Rate

Bab 32 : Dendam

Romance Completed 402255

"Dengar cerita Azah nak kahwin dengan Hilmi. Seronok lah eh dapat kahwin dengan orang tercinta dan diidam-idamkan."

"Apa masalah kau ni?" Tanya Azah bengang bila melihatkan kelibat Izzat sebaik sahaja dia keluar dari bangunan kuliah hari itu.

Tak ada orang lain dalam fikiran Azah, mesti ibu yang sampaikan semua ni pada Izzat.

"Alah, janganlah sombong sangat. Tak baik sombong-sombong. Kita bukan orang lain pun. Pernah jadi suami isteri kot. Azah, kau ingat, keluarga Hilmi tu baik sangat ke? Tak lah sayang. Ada cerita disebalik keluarga mereka yang nampak mesra tu." Pancing Izzat.

Azah mengetap gigi sebelum dia bersuara.

"Jangan sibuk hal orang. Kau bukan sesiapa dah bagi aku. Jangan nak buruk-burukkan orang lain yang dekat dengan aku jugak." Balas Azah kasar.

"Kau nak tahu satu benda tak Azah? Meh aku beritahu satu rahsia yang dah lama aku simpan. Aku kahwin dengan kau..., bukan sebab aku cintakan kau tau. Aku kahwin dengan kau, sebab dendam." Luah Izzat.

Azah tercengang. Dendam apa? Apa yang aku dah buat sampai dia nak berdendam?

"Dendam apa? Apa yang aku buat dah menyakitkan hati kau sampai kau nak rosakkan hidup aku sampai macam ni sekali?" Tanya Azah.

"Salah soalan kau tu. Bukan dendam apa. Patutnya kau tanya, dendam pada siapa." Jawab Izzat selamba.

"Kalau dendam kau pada orang lain, buat apa kau nak balas dekat aku? Kan gila tu." Marah Azah sambil matanya melilau melihat kalau-kalau ada orang berdekatan sekiranya Izzat bertindak di luar kawalan.

"Kadang-kadang, bila nak balas dendam ni, kita kena kreatif untuk tengok orang yang kita benci tu menderita teruk.

Oppss, banyak pulak aku cakap. Aku nak balik dulu lah. Kesian isteri kesayangan aku tengah tunggu aku balik.

Kau tak nak ucap tahniah dekat aku? Aku baru je dapat baby lagi Azah. Nombor 3. Aku tak mandul tau. Setahun seorang anak aku." Sempat lagi Izzat menyakitkan hati Azah.

"Ada bukti ke itu anak kau? Entah-entah tu anak..."

"Hei, kau jangan nak kurang ajar dengan aku." Tempik Izzat apabila mendengarkan kelancangan mulut Azah memerlinya.

"Kau tak nak orang kurang ajar dengan kau, kau jangan datang kurang ajar dengan orang dulu lah Izzat. Aku ni dah buat pemeriksaan kesihatan tau Izzat. Aku ada result black and white, yang aku tak mandul. Tapi kau tu? Ada bukti bertulis?

Buat aku tertanya-tanya, kalau betul tak mandul, kenapa kita tak dapat anak eh? Tapi apa pun, Alhamdulillah sangat aku tak dapat anak dengan kau. Kalau tak, aku masih lagi kena berhubung dengan kau. Semak." Azah menutup pintu keretanya.

Gigih jantan ni datang semata nak menyakitkan hatinya.

"Hei Azah, kau ni memang lah. Erghhh, tak boleh, belum masanya untuk aku luahkan semua benda. Aku akan sabar dan beritahu kau hakikat yang menyakitkan itu sedikit demi sedikit.

Aku tak nak bagi kau ruang untuk bahagia. Aku sakit hati tengok kau bahagia. Tak apa, kau tunggu dulu ya sayang!" Izzat segera berjalan menuju kearah keretanya, hampir sia-sia perjalanannya ke Kuantan sekiranya dia mudah sahaja hilang sabar.

Azah melihat sahaja Izzat yang berlalu pergi dengan keretanya.

"Gila punya jantan!" Bebel Azah.

Izzat yang sedang memandu di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) itu meramas rambutnya perlahan dan bergumam sendirian.

"Seronok sangat kan? Kau tunggu je. Selepas apa yang keluarga kau buat pada aku, kau ingat aku akan lepaskan je semua ni dengan mudah?

Takkan, semuanya akan aku ingat sampai mati. Maafkan? Tak senang, hati aku masih lagi sakit sehingga sekarang ni. Untuk itu, aku takkan berdiam diri, sampai korang semua melutut mintak maaf dengan aku."

*****

"Ada cedera mana-mana tak?" Madihah membelek wajah dan lengan Azah, melihat kalau-kalau ada kesan Azah dipukul Izzat.

"Tak ada Madi. Dia tak pukul. Tapi gigih lah datang semata sebab dia dapat tahu yang Azah nak kahwin." Jawab Azah.

"Pelik lah pijat ni. Dia ada cakap benda yang pelik-pelik tak?" Tanya Madihah lagi.

"Ada, tapi entah, tak tahu betul ke tak. Atau dia saja-saja je nak sakitkan hati Azah. Tapi biarlah dia."

"Azah nanti jangan lupa cakap dengan Hilmi pasal Izzat datang cari Azah. Dia kan hero Azah. Takut dia salah faham, dan takut dia lambat tahu, kalau jadi apa-apa pada Azah" Pesan Madihah.

"Ya, Azah pun fikir macam tu jugak. Nanti Azah beritahu Imi." Jawab Azah.

Siapa yang Izzat dendam kan sampai Azah yang jadi mangsa? Mak ayah Azah? Atau,?

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-08-17 20:31:02 

tq N update makin panasaran pulak


NovelPlus Premium

The best ads free experience