Rate

Bab 64 : Timbang Tara

Romance Completed 402255

Azah yang terjaga pada pukul 4.30 pagi itu kerana mahu ke bilik air, sebaik sahaja selesai urusannya, Azah sempat mengintai melalui cermin tingkap rumahnya. Ya, masih ada Hilmi di dalam keretanya itu. Sedang tidur dalam keadaan menyandar pada kerusi.

Kenapa tidak dibaringkan sahaja kerusi kereta itu? Kan lebih selesa jika dibaringkan. Betul ke dia dah lama tidur dalam kereta depan rumah ni? Mari kita buat ujian sikit. Azah masuk ke bilik, mengambil telefonnya. Laju sahaja dia mendail nombor telefon Hilmi sambil dia mengintai di sebalik tingkap.

Menggelupur Hilmi mencapai telefonnya, melihatkan Azah yang menelefon, lagi lah cepat dia menjawab panggilan itu. Azah sudah terkekeh gelaknya melihat Hilmi begitu. Cepat-cepat panggilan itu diputuskan sebaik dia mendengar suara Hilmi.

Laju Hilmi keluar dari keretanya. Dalam fikirannya sudah terlintas perkara yang bukan-bukan. Kenapa dengan Azah? Membuat panggilan tetapi tidak bercakap dengannya. Belum sempat pintu itu diketuk, Azah membuka pintu rumahnya. Wajahnya dingin seperti selalu.

"Sayang okey tak? Kenapa call tadi?" Tanya Hilmi.

"Kenapa? Call pun dah tak boleh ke sekarang ni?" Soal Azah kembali sambil menolak gril besi itu untuk memberi laluan kepada Hilmi masuk ke rumah.

"Ehh, bukan macam tu. Takut lah sayang sakit ke, nak abang buat kan apa-apa ke." Berhati-hati dia menutur kata-kata, takut Azah merajuk lebih teruk lagi.

Azah masih menayang muka ketatnya.

"Sayang nak abang masuk ke?" Tanya Hilmi lagi melihatkan pintu terbuka luas begitu.

"Tak nak masuk sudah." Azah buat-buat seperti mahu menutup pintunya tetapi sempat ditahan oleh Hilmi.

"Eh nak! Mestilah nak." Tanpa berlengah, kasutnya dibuka dan dia terus sahaja melangkah masuk.

Kunci di tangan Azah diambil, lalu dikunci gril besi pintu utama rumah itu sebelum pintu kayu itu ditutup. Diruang tamu itu, ada terletak elok toto, bantal dan selimut. Siap untuk terus berbaring. Hilmi tersenyum sendiri. Azah sudah menghilang, masuk ke bilik tidurnya.

Okey lah ni. Tak sia-sia berperang dengan nyamuk, meluangkan masa tidur dalam kereta. Harapnya segala pujukannya nanti menunjukkan hasil juga dalam usaha dia melembutkan hati Azah untuk menerimanya semula. Dinihari itu, Hilmi tertidur dengan senyuman.

*****

"Hari ni ada nak buat apa-apa tak?" Tanya Hilmi sewaktu mereka sedang bersarapan dengan baki piza malam tadi yang telah dipanaskan semula oleh Azah.

"Nak keluar makan kek dengan Madi." Balas Azah pendek.

"Abang nak ikut, please? Abang janji abang duduk jauh-jauh."

Azah mendiamkan diri. Masih mencerna permintaan Hilmi.

"Lepas Zohor nak terus pergi sana." Jawab Azah pendek.

"No problem. Baju abang ada dalam kereta. Abang tumpang mandi kat sini ya." Jawapan Hilmi membuatkan Azah seakan tercekik.

Bukan main lagi, siap bawak baju. So unpredictable, Hilmi!

*****

"Dah berbaik ke dengan suami tersayang tu?" Tanya Madihah yang terkejut melihat Azah muncul bersama Hilmi.

Nasib baik Shahrul ada bersama. Dari niat untuk menghantar Madihah sahaja, akhirnya Shahrul berpakat untuk duduk mengopi berdua bersama Hilmi di satu meja yang berjauhan dari Madihah dan Azah.

"Sekadar baik sesama manusia je." Jawab Azah.

Madihah yang tergelak besar sudah menutup mulutnya agar tidaklah kelihatan ketidaksopanannya. Takkan lah dengan manusia lain pun awak bagi orang tu pegang tangan awak dari turun kereta sampai ke duduk di meja ni, Azah oiiiii. Kalau rindu tu, cakap jelah rindu. Kan senang, tak payah nak pendam-pendam.

Azah masih seronok mencuba kek yang di order. Pandan Gula Melaka, Red Velvet, Pecan Butterscotch dan tentulah yang paling best, Mango Cheesecake.

"Madi ada hantar satu recording untuk Azah dekat Telegram. Balik nanti, dengar. Kemudian, take your time untuk fikir timbang balik keputusan Azah. Madi bukan nak sebelahkan sesiapa. Madi sayang Azah. Sebab tu Madi tak nak Azah buat keputusan yang salah." Tutur Madihah.

Azah menjeling ke arah Hilmi. Mesti ada kaitan dengan pok cik sorang tu apa yang Madihah cakapkan ni. Sempat pula pandangan mata mereka bertembung, Hilmi tidak melepaskan peluang untuk menghadiahkan senyuman buat isterinya itu.

" Eeeeiiii, gedik!" Bebel Azah.

Madihah tergelak lagi. Dalam marah pun, sempat lagi curi-curi intai suami. Macam tu pun, masih lagi nak cakap tak sayang?

*****

"Malam ni abang tidur kat luar tu lagi. Tapi abang nak balik mandi dan tukar baju dulu. Nak makan apa-apa tak malam ni?" Tanya Hilmi seperti biasa.

"Tak tahu lagi. Tengoklah nanti." Balas Azah.

Hmmmm, respon yang baik ni. Hilmi tersenyum lagi. Usahanya mula menampakkan hasil. Dia mendekatkan diri dengan Azah yang terkaku dalam keadaan berdiri itu. Dia memberanikan diri memeluk Azah erat.

"I'm so sorry. Truly, and deeply sorry, for everything that happened to us. I know right now you still hate me. But I will always pray for the miracle to happen, that if you ever find yourself in the position to fall in love, again, please, fall in love with me, again. Because I do love you. And you're still, always will be, my favorite person."

Satu ciuman melekap di dahinya, dan Hilmi terus sahaja berpaling, melangkah keluar dari rumah itu tanpa memandang Azah lagi. Azah menarik nafas panjang.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

norashahida
2021-09-02 19:25:06 

huhuhu.nak senyum sorang2


NovelPlus Premium

The best ads free experience