Rate

Bab 8 : Tahun 2

Romance Completed 402255

11 Oktober 2013

Bulan November nanti, cukup 2 tahun hubungan mereka secara ber-PJJ, masih begini hidup Azah. Berulang alik ke Banting setiap hujung minggu. Penat. Tapi kalau dia menunggu Izzat yang datang, sampai bila-bila pun dia tidak akan dapat berjumpa suaminya itu. Ya, masih belum ada khabar gembira buat mereka.

Azah duduk di taman yang ada di hadapan flat tempat tinggalnya yang terletak berhadapan dengan Jaya One. Dia menyewa bersama Madihah, Maszura, Syifa dan Naura.

Madihah juga pensyarah, tapi Madihah bertugas di sebuah kolej swasta yang terletak di Damansara. Maszura, jururawat di PPUM. Syifa memiliki sebuah kiosk yang terletak di dalam CFS, dan Naura, seorang ahli farmasi yang bekerja di Biro Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia, terletak berhadapan CFS IIUM Petaling Jaya.

Semuanya bekerja dikawasan berdekatan sahaja. Ada masanya mereka bergilir-gilir memasak. Yang seronoknya, mereka semua sekepala. Jadi tiada masalah untuk berkomunikasi. Tidak pernah bergaduh selama hampir 3 tahun tinggal bersama. Malah, Maszura yang membantu dia sewaktu dia mahu mengadakan pemeriksaan kesihatan untuk mencari punca dia lambat mengandung.

"Kenapa Azah duduk kat sini?" Tegur Madihah.

Sampai sahaja tadi, Madihah ternampak Azah sedang berbuai di taman ini. Dia membatalkan hasrat untuk naik kerumah ditingkat 1, sebaliknya Madihah terus melangkah ke taman.

"Hari Jumaat esok, lepas Izzat habis kerja, kami kena balik ke Lipis" Cerita Azah.

"Azah rasa berat hati ke?" Tanya Madihah.

Azah mengangguk. Seperti biasa, bila sampai masa untuk balik ke kampung Izzat, dia perlu bersedia dari segi mental dan fizikalnya.

"Madi tahu kan, bila balik je kampung Izzat, tak ada isu lain. Semua pasal anak. Telinga Azah ni macam tak sanggup nak hadap dah. Bukan Azah yang mintak dapat anak lambat.

Bukan Azah yang merancang. Tapi Izzat yang tak nak bagi kerjasama. Bila Azah cakap dekat bonda dia, Azah yang kena semula. Sudahnya, Azah sorang yang kena tembak. Izzat diam jadi batu. Bukannya nak pertahankan Azah" Bukan niatnya mahu mengadu, tetapi dek kerana tekanan perasaan yang tidak mampu tertahan lagi, Azah menghamburkan segalanya.

Madihah pulak yang rasa serba salah. Kali pertama dia melihat Azah menangis teruk begini. Selama ini, Azah selalunya ceria sahaja. Malahan Azah yang banyak membantu mereka. Macam mana nak pujuk Azah?

"Tak apalah, luahkan je apa yang Azah rasa. Madi ada. Kita cuba ikhtiar cara lain jugak, ya?" Madihah membiarkan Azah meluahkan segala kesedihannya.

"Sorry, Azah menangis pulak. Ya Allah, malunya. Sorry Madi" Azah lap air matanya dengan tapak tangan.

"Tak apa lah Azah. Kita bukannya orang lain pun. Dah lama jugak kawan, kan? Azah, dalam hidup ni bermacam cara ujian yang diberi. Anak? Ujian. Suami? Ujian juga. Pendek kata, semua ujian.

Maksudnya bagaimana penerimaan kita, macam mana layanan kita, macam mana layanan pada mereka. Benda biasa kalau ada masanya kita rasa nak rebah. Azah diuji dengan belum dapat cahayamata.

Madi pun diuji jugak dengan belum dapat suami lagi. Ujian kita berbeza, tapi Madi agak lah faham macam mana rasa bila orang desak-desak macam tu. Tambah-tambah dari mak ayah sendiri" Madihah menarik nafas panjang.

"Madi, kita pindah Kuantan nak? Kampus universiti Azah yang dekat sana ada perlukan pensyarah" Tanya Azah tiba-tiba.

"Serius Azah nak pindah sana?" Tanya Madihah.

"Ha ah"

"Izzat?"

"Azah dah beritahu dia. Suruh mohon kerja dekat sana. Azah cakap Azah disuruh pindah. Azah tak larat dah nak ulang alik PJ-Banting setiap minggu" Keluh Azah.

"Okey, Madi cuba mohon. Kalau dapat, horey horey lah" Jawab Madihah.

*****

"Orang lain, dah dua tahun kahwin, anak dah nak masuk dua. Ada orang tu, dah dua tahun kahwin, masih berdua" Perli Maimunah.

Geram melihatkan wajah Azah yang tidak beriak itu. Susah puas dia menyindir dan mencerca. Nampaknya Azah masih bertahan. Selamba je terus-terusan menyuap nasi ke mulutnya.

"Soal anak ni, kita manusia setakat boleh usaha je Nah. Kalau belum rezeki, Allah takkan beri" Sampuk Izam.

"Memanglah rezeki, tapi kena usaha jugak. Entah lah, pening dah kepala otak saya ni berfikir. Saya ni nak cucu" Bebel Maimunah.

"Habis, dekat sepuluh orang tu yang dok berkejar dekat sekeliling rumah kita sampai jatuh habis pasu bunga hiasan awak tu, bukan cucu?" Tanya Izam geram.

"Itu anak Syarinar, anak Latifah, anak Aziz. Saya nak tengok anak Izzat pulak. Izzat tu anak bongsu saya. Tapi itulah, tak pandai layan laki agaknya. Tak pun, entah-entah mandul!" Omel Maimunah.

"Subhanallah. Awak ni sedar diri ke tidak ni Nah? Bercakap serupa orang tak boleh fikir. Sampai ke urusan dalam kelambu anak pun awak sibuk nak ambik tahu.

Berdosa tahu tak? Awak dulu pun, 5 tahun jugak menunggu baru dapat anak sulung kita tu. Tak payah nak persoal, nak pertikai kerja Tuhan" Marah Izam.

Makin lama makin melampau. Bila ditegur, langsung tak ambil perhatian. Apa nak jadi dengan isterinya ni, bebel, Izam dalam hati.
Azah pula menggenggam tangan kirinya kuat. Menyalurkan rasa sedih dihina begitu, bertambah sedih bila Izzat langsung tidak membelanya dari serangan mulut Maimunah.

Kenapa Izzat dah berubah? Kenapa Izzat tak macam awal-awal waktu mereka berkawan dahulu? Sebab dia tak mengandung ke Izzat berubah? Semudah itu? Secepat itu?

Ya Allah, kuatkan aku Ya Allah. Tunjukkan lah jalan keluar dari semua masalah ini.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience