Rate

Bab 53 : Maggi

Romance Completed 402255

Azah memandang Hilmi garang.

"Jangan lah marah. Abang datang nak ajak sayang makan je. Dah panggil banyak kali, tapi sayang tak menyahut pun. Abang tengok pintu kereta terbuka, ada kunci dalam tu. Lepas tu tengok, eh pintu pun tak kunci. Abang masuk je lah."

Astaghfirullah hal azim. Seriuslah aku tak tutup pintu kereta pulak? Kenapa makin teruk pelupa ni? Kena makan omega dan ikan kembung banyak-banyak agaknya ni baru tak lupa sebelum tua. Aduhai, dalam banyak-banyak hari, hari ni jugaklah benda nak jadi.

Pandangannya dihala kearah jam. 8.45 malam? Eh biar betul? Lelap sekejap je pun sampai 2 jam?
Matanya di pejamkan semula. Bayi di dalam perut yang tiba-tiba galak ber Tae Kwon Do membuatkan perutnya terasa tegang diusap perlahan.

Jangan cari pasal eh baby, kalau tak, dengan baby sekali kena marah ni. Tahu sangat lah bapak dia datang. Sibuk nak menegur bapak yang hmmm....(sila isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai).

"Sayang, abang mintak maaf. Abang salah. Abang tak sepatutnya tiba-tiba marah dekat sayang. Maafkan abang, please." Tangan Azah yang dipegang Hilmi, Azah tarik pantas.

"Tak payah datang tunjuk muka dekat sini." Tutur Azah.

"Sayang, apa sayang cakap ni?" Tanya Hilmi.

"Kau pekak ke? Nak suruh aku ulang lagi? Pergi balik. Sekarang. Jangan tunjuk muka depan aku lagi dah. Aku benci." Tutur Azah tanpa sebarang riak mahupun perasaan.

Dah terbiasa hidup tanpa Hilmi. Terasa bagaikan dia hanyalah janda yang hidup sendirian setelah kematian suami. Tak perlu tiba-tiba datang seolah-olah dia memerlukan lelaki dalam hidupnya. Dia boleh berdikari. Kasar? Biar. Berdosa? Pun biar.

"Kenapa ni? Marah lagi ke?" Tanya Hilmi.

"Orang gila je yang tak marah bila laki buat perangai macam tu. Tak muncul depan mata. Tak mintak maaf awal-awal. 4 bulan lebih aku tunggu kau Hilmi. Aku tunggu kau terangkan apa yang jadi sampai kau marah-marah macam tu.

Atau sekurang-kurangnya mintak maaf, dan bawak aku balik rumah sewa. Aku tunggu kau datang jumpa aku, cakap yang kau sayangkan aku, yang kau tersilap. Aku tunggu. Macam orang gila aku tunggu.

Tapi apa yang jadi, apa yang aku dapat? Hampa. Lepas berbulan-bulan baru kau datang." Ujar Azah dengan kata ganti nama diri yang sudah pun bertukar.

"Abang mintak maaf." Tutur Hilmi dengan suara yang terhenti-henti kerana sebak yang bertandang.

"Abang dah menyesal." Sambung Hilmi.

"Menyesal sekarang dah tak berguna. Menyesal kau, perasaan cinta kau, sama macam Maggi, kau tahu tak. Aku cuma bahagia untuk 2 minit je, lepas tu hilang. Tak ada. Balik lah, jangan tunjuk muka depan aku lagi dah.

Nak cerai pun tak apa. Aku tak kisah. Aku takkan tuntut apa-apa. Jangan risau." Azah sudah berdiri, menarik baju Hilmi untuk bangun sama dan ditolak keluar dari rumahnya.

"Kenapa sampai nak bercerai? Sayang dah tak cintakan abang ke?"

"Tak."

"Sayang betul-betul nak abang pergi?"

"Yes! Lagi cepat lagi bagus."

"Abang mintak maaf, abang hampakan sayang."

"Tak yah risau. Dah biasa. Dah tak mampu nak kisah. Sebab dah banyak kali hampa dan kecewa. Hadap jelah. Tapi tak lama dah kan? Nanti pisah, selesai lah. Boleh move on." Jawab Azah.

Hilmi pula, terasa hatinya bagai di robek belati. Sampai macam tu sekali Azah benci kan dia? Air mata di lap sahaja dengan jari-jemarinya.

"Sayang menyesal ke kenal abang?"

"Tak, sebab kahwin dengan kau, aku ada anak ni. Tapi aku tak nak biarkan kau sakitkan aku lagi. Aku dah serik."

"Sayang, kita mulakan hidup baru? Abang janji, kali ni, abang takkan sia-siakan sayang lagi."

Hilmi sudah melutut di hadapan Azah sambil tangannya memegang kedua kaki Azah. Merayu agar permohonan maafnya diterima.

"Jangan buang masa kita dua lagi lah. Pergilah balik." Azah melepaskan pegangan tangan Hilmi pada kakinya sebelum dia menutup pintu.

Kali ini, Azah tak akan lupa untuk mengunci pintu rumahnya lagi. Sama seperti dia mengunci pintu hatinya. Serapat-rapatnya.

*****

"Meh Madi tolong pukul dia. Madi pukul takpe. Tak kira derhaka sebab syurga Madi bukan bawah tapak kaki dia." Balas Madihah sebaik sahaja Azah selesai bercerita tentang kedatangan Hilmi beberapa hari yang lepas.

Azah tergelak besar. Betul sangat apa yang Madihah cakap tu. Kalau Azah, bercakap kasar pun sudah dikira berdosa. Kalau Madihah, ya tak apa.

"Tak payah kotorkan tangan Madi lah. Kita abaikan je manusia tu." Jawab Azah semula sambil menyuap makanannya.

"Azah dengan keluarga dia, macam mana?" Tanya Madihah.

"Okey je. Tapi Azah cuba mengelak dari jumpa mereka kerap sangat. Muka mama dia ingatkan Azah dekat dia. Tak tahulah kot mama dia perasan Azah banyak mengelak." Jawab Azah.

"Tak apa je, take your time. Asalkan Azah tenang dan tak naik darah. Azah, nanti pantang dekat mana?" Tanya Madihah.

"Entah lah Madi. Nak balik kampung rasa macam malas nak jumpa ibu. Dekat sini jelah rasanya." Jawab Azah.

Sebenarnya dia sendiri masih belum memikirkan apa-apa. Hanya baju dan barang kelengkapan bayi yang banyak dibeli. Pantang? Sendiri pun boleh rasanya. Upah sahaja orang menghantar makanan. Dia tak perlu bersusah payah memasak sendiri.

"Madi dah tanya Shah, Shah cakap okey je kalau Madi nak jaga Azah dengan baby." Beritahu Madihah.

Hampir sahaja Azah tersedak. Madihah ni!

"Tak payah susah-susah lah. Madi jangan nak mengada eh. Jaga je Shah tu, dan baby Madi. Jangan nak melasak je." Balas Azah.

"Yelah, jaga Shah, jaga baby Madi yang kat dalam ni, jaga Azah dengan baby Azah jugak. Adil lah tu."

Azah tergelak, Madi ni agaknya dia fikir dia Wonder Woman. Semua nak dijaga.

*****

"Termenung sana, termenung sini." Sharif duduk di sebelah Hilmi.

Hilmi tersenyum tawar sebelum dia bersuara.

"Hmmmm, Azah tengah marah lagi."

"Siapa je tak marah kalau mereka dalam situasi macam Azah tu Mi. Macam manalah Mi boleh terfikir benda yang mengarut pasal Azah? Kata cinta?"

"Mi buat silap pa. Tapi Mi dah sedar. Tak boleh ke Azah maafkan Mi dan kami teruskan hidup semula macam biasa?"

"Buat silap? Tak apa. Maafkan? Mungkin dia dah maafkan. Teruskan hidup semula? Susah tu Mi. Hati dia dah terluka. Kalau pun dia maafkan, mustahil dia boleh lupakan. Lepaskan jelah, kalau itu yang dia nak." Nasihat Sharif.

Lepaskan Azah?
Tak mungkin.

Rindunya dekat Azah, dan baby. Hilmi mengeluarkan telefonnya, ditaip sesuatu dan dihantar kepada Azah. Harap-harap umpannya mengena untuk mengajak Azah keluar bersama-sama.

Enjoy reading! :) Terima kasih banyak-banyak untuk donations awak semua. Semoga rezeki awak semua dibalas oleh Allah dengan kebaikan yang melimpah ruah dan berganda-ganda aamiinn. Love, N

Share this novel

Asmah
2021-08-28 15:13:16 

usaha keras lagi Hilmi untuk pujuk Azah tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience