Rate

Bab 42 : Kurung - 1

Romance Completed 402255

Azah buka matanya perlahan-lahan. Kepalanya dirasakan berat. Pening. Lehernya juga sakit akibat dari posisi yang tidak betul sewaktu dia terlelap tadi. Eh terlelap? Tetapi perkara terakhir dia ingat, tadi dia sedang mengintai kelibat tetamu yang datang memandangkan tiada bunyi kereta berhenti di hadapan rumah.

Dunia sekeliling seakan berpusing-pusing. Meloyakan. Matanya dikerdipkan beberapa kali sebelum dia akhirnya menyedari yang dia berada di satu tempat asing. Di atas kerusi, dengan kedua tangannya yang berikat di tempat meletak tangan kerusi itu. Kaki juga berikat kemas.

"Dah bangun ayang?" Tegur satu suara yang sangat dikenali Azah.

"Izzat!" Tutur Azah.

"Ya ayang." Sahut Izzat.

Terasa kering darahnya hingga ke kepala. Izzat yang sedang tersenyum manis itu, entah kenapa di matanya bagaikan sedang menyeringai sinis.

"Lama abang cari ayang. Cari dekat kampus tak ada, cari sana sini, semua tak jumpa. Rupanya ayang menyorok. Sampai hati ayang, kahwin dengan Hilmi, tak tunggu abang, dan tak ajak abang pun." Izzat mendekati Azah perlahan-lahan.

"Lepaslah, Azah nak balik." Rayu Azah.

Di kepalanya sekarang ini tersenarai pelbagai andaian untuk tindakan yang bakal diambil Izzat sekiranya dia membuatkan Izzat marah.

"Tak boleh balik. Kan abang dah cakap, kalau abang tak dapat ayang, tak ada sesiapa boleh dapat ayang. Kenapa ayang kahwin dengan Hilmi? Dia tu jahat." Rungut Izzat.

"Azah kan mandul. Abang pun dah ada isteri lain. Dah ada anak-anak yang comel. Abang biarkan jelah Azah dengan Hilmi yang jahat tu. Biar dia seksa Azah. Abang kan tak suka Azah bahagia." Azah menelan liur yang terasa kesat pada tekaknya apabila dia terpaksa menipu begini.

Mual, apabila dia terpaksa membahasakan Izzat abang.

"Tak lah ayang, Azah tak mandul. Abang je yang tak nak anak dengan ayang. Nanti kalau ada anak, kacau. Ayang tahu tak, abang sayang sangat dekat ayang." Izzat membelai mesra kedua pipi Azah.

Azah mengetap bibirnya kuat, menahan rasa berang apabila disentuh begitu oleh Izzat. Izzat memang gila!

"Apa maksud abang Azah tak mandul? Memang lah Azah tak mandul. Kan Azah dah pergi check, jumpa doktor." Tanya Azah, ingin tahu lebih lagi dari sekadar apa yang diberitahu Izzat tadi.

"Ayang tak mandul, abang pun tak mandul. Tapi, abang tak nak ada anak dengan Azah. Kalau ada anak, macam mana abang nak ayang terseksa?" Izzat menarik rambutnya sendiri berkali-kali.

"Kalau kita dua tak mandul, kenapa kita tak dapat anak?" Tanya Azah berpura-pura polos.

Izzat mendekati Azah semula. Melutut, supaya matanya sama paras dengan mata Azah. Azah berdebar semula bila Izzat mendekat begitu.

"Sebab abang bagi Azah ubat. Setiap kali kita jumpa abang bagi Azah ubat. Azah pun dengan baiknya minum. Azah ni memang baik kan? Langsung tak tanya apa-apa. Minum je, ikut je cakap abang." Izzat tergelak kuat sebelum dia berdiri semula, berjalan mundar-mandir di dalam bilik itu.

"Air? Air apa?" Azah jeda seketika.

Otak dan kepalanya dikerah untuk mengingat kembali kejadian beberapa tahun lepas. Oh, air itu ke? Tapi kan...

"Ayang dah ingat? Dalam air favorite ayang tu, abang isi 'ubat'. Kalau minum 'ubat' tu, takkan mengandung, dijamin. Mahal tau ubat tu. Kena beli dekat pasaran gelap." Izzat bersuara.

Tapi kenapa? Tak faham.

"Kalau abang tak nak anak, buat apa kahwin dengan Azah?" Tanya Azah keliru.

"Kan abang dah cakap, abang sebenarnya bukan cintakan ayang pun. Tapi sebab abang tak nak ayang kahwin dengan Hilmi, abang terpaksa kahwin dulu dengan ayang. Berjaya. Padan muka Hilmi kan. Tak dapat kahwin dengan ayang." Izzat duduk di kerusi berhadapan Azah pula.

Azah terkedu. Untuk membalas dendam, sampai ke tahap itu sekali Izzat sanggup lakukan?

"Apa salah Azah pada abang, sampai abang gunakan Azah untuk balas dendam pada Hilmi?" Azah melirihkan suaranya, nada sedih dan sayu itu tidak dibuat-buat.

"Ayang tak salah. Hmmmphh, lupa pulak. Ada salah ayang. Tapi salah tu kecikkkkk je. Tapi bila abang dapat tahu Hilmi suka ayang, tiba-tiba abang rasa macam salah tu besar..."

Izzat kembali melutut.

"Ayang ingat Huzair? Abang pernah mintak nombor telefon ayang melalui Huzair. Tapi tak dapat. Kali kedua mintak, pun tak dapat. Kena ejek Izzati pulak tu depan orang ramai-ramai.

Lepas tu abang tak kisah dah dengan ayang, sampai lahhhhhh abang terdengar yang Hilmi suka ayang. Sangat-sangat. Abang pun ambik lah kesempatan untuk rapat dengan ayang balik masa kita dalam kelab tu." Terang Izzat tanpa sengaja.

Dia masih hanyut dalam dunia dendamnya.

"Tapi ayang nak tahu tak? Lepas abang kahwin dengan Ayu, tiba-tiba abang teringat dekat ayang. Ayang baik. Ayu tak, Ayu tu suka marah-marah kalau tak dapat apa yang dia nak. Dia suka mengadu dekat bonda abang. Nanti abang kena marah.

Abang rasa, abang dah jatuh cinta betul-betul dekat ayang." Bisik Izzat pada telinga Azah.

"Apa kata ayang mintak cerai dengan Hilmi? Abang tak nak ayang kena dera dengan orang jahat macam Hilmi tu. Kita kahwin, lepas tu kita dapatkan anak kita sendiri." Tangannya diletakkan pada perut Azah, mengusap perlahan.

Azah menahan nafasnya. Izzat memang dah gila. Tetapi untuk dia berteriak tentunya salah. Izzat pasti akan bertindak lebih agresif. Apa yang boleh dia lakukan dalam situasi begini?

"Tapi..., tapi..., bonda abang tak suka Azah." Bantah Azah.

"Bonda tak suka? Pergi mati lah bonda tu. Bonda kena terima siapa yang abang pilih untuk jadi isteri abang." Jawab Izzat dengan nada romantis.

"Tapi isteri dan anak-anak abang, macam mana?" Tanya Azah lagi.

"Azah cakap yes je, abang akan ceraikan Ayu. Anak-anak tu, hmmmm, Azah boleh jaga anak-anak abang tak eh?" Izzat bercakap sendirian, sekali lagi dia mundar-mandir memikirkan penyelesaian kepada masalah anak-anaknya itu.

"Kalau betul Azah tak mandul, mestilah Azah tak nak jaga anak-anak abang dengan isteri abang tu." Rungut Azah, sekadar mengalih perhatian Izzat, padahal dalam hatinya ini, Allah sahajalah tahu betapa dia takut berada dalam keadaan begini.

"Betul jugak tu kan? Nanti Azah penat. Hmmm, lantak lah mereka tu. Asalkan kita boleh berkahwin." Izzat mengukir senyuman yang pada mata Azah, sungguh menyeramkan.

"Abang, dulu, macam mana abang pujuk ibu supaya terima abang?" Sempat Azah bertanya, dia betul-betul mahu tahu apa sebab ibu memaksa dia menerima Izzat.

"Hmmmm, abang cakap apa eh? Abang cakap, Azah dah tak suci. Tak ada orang nak Azah kalau mereka tahu Azah dah tak ada maruah. Kalau abang sebarkan yang Azah ni dah ditebuk tupai."

Bagaikan dihempap batu pada kepalanya mendengarkan jawapan yang diberi Izzat.

Izzat gila, jahanam!

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-08-22 18:53:44 

tq update ..makin suspen


NovelPlus Premium

The best ads free experience