menggeleng kepalanya sambil tersenyum. Cetek lagi pemikiran adiknya ini.

"Okey. Make sense. Mungkin bahagia. Tapi sekejap sahaja. Lama-lama mesti dia rindu pada mak ayah dia, adik beradik dia. Tapi perbuatan abang bawak dia lari akan ada akibatnya nanti.

Mak ayah dia tentulah marah. Sebab kahwin lari tu bermaksud abang dan akak mengenepikan keluarga. Padahal selama ni siapa yang bersusah payah membesarkan Kak Azah?" Tanya Hilmi untuk membuatkan adiknya berfikir.

"Mak ayah dia lah." Jawab Hannah pantas.

"Betul, mak ayah dia. Jadi mak ayah yang mana suka bila diketepikan macam tu. Seolah-olah, anak kahwin tapi tak ajak mak ayah. Kalau Hannah, Hannah nak tak macam tu?" Soal Hilmi.

"Tak nak. Hmmmm, takkan tak boleh ubah langsung atau usahakan apa-apa? Abang asyik cakap pasal takdir. Ustazah ada cakap, takdir ni ada yang kita boleh ubah, ada yang tak boleh ubah, kan? Abang boleh ubah. Macam, paksa mak ayah dia terima abang ke?" Hujah Hannah, tiba-tiba terasa cerdik sebab dia ingat lagi penerangan ustazahnya tentang takdir.

"Betul, pandai Hannah. Ada dua takdir. Takdir Mubram dan Takdir Mu'allaq. Takdir Mubram tu yang tak mampu kita ubah sebab dah tertulis di Luh Mahfuz, seperti hidup, mati dan jodoh kita.

Takdir Mu'allaq pula boleh jadi tetap, atau boleh berubah, dengan kehendak Allah, namun bergantung kepada sebab-sebab yang diusahakan diri kita.

Hannah mesti pernah dengar kan, Allah takkan mengubah nasib hidup kita melainkan kita berusaha mengubahnya. Betul lah tu. Contohnya nak jadi kaya. Tapi malas kerja. Takkan duit nak datang bergolek ke riba kita. Betul tak? Jadi kita pun kerja, sebab nak jadi kaya.

Kerja kita tu, antara usaha kita untuk jadi kaya. Tapi kalau Allah tak izinkan, kita tetap takkan jadi kaya. Usaha tu pulak, pastikan seiring dengan syariat Islam. Takkan semata sebab nak kaya, kita jadi pengedar dadah. Salah tu.

Hannah faham tak apa yang abang cuba sampaikan ni? Maksudnya, dalam kita galak berusaha, pastikan usaha kita tu tidak mendatangkan keburukan. Jadi kena lah fikir untuk jangka masa panjang. Tak boleh lah fikirkan kesenangan diri je." Panjang lebar penerangan Hilmi.

"Hannah faham. Abang utamakan kakak tu dan hubungan keluarga dia lah kan?" Balas Hannah.

"Ya. Hannah kena ingat, lelaki yang ikhlas sayangkan perempuan, dia takkan buat benda yang bukan-bukan. Abang tak nak Hannah fikir, asalkan demi cinta semuanya boleh. Abang nak Hannah, dapat cinta yang menghormati Hannah, dan keluarga Hannah. Barulah mudah untuk kita bahagia. Okey?"

Hannah mengangguk mendengar setiap butir kata yang keluar dari mulut abangnya. Ternyata cinta abang pada kakak yang tidak pernah dikenalinya itu bukan sekadar cinta monyet. Bukan sekadar cinta yang diucapkan sekadar permainan di bibir.

Moga-moga jodoh dia nanti adalah seorang yang matang seperti abang.

Kalau mendung hitam sudah diatas kepala
Jangan larang hujan turun kebumi
Kalau angin bertiup dengan kencangnya
Jangan larang daun-daun kering berguguran
Kalau senyum mu selalu mekar dalam hatiku
Jangan larang aku tetap setia dan rindu padamu**

**KH. D. Zawawi Imron

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-08-15 11:19:34 

moga azah berjodoh ngan Ilmi

Hawani Hashim66
2021-08-15 11:18:57 

masih dlm flashback


NovelPlus Premium

The best ads free experience