Rate

Bab 26 : Sakit

Romance Completed 402255

November 2011

Setahun berlalu.

"Hilmi, kau dah tahu pasal Azah nak kahwin?" Tanya Madihah lewat petang itu melalui telefon.

"Tak." Jawab Hilmi jujur.

"Apa dah jadi? Aku ingatkan korang berdua dah cuba selesaikan..."

"Tak ada jodoh kami." Pintas Hilmi cepat sebelum Madihah menyatakan hakikat yang bakal merobek lukanya semula.

"Hilmi...,"

"Madi, aku nak kirim hadiah. Nanti aku pass kan dekat kau. Ya?"

"Ooooo-kkaayyyy."

"Madi, aku kena pergi dulu ni. Nanti aku call kau balik. Bye." Tanpa sempat Madihah menyatakan jawapannya, talian itu telah pun terputus.

Madihah pula yang terasa sesak nafas dengan situasi sekarang ini. Azah suka kan Hilmi. Boleh bahagia ke kalau dia teruskan perkahwinan dengan Izzat?

Hilmi meletakkan telefonnya diriba. Akhirnya saat yang sering didoakan supaya tidak tiba, kini menjadi kenyataan yang menghentam jiwa.

"Aku betul-betul tak berdaya ya Allah. Kuatkan lah aku, berikan lah aku ketabahan."

Selama ini air matanya hanya mengalir, tetapi saat menerima perkhabaran itu dari Madihah, dia tidak lagi mampu menahan esakannya didalam kereta itu.

*****

"Sorry, Madi tak dapat pergi sana. Madi pergi Lipis nanti kita jumpa, ya?" Tanya Madihah.

"Okey."

"Madi doakan yang terbaik untuk pernikahan Azah. Semoga Azah bahagia ke akhir hayat." Bisik Madihah sewaktu dia memeluk Azah erat di tempat letak kereta sebelum Azah berjalan ke ruangan menunggu bas di Terminal Putra itu.

"Terima kasih Madi. Jaga diri. Jumpa dekat Lipis nanti ya. Terima kasih hantarkan Azah ke sini."

Azah menarik bagasinya perlahan menuju ke platform bas yang tertera pada tiketnya.

'Ya Allah,
Aku serahkan seluruh hidupku kepada-Mu.
Aku tak tahu apa yang terbaik untuk aku;
Dan aku tak tahu hala tuju hidup ini kemana.
Aku lepaskan semua perasaan bercampur baur yang ada dalam hati ini dan aku serahkan segala urusanku kepada-Mu.
Maka jagalah aku dengan sebaik-baik jagaan.

Imi,
I'm so sorry.
I failed.'

Loket disebalik tudung bawal yang dipakainya disentuh lembut. Tanpa sedar, ada air mata yang jatuh ke pipinya. Azah lap sahaja menggunakan hujung lengan baju tanpa di hiraukan orang sekeliling yang memerhati dengan penuh tanda tanya.

*Sebelumnya kau pergi,
Renung lah ku di sini.
Kerana mungkin terjadi,
Kita takkan bersua lagi.*

"Jangan menangis Azah. Sakit Azah, sakit Imi jugak. Tak apa, Imi simpan perasaan ini. Asalkan Azah dan keluarga Azah bahagia. Be happy, Azah kena lebih gembira lepas ni. Janji dengan Imi. Ya? Walaupun Imi bukan lagi sesiapa bagi Azah."

*Tak usah kita kesali
Apa yang terjadi.*

'Tak, Imi tak menyesal kenal Azah. Tak menyesal langsung sayangkan Azah.'

Dada yang terasa sesak itu, Hilmi tepuk perlahan. Sakit. Sakit sangat melihatkan orang yang kita sayang sepenuh berlalu pergi. Sakit, sebab kita sayang sepenuh hati tetapi terpaksa melepaskan dia kepada orang lain untuk dijadikan permaisuri hati.

*Aku menerima salam perpisahan,
Segalanya sebagai ingatan
Biarlah impianku kan berlalu denganmu.*

Sebaik Azah melangkah menaiki tangga bas dan hilang dari pandangan matanya, Hilmi pula melangkah longlai menuju ke kereta. Air matanya masih belum berhenti mengalir, menzahirkan sakit yang dirasa. Azah itu bagaikan jantungnya. Bila jantung di rentap keluar dan tiada, bagaimana mampu untuk hidup tubuh itu, dan terus bertahan?

*****

"Mama mintak maaf, sebab mama tak mampu nak tolong Mi dan Azah bersatu. Mama tahu Mi sakit. Mama mintak maaf sebab tak mampu nak tolong Mi." Anak terujanya itu dipeluk erat.

Sejak Hilmi balik dari "menghantar" Azah pulang ke kampung di Terminal Putra untuk urusan pernikahannya 2 hari yang lalu, dia lebih banyak berkurung sahaja di dalam bilik.

Bila dipanggil makan, jawabnya sudah kenyang. Padahal Zainab tahu benar, Hilmi sudah bengkak-bengkak matanya kerana sedang menangisi cintanya kepada Azah yang penamatnya tidak membahagiakan.

"Tak ma, mama tak salah. Tak ada jodoh kami. Terlambat telefon itu cuma satu sebab. Mi akan okey. Mama jangan risau ya. Terima kasih sebab mama dah usahakan yang terbaik untuk Mi. Mi mintak maaf jugak sebab buat mama dan papa risaukan Mi"

Tangan mamanya digenggam dan dicium perlahan. Belum masanya untuk mendirikan rumahtangga. Bermakna, lebih masa untuk keluarganya.

"Moga Allah temukan Mi dengan seseorang yang mampu mengubati hati Mi." Dahi Hilmi, Zainab cium dengan perasaan sebak.

"Insya Allah, mama jangan berhenti doakan Mi, ya? Mi ada mama, ada papa, abang long, adik. Mi akan okey. Cuma ambik masa lebih sikit."

Sengsara macam mana pun perasaan Hilmi, dia perlu menahannya dari mama. Dia tak nak mama terus-terusan menyalahkan diri sendiri.

Enjoy reading! :) Terima kasih banyak-banyak kepada pembaca yang donate. Semoga rezeki awak semua melimpah ruah dan berganda-ganda aamiinn. Love, N

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-08-15 11:17:52 

masih dlm flashback kan


NovelPlus Premium

The best ads free experience