Rate

Bab 49 : Ego

Romance Completed 402255

"Apa yang jadi sampai Mi gaduh macam tu sekali dengan Azah? Mi tahu kan yang Azah tu tengah mengandung? Mana boleh tertekan. Mana boleh marah-marah macam tu. Kalau dia dapat darah tinggi, boleh keguguran tahu tak?" Marah Zainab.

Hilmi mengurut pelipisnya perlahan. Baru lepas gaduh dengan Azah, ni nak kena gaduh dengan mama pulak ke?

"Mama jangan campur lah. Biar Mi handle sendiri masalah rumahtangga Mi." Jawab Hilmi dengan nada yang malas.

"Jangan campur? Eh, mama kena campur. Sebab mama yang menguruskan hal kahwin ni bagi pihak Mi. Masa nak tak menyempat sampai tak sempat buat kenduri betul-betul. Ni dah kahwin, tak menyempat pulak nak marah-marah isteri. Mama tak ajar anak lelaki mama jadi macam ni." Berombak dada Zainab menahan marah.

Beraninya anak lelakinya ini menyuruh agar dia tidak mencampuri urusan rumahtangganya. Selagi Hilmi tidak berlaku zalim dengan Azah, ya, Zainab tidak akan mencampuri urusan anak menantunya. Tapi bila sudah meninggi suara pada isteri yang sedang mengandung, ini bukan didikan dia dan suaminya pada anak-anak mereka.

"Ma, mama tak kenal perangai Azah tu yang sebenarnya macam mana." Tutur Hilmi pendek.

"Mi kenal lah perangai dia macam mana? Kalau Mi betul kenal Azah, Mi takkan buat Azah macam ni. Itu isteri nak, bukan kawan-kawan." Nasihat Zainab.

"Dia ada buat benda tak baik belakang Mi." Ujar Hilmi pendek.

"Siapa yang cakap? Lelaki tak guna, bekas suami dia tu ke?" Tembak Zainab.

Ini kali pertama Hilmi sedegil ini. Hilmi pula terdiam, tidak menyangka mamanya akan mengungkit soal Izzat. Melihatkan Hilmi berdiam diri, Zainab menyambung lagi.

"Kalau mama tahu macam ni punya sekejap je layanan baik Mi pada Azah, mama takkan beria pujuk Azah supaya terima Mi. Ya betul, Azah tu pernah berkahwin sebelum ni, tapi tu tak bermakna dia tak maruah untuk dilayan teruk macam tu.

Ya Allah, ampunkan aku ya Allah, dah menganiaya Azah. Kalau aku tahu, aku tak pujuk Azah terima anak aku. Baik dia single dari jadi mangsa macam ni." Zainab menekup kedua tapak tangan ke wajahnya, kesalnya menggunung.

"Apa maksud mama ni?" Tanya Hilmi dengan penuh rasa ingin tahu.

Mama pujuk Azah? Bila?

"Tak payah nak tahu. Mi keluarlah dari rumah ni, pergi balik rumah sewa Mi. Tinggalkan Azah dekat sini. Kalau Mi tak nak jaga dia betul-betul, biar mama dengan papa yang jaga dia bagi pihak Mi.

Kalau Mi tak nak bertanggungjawab, biar mama papa tolong pikul tanggungjawab tu. Mi kena ingat, Azah tu dah pernah lalui hidup yang lagi teruk dari ni. 100% mama percaya yang dia takkan biarkan orang pijak-pijak dia lagi.

Patutnya apa-apa, Mi kena tanya Azah dulu, percaya pada Azah dahulu. Bukan percaya pada kata-kata orang luar. Kata cinta bertahun, ada hikmahnya jugak kenapa Mi terlepas Azah. Sebab sebenarnya Mi pun tak layak nak pikul tanggungjawab jadi suami dia. Jangan pentingkan ego Mi." Panjang lebar hujah Zainab.

*****

"Sorry, sebab abang Hannah buat perangai macam tu. Hannah pun tak tahu lah kenapa dengan abang." Omel Hannah.

"Akak okey. Jangan risau. Macam ni lah Hannah, cinta bertahun pun belum tentu kita akan betul-betul kenal seseorang tu. Tapi, andai ada benda buruk macam ni berlaku, jangan takut nak keluar dari perkahwinan tu. Jangan biar diri kita kena buli." Balas Azah.

"Akak nak pisah dengan abang ke?" Tanya Hannah pula.

"Kalau keadaan semakin teruk, akak tak nampak kalau ada sebab yang memerlukan akak bertahan. Akak paling tak suka, bila kena marah tanpa sebab. Kalau akak salah dan akak kena marah, tak apa. Akak terima."

"Tapi akak kan cintakan abang?"

"Cinta sahaja tak cukup Hannah untuk kita terus mempertahankan sebuah perkahwinan tu. Kena ada tolak ansur. Kena ada hormat menghormati, tak boleh ego. Ada kalanya tanpa cinta pun boleh bahagia, sebab ada tolak ansur serta hormat menghormati. Ada kepercayaan terhadap pasangan masing-masing.

Hari ni akak rasa abang Hannah tu seolahnya adalah lelaki yang berbeza dari lelaki yang ajak akak kahwin tu. Entah apa yang dia tak puas hati. Kan lebih baik dia beritahu je."

*****

Cerita yang didengari dari Izzat, setiap satunya bermain dalam fikiran Hilmi. Otaknya berusaha menafikan, tetapi hatinya menyimpan ragu. Gila lah perasaan ini.

Melihatkan jam sudah menginjak ke pukul 5.45 pagi, Hilmi menolak selimut ke tepi. Dengan malasnya dia bangun dari katil dan memetik suis lampu. Bagasi yang bergelimpangan semalam sewaktu dia bergaduh dengan Azah hanya tinggal satu yang memuatkan bajunya.

Sudah dibawa kebilik Hannah tentunya, memandangkan Azah bermalam bersama Hannah. Sempat dia menutup mulut yang sedang menguap itu dengan tualanya. Selesai mandi dan bersiap, Hilmi duduk di meja makan seperti biasa. Matanya mencari kelibat Azah yang setiap pagi pasti membantu mama menyiapkan sarapan.

"Tak payah nak cari. Azah tak ada kat sini." Beritahu Zainab.

"Pergi mana pulaknya? Nak jadi isteri derhaka ke keluar tak beritahu suami." Komen Hilmi, ada sahaja ayat yang menyakitkan hatinya.

"Tak payah nak cakap pasal derhaka seorang isteri, kalau suami tu terlebih dahulu derhaka. Mama dengan papa dah izinkan dia keluar dari rumah ni sebelum kesihatan dia melarat menghadap suami yang perangai mengarut macam ni."

Hilmi terdiam. Patutnya, dia gembira, kan? Sebab Azah yang di bencinya itu sudah keluar dari rumah ini. Tetapi, kenapa sebaliknya, dia merasa kosong?

Enjoy reading! :) 26 August 2021 Hari ini dalam sejarah. Yeay, dah dapat 1st dose vaksin. Lama oii menunggu sebab nama tercicir dari senarai guru. Sob sob sob T_T Bangun pagi-pagi dapat call suruh datang PPV Dewan Jubli Perak Kuantan. Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience