Rate

Bab 5 : Terima

Romance Completed 402255

6 tahun yang lalu...

11 November, 2011

"Aku terima nikah Nurazah Binti Abdul Ghani dengan maskahwinnya RM1,111.11, tunai"

Imam itu memandang saksi dan wali yang berada di kiri kanannya sebelum mereka sama-sama menganggukkan kepala.

"Sah"

Alhamdulillah, setelah empat kali lafaz, akhirnya penantian dan debaran yang dirasa sekian lamanya telah digantikan dengan rasa gembira yang memenuhi ruang hati, di zahirkan bersama senyuman yang menghiasi wajah-wajah keluarga dan sanak saudara, bersama air mata tanda kesyukuran pada Ilahi yang membenarkan semua ini terjadi.

Sebelum menyarung cincin ke jari isteri, Izzat terlebih dahulu menunaikan Solat Sunat dua rakaat tanda syukur kerana akhirnya berjaya juga dia melafazkan akad walaupun empat kali perlu diulang. Kali pertama, dia menjawab 'TERIMA'. Terdengar gelak ketawa saudara mara melihatkan reaksi spontan Izzat. Berpeluh kau, haaaa!

Kali kedua, imam tersalah sebut nama pengantin perempuan. Kali ketiga, Izzat lambat menjawab lafaznya. Kali keempat, akhirnya barulah semua sempurna. Selesai menunaikan solat sunat itu di bilik pengantin berseorangan kerana pengantin perempuan awal lagi sudah mengangkat bendera Jepun, Izzat keluar dari bilik pengantin dan terus menuju ke pelaminan yang indah.

Disitu, Azah sedang menunggu dirinya sambil diapit kedua ibunya dan bonda Izzat. Menyedari ketibaan Izzat, keduanya bangun untuk memberi ruang kepada Izzat menyarung kan cincin dan memakaikan gelang pada Azah untuk membatalkan wuduk mereka berdua.

"Kita dah kahwin, yeayyy!" Izzat membuat gaya bersorak.

Apa lagi, terus di tempik oleh bondanya. Pengantin yang paling kurang sopan dalam sejarah.

*****

"Awal pengantin baru bangun" Tegur Ghani yang baru sahaja balik dari rumah umi nya, melakukan rutin yang sama seperti sebelum ini iaitu menyediakan sarapan serta mengemas apa yang perlu.

Azah sedang membantu ibunya memanaskan lauk kenduri semalam yang masih berbaki. Memandangkan semalam dia tidak sempat untuk betul-betul menikmati keenakan lauk-pauk yang disediakan, hari ini dia bangun awal untuk menyediakan apa yang diinginkan perutnya.

"Panaskan lauk bah, semalam tak sempat nak makan betul-betul. Ralit melayan tetamu. Nasib baik ibu simpan lauk sikit. Boleh lah buat makan pagi ni. Hilang kempunan Azah nak makan lauk kenduri" Jawab Azah.

Bukan Izzat tidur sini pun malam tadi. Bonda Izzat tidak membenarkan mereka bermalam bersama sehinggalah kenduri sambut menantu di sebelah pihak keluarga Izzat selesai.

"Keluarga Izzat macam mana?" Tanya Ghani.

"Azah dah beli sarapan, dah hantar ke homestay. Mereka nak balik ke Lipis sekejap lagi. Sebab nak bersiap untuk kenduri belah sana. Tapi Izzat cakap, mungkin akan singgah sini dulu sebelum bertolak" Jawab Azah.

"Tak apalah macam tu. Abah tak ada nak pergi mana pun" Balas Ghani.

Akhirnya, anak perempuan bongsunya sudah selamat berkahwin. Tinggal lelaki sahaja 2 orang lagi. Ghani tersenyum gembira. Perasaan teruja menerima menantu baru masih belum hilang dari hatinya. Tahun ini menantu baru, tahun depan kemungkinan cucu baru juga. Andai ini menjadi kenyataan, dia akan menerima 3 cucu baru tahun hadapan. Seronoknya!

*****

"Eh, Izzat nak pergi mana tu?" Tanya Maimunah apabila melihat Izzat keluar dari kereta sebaik sahaja mereka tiba untuk bertemu mata dengan besan barunya sebelum bertolak balik ke Kuala Lipis.

"Ada barang Izzat tertinggal dalam bilik Azah lepas bersanding semalam. Azah tak jumpa. Izzat masuk cari sekejap lah" Jawab Izzat.

Azah terkebil-kebil. Bila masa suruh cari? Tak ada cakap pun? Tangan Izzat menyauk lembut tangan Azah, disuruh mengikuti dia masuk ke dalam rumah, menuju ke bilik Azah yang dijadikan bilik pengantin semalam.

"Sayang tak ada cakap dekat Azah suruh cari apa-apa pun?" Tanya Azah sebaik tiba di biliknya.

Izzat yang sedang mengunci pintu bilik diperhatikan sahaja. Pandangan matanya ditebarkan ke sekeliling bilik, kalau-kalau ada apa-apa yang asing pada matanya.

"Memang lah tak. Sebab sayang je tahu dekat mana barang sayang tu" Jawab Izzat.

"Dekat mana?"

"Dekat sini..." Pipi Azah dicium berkali-kali.

"...Semalam tak sempat peluk cium pun. Cepat sangat bonda suruh balik homestay. Tak bagi kita bermalam sama-sama" Rengek Izzat sambil memeluk Azah.

Wajah Azah yang sudah memerah itu dipandang lama.

"Alahh, 3 hari je lagi majlis dekat rumah keluarga sayang" Pujuk Azah sambil menolak Izzat perlahan kerana masih kekok dengan status mereka.

"Tahu, tapi bila dah nikah ni, rindu tu lain macam lah. Tak sabar nak jumpa, nak peluk, nak cium, nak..."

"Dahhhhh jangan merepek lagi. Sekejap je ni. Lusa Azah pergi sana dah. Tak lama. Nanti kita jumpa, ya?" Pantas Azah menutup mulut Izzat yang sudah mula melalut lagi.

"Okey, tapi janji nanti ayang call sayang hari-hari. Kita video call, ya?" Beritahu Izzat.

Azah mengangguk.

"Okey, I will miss you. A lot. Jumpa nanti" Seluruh wajah Azah dicium lembut berkali-kali, lagi.

"Dah jumpa?" Tanya Maimunah.

"Dah, ada ni. Izzat tertinggal dalam bilik air. Patutlah Azah cari dalam bilik tak ada" Jawab Izzat.

Azah dipandang lama sebelum dia mengenyitkan matanya. Sebelum kahwin, tak adanya rindu parah begini. Tapi sejak sah nya ikatan mereka, rindu itu bagaikan membuak-buak. Rasa tidak sabar mahu menjalani hidup baru dengan Azah.

Jauh di sudut hati, Azah pula berharap, semoga Izzat menjadi suami yang pertama dan terakhir buatnya.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-08-13 13:19:53 

adat mn ni dah jd laki bini ...boleh pulak tido asing...hukum ape mak izat ikut ni..


NovelPlus Premium

The best ads free experience