Rate

Bab 82 : Lupa

Romance Completed 402255

2 bulan berlalu.

Kata orang, manusia biasanya hanya akan berubah kerana dua sebab. Samada dia telah mempelajari banyak perkara baru, atau kerana dia telah terluka terlalu banyak dalam menjalani hidup yang penuh berliku. Atau, mungkin kerana keduanya, juga.

Untuk Azah, Azah mengalami keadaan yang kedua. Terlalu banyak terluka. Maka, Hilmi sudah berjanji pada dirinya sendiri, yang apa pun bakal mendatang, dia takkan jadi manusia yang menambah luka untuk Azah lagi, buat kali kedua. Dia juga berjanji pada dirinya, yang dia mahu Azah menikmati masa yang indah-indah sahaja.

Hilmi mengatur langkahnya mendekati Azah yang sedang ralit menonton televisyen di ruang tamu ditemani oleh Aakif.

"Sayang, malam ni kita keluar sekejap boleh?" Tanya Hilmi.

"Pergi mana?" Tanya Azah kembali sambil matanya sudah beralih memandang suami.

"Kita pergi makan dekat luar." Balas Hilmi.

"Hah? Tapi mama pesan Aakif tak boleh duduk berembun di luar lama-lama." Jawab Azah pula.

"Tak, kita tak bawak Aakif. Kita berdua je." Beritahu Hilmi pula.

"Hah kenapa tak bawak Aakif?" Tanya Azah lagi.

Banyak betul soalannya bila diajak keluar sekarang ini.

"Kita nak pergi dating sayang. Mana boleh bawak Aakif. Nanti Hannah dan mama datang sini. Lepas maghrib kita keluar."

"Lama tak?" Tanya Azah lagi, bertubi-tubi soalannya kerana dia tidak pernah meninggalkan dan berjauhan dengan Aakif.

"Tak lama sangat, kita makan, lepas tu kita balik."

"Kalau Aakif nangis masa kita tinggal dia?"

"Tak lah. Mama dengan Hannah kan ada. Kita keluar sekejap je. Lepas maghrib tau." Beritahu Hilmi lagi.

Azah lambat-lambat mengangguk. Walaupun dalam hatinya terasa begitu resah.

*****

"Sayang, are you ready? Mama papa dan Hannah dah sampai." Panggil Hilmi.

"Dah. Dah siap." Azah berjalan perlahan menuju ke pintu utama, menyambut kedatangan keluarga mentuanya.

Aakif bertukar tangan, kini sedang dipangku oleh Zainab.

"Mama, maaf sangat-sangat terpaksa tinggal Aakif dengan mama. Kalau dia menangis teruk, mama call je ya. Kami balik terus nanti." Beritahu Azah.

"Jangan risau lah. Aakif is a good boy, kan? Aakif okey je dengan nenek ya. Ibu dengan daddy jangan risau." Balas Zainab.

Bukan, bukan Azah tidak mempercayai Zainab. Dia tahu, tentu Zainab sangat bagus dalam bab menjaga dan mendidik anak-anak. Kalau tidak, masakan Hilmi sebaik ini. Didikan Zainab pada anak-anaknya langsung tidak di beza-bezakan mengikut jantina.

Cuma, yang dia takut adalah perasaan rindunya pada Aakif nanti tidak dapat ditahan-tahan. Aakif, patut tak ibu pergi?

"Jom sayang!" Tepukan pada bahu kanannya membuatkan Azah bagaikan dipukau.

Dia menurut sahaja tanpa sebarang soalan. Sebarang soalan juga tidak ditanya sepanjang kereta itu meluncur laju ke destinasi yang telah dipilih Hilmi.

"Kat sini ke?" Tanya Azah tatkala kereta itu berhenti di hadapan sebuah bangunan rumah kedai dua tingkat berdekatan East Coast Mall.

Bangunan itu berwarna hitam pekat. Hanya diterangi lampu bercahaya warm white. Perasaan yang awalnya seram bertukar menjadi sedikit teruja. Entah apa yang di dalam bangunan ini, sehingga Hilmi memilih untuk membawanya ke sini.

"Ha ah. Jom kita masuk dalam bangunan tu." Ajak Hilmi.

Pintu kereta dibuka. Cepat pula dia melangkah, menunggu Azah dan membukakan pintunya.

"Abang ambik tingkat bawah sebab sayang tak boleh nak lasak-lasak lagi, kan?" Maklum Hilmi.

Tangan Azah digenggam erat, cuba menyalurkan rasa hangat supaya Azah tidak begitu gementar dan tertanya-tanya tujuan mereka ke sini.

"Tadaaaaa. Happy First Wedding Anniversary!" Ucap Hilmi sebaik mereka tiba di satu sudut yang menempatkan meja dihiasi kelopak bunga mawar merah berserta lilin.

Hilmi menarik kerusi, mempersilakan Azah duduk. Azah yang kehilangan kata-katanya menurut lagi. Tak sangka yang Hilmi mengingati tarikh ini tatkala dia sudah terlupa.

"Abang...!" Seru Azah.

"Ya sayang, jangan menangis. Abang pun lupa jugak. Mama yang ingatkan abang hari ni anniversary kita." Jawab Hilmi cepat-cepat.

Azah tergelak lagi. Manakan tidak, sejak adanya Aakif, hidup mereka hanyalah berkisar tentang Aakif. Segalanya Aakif. Aakif yang lebih utama. Normal, untuk wanita yang menunggu kehadiran zuriat selama dia.

Juga normal, untuk Hilmi yang masih menyesuaikan diri dengan kitaran hidup baru mereka. Aakif yang tidur pukul lapan malam akan bangun sekitar jam dua pagi, dan tidur semula pukul tujuh pagi. Aktiviti untuk lima jam itu pula hanyalah bergilir-gilir mendukung Aakif oleh ibu dan daddy.

"Baru nak terharu. Tapi rupanya abang pun lupa." Balas Azah.

Mereka berdua tergelak spontan sambil Azah sudah menekap tisu pada matanya yang basah.

"Nasib baik mama ingatkan. Dia tanya, abang bawak sayang pergi mana? Belikan hadiah apa."

Hilmi berhenti bercakap apabila pelayan tiba bersama makanan yang terdapat dalam pakej yang dipilih olehnya.

"Kita makan dulu, nanti abang berikan hadiah sayang."

Azah hanya mengangguk. Namun dalam hati, dia mengutuk diri sendiri yang terlupa akan tarikh penting mereka berdua. Paling menakutkan, tiada hadiah disediakan olehnya untuk Hilmi.

Sepanjang mereka makan itu, tiada apa-apa bunyi dikeluarkan. Masing-masing yang sedang kelaparan itu menikmati masa makan mereka yang sunyi dari bunyi tangisan Aakif. Rasanya sejak kelahiran Aakif, mereka tidak duduk makan berdua dengan tenang.

"Rasa janggal makan berdua macam ni, tak ada bunyi suara Aakif pulak tu." Hilmi memulakan perbualan, dan disambut dengan gelak ketawa Azah.

Kedengaran ikhlas nada bahagianya dari tawa itu.

"Baru nak cakap benda yang sama." Sahut Azah.

Mereka berdua ketawa lagi. Entah kenapa juga, malam ini terasa bagaikan mereka pertama kali bersua muka setelah lama berjauhan walau hakikatnya mereka sentiasa ada di depan mata. Rasa malu, tapi rindu.

"Ehemmm, sayang! Firstly, I would like to say thank you for being a part of my life. Although, I messed our first anniversary, abang harap sayang maafkan abang yang terlupa ni. Baru tahun pertama tapi abang dah lupa. Mesti akan jadi rekod buruk dalam sejarah hidup sayang." Hilmi menghentikan ucapan.

"Tapi, abang nak sayang tahu betapa abang bersyukur sayang ada depan mata abang. Abang nak sayang faham, yang lupa abang ni bukan bermakna abang tak cinta. Cumanya, memang abang yang cuai. Sorry." Ucap Hilmi.

"Tak lah, sayang pun lupa. Rasanya, kita terlalu menghayati kehidupan dan peranan baru kita sebagai ibu daddy Aakif sampai kita terlupa peranan kita sebagai pasangan hidup masing-masing.

Maaf, sebab sayang pun lupa. Lagi teruk, sebab sayang memang tak ada apa-apa hadiah pun untuk abang hari ni." Balas Azah.

Dia yang tadinya menerima sejambak bunga mawar merah merenung bunga itu lama.

"Oh tak apa. Hadiah tu kira sayang dah bagi in advance sebelum tarikh anniversary kita. Seorang Aakif yang sihat walafiat. Alhamdulillah.
Tapi, ni ada satu hadiah lagi. Tapi bukan hadiah baru."

Satu kotak hitam berikat riben berwarna kuning keemasan dihulur kepada Azah yang menyambutnya dengan pandangan penuh tanda tanya. Hilmi hanya memberi isyarat, menyuruh Azah membuka sendiri kotak itu.

"Ohhh, abang dah dapat balik rantai ni? Bila?" Tanya Azah dengan perasaan teruja.

"Dah lama, sebelum sayang bersalin. Tapi abang hantar pergi cuci dulu. Lepas tu sayang bersalin, dan beberapa perkara lain lagi berlaku, abang terlupa. Fast forward, di sinilah kita sekarang."

Rantai pemberian Hilmi beberapa tahun yang lepas, di tanggalkan dan ditinggalkan di dalam kereta Izzat sewaktu dia di bawa ke klinik kerana mengalami sakit perut disebabkan makanan pedas yang dimakannya.

Selepas Izzat ditangkap, rantai itu berada dalam simpanan pihak berkuasa kerana dijadikan bukti. Sejak dari itu, Azah hampir sahaja terlupa akan kewujudan rantai itu. Tambahan pula, selepas kes dia diculik itu, dia dan Hilmi bergaduh sehingga dia meninggalkan rumah keluarga Hilmi. Ahh, agak terburu-buru tindakan itu.

Tetapi itu adalah sesuatu yang perlu dilakukan demi kewarasan dan kesihatan mentalnya. Siapa sahaja yang boleh tahan diberikan layanan dingin oleh suami sendiri? Pengalaman lalu bersama Izzat membuatkan dia lebih berhati-hati dalam memastikan kesejahteraan diri sendiri.

"Sayang, thank you sebab maafkan abang, dan terima abang semula."

"Your most welcome, tapi..."

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience