Rate

Bab 29 : Semua

Romance Completed 402255

"Mula-mula beria nak, lepas tu layan macam sampah. Bencinya." Madihah meluahkan kebencian pada pepijat yang sudah melayan sahabatnya seteruk itu.

"Tapi kan, dia dah ada isteri lain, buat apa dia datang cari Azah lagi lepas tu?" Tanya Madihah lagi.

"Lepas kejadian hari Jumaat dorang kantoi nikah, hari Isnin tu Azah terus failkan fasakh. Fast forward, waktu perbicaraan pertama, Azah tak pergi. Azah wakilkan peguam sahaja untuk serahkan bukti yang kukuh untuk Azah mohon fasakh.

Malangnya pihak lelaki, pepijat tu, mohon supaya diberikan tempoh masa untuk berbincang. Walaupun peguam Azah dah tolak, pepijat dengan peguam dia berkeras mintak dan merayu pada hakim untuk luluskan. Sebab nak berunding katanya. Sehari selepas perbicaraan tu lah, Izzat datang sini." Azah menelan air liur, memikirkan hari malang tersebut, sehingga sekarang badannya boleh menggigil.

Sakit dipukul Izzat bagaikan masih terasa pada setiap inci tubuhnya.

"Oh, Madi ingat Azah failkan cerai sebab kena pukul. Rupanya sebab kes fasakh tu lah dia pukul? Macam mana dia boleh masuk rumah?" Tanya Madihah.

Memikirkan hari malang buat Azah itu, dia sendiri masih tidak dapat memaafkan dirinya kerana terlambat balik sewaktu Azah separuh mati dipukul lelaki bangsat itu.

"Azah baru lepas keluarkan sampah, letak dekat luar. Lepas tu Azah masuk kedalam semula untuk ambik kunci rumah. Waktu itu dia masuk. Bila fikir balik, bodoh betul. Hanya sebab beberapa saat itu lah, macam nak mati dah Azah." Azah jeda seketika.

*****

~Flashback~

"Astaghfirullah hal 'azim. Hey, siapa bagi awak masuk ni Izzat?"

Tempik Azah berang apabila dia melihat kelibat Izzat di dalam rumah itu sebaik sahaja dia memusingkan badannya menghadap pintu rumah setelah dia mengambil kunci di atas meja berdekatan televisyen.

"Azah, kita batalkan penceraian kita? Please Azah. Abang janji abang takkan sia-siakan Azah lagi dah kali ni."

"Keluar lah Izzat. Ni rumah sewa perempuan. Kalau kawan-kawan saya nampak nanti, masalah lain pulak timbul." Marah Azah.

"Abang keluar, tapi Azah kena janji yang kita cancel cerai tu. Boleh?" Tanya Izzat.

Azah menggeleng.

"Saya tak nak janji apa-apa. Awak dah ada isteri lain lah. Nak cancel cerai buat apa?" Marah Azah lagi.

"Keluar lah cepat. Saya tak nak kawan-kawan saya balik, nampak awak dalam rumah ni. Dorang marah nanti." Entah kenapa, berdua dengan Izzat begitu membuatkan jantungnya berdetak hebat.

Timbul rasa takut memikirkan apa yang bakal Izzat lakukan nanti.

"Dorang nak marah kenapa? Bukan kita berkhalwat dalam rumah ni. Right now, abang nak Azah batalkan permohonan fasakh tu. Kalau tak...," Ugutan Izzat terhenti di situ, sementara dia melihat reaksi wajah Azah.

"Kalau tak, apa? Awak nak buat apa dekat saya? Nak tambah isteri lagi? Ke nak pukul saya sampai mati?" Cabar Azah.

"Kau jangan kurang ajar dengan aku lah Azah!" Izzat yang berang menutup pintu rumah itu kuat serta terus sahaja mengunci tombolnya.

Sambil mengundur selangkah demi selangkah ke belakang, Azah ligat berfikir apa yang boleh dicapai untuk mempertahankan diri sekiranya Izzat naik gila. Menyesal memprovok Izzat? Tidak sesekali.

"Azah, kau tahu tak, yang aku tahu semua pasal kau masa kau pergi sambung belajar tu? Aku tahu kau dah ada pilihan hati." Mendengarkan bait-bait ayat dari mulut Izzat, Azah terpempan.

Namun dia cuba menenangkan diri agar tidak tersalah langkah.

"Kalau dah tahu, kenapa paksa aku kahwin dengan kau? Aku bukan barang lah Izzat. Kau ambik bila kau suka, kau buang bila tak nak." Balas Azah.

"Tak kisah apa alasannya, kita dah kahwin. Kau ingat semudah itu aku nak lepaskan kau? Dalam mimpi kau lah." Izzat memeluk tubuh.

Dia masih cuba bertahan untuk tidak melepaskan kemarahan dengan kesabaran yang cuma senipis kulit bawang itu, kerana ia boleh dijadikan alasan yang lebih kukuh untuk Azah menuntut fasakh darinya.

"Kita pisah jelah Izzat. Kita dah sama-sama tak ada perasaan. Selama kahwin, aku tak nampak pun usaha kau untuk sama-sama jaga hubungan kita. Aku bosan, aku dah penat. Kau dah kahwin lain, sikit pun aku tak marah. Aku cuma kecewa je, sebab apa kau buat langsung tak sama macam apa yang kau cakap."

"Kau bagi lah aku peluang kedua Azah. Aku janji aku akan jaga kau baik-baik mulai hari ni." Izzat mengendurkan suaranya.

"Aku tak nak, kau pergilah berbahagia dengan pilihan bonda kau tu. Kau lepaskan je aku. Aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan kau lagi dah. Cukup lah sampai sini je hubungan kita." Azah bersuara tegas.

"Aku ni tengah bagi kau peluang lah Azah, untuk kita mula balik hidup kita. Ke, sebenarnya, kau masih cintakan budak tak guna tu?" Wajah Azah yang cuma sejengkal dari wajahnya direnung lama.

"Tak ada kaitan dengan orang lain. Kau tak payah nak kaitkan dengan orang lain. Semua masalah rumahtangga ni berpunca dari kau je. Kalau kau okey, apa yang orang buat pun tak ada masalah. Kalau kau okey, itu pun dah cukup." Jawab Azah berani.

Izzat menguak rambutnya kebelakang. Matanya di pejam rapat seketika.

"Aku tahu kau sayangkan dia lagi." Gumam Izzat.

"Dia mana pulak ni? Sayang ke, tak sayang ke, tak ada kaitan. Yang penting sekarang ni kau tu. Kau cakap kau sayang dekat aku. Kau cakap kau cinta, kau sebut segala benda beria.

Tapi kalau betul sayang, kita takkan layan orang yang kita sayang, sebagaimana kau layan aku. Dalam aku terpaksa terima kau, aku masih lagi layan kau baik-baik. Tapi kau, kau persiakan segala kebaikan aku.

Aku bukan barang tau Izzat. Bukan tunggul. Aku manusia yang ada perasaan." Azah meluahkan segalanya.

Serentak itu, satu tamparan diterima di pipi kirinya. Berpinar mata Azah seketika, namun belum sempat reda, terasa lehernya di cekik kuat. Walaupun tangannya cuba menolak Izzat, namun kudrat wanitanya tidak mampu untuk melepaskan dirinya dari cengkaman Izzat.

Dalam keadaan tangannya tergawang-gawang begitu, sempat dia menumbuk Izzat tepat di sternum nya. Sakit yang dirasakan itu membuatkan Izzat tertunduk dan melepaskan Azah.

"Kau nak pergi mana?"

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

rimatanti
2021-08-16 16:52:50 

tak sabar nk tunggu next episode


NovelPlus Premium

The best ads free experience