Rate

Bab 24 : Alasan

Romance Completed 402255

"Azah nak kerja dulu. Takkan nak kerja pun tak boleh? Azah pergi sambung belajar bukan saja-saja. Azah nak kerja. Nak mengajar. Tu cita-cita Azah. Kenapa abah dengan ibu nak halang Azah?" Tanya Azah dengan suara senada.

"Azah saja je nak melambat-lambatkan majlis kahwin dengan Izzat tu kan?" Marah Azlinda.

"Ya Allah bu, boleh tak bersangka baik dengan Azah?"

"Pergi interview, kalau dapat, nanti kena kerja jauh. Kan? Dah bilanya nak ikut Izzat ke Banting?" Soal Azlinda.

"Kalau Azah tahu tak boleh kerja, baik Azah tak payah susah-susah pergi sambung belajar. Sekarang ni, disebabkan Izzat, ibu tahan Azah macam-macam. Telefon Azah pun ibu sorok. Apa ni bu? Azah bukannya budak kecik." Hampir putus asa mahu memujuk ibu.

Ibu tetap memilih untuk lebih percayakan Izzat dari aku yang sememangnya anak dia sendiri.

"Memang Azah bukan budak kecik. Tapi ibu tak nak Azah berhubung dengan Hilmi dah. Siap ajak Hilmi nak lari bersama. Azah dah gila ke? Sanggup buang ibu abah semata sebab Hilmi? Lelaki yang baik takkan ajak anak dara orang buat perkara yang bukan-bukan." Tengking Azlinda.

"Habis ibu tu, sanggup marah Azah, semata sebab Izzat. Sama je situasi kita ni bu. Memang Azah dah gila. Sebab ibu lagi rela pilih untuk percayakan orang luar. Pasal nak lari, semua itu idea Azah. Bukan idea Hilmi. Memang sanggup pun Azah lari dari kahwin dengan Izzat." Azah sudah berdiri untuk masuk ke biliknya, terkurung dalam rumah begini menyesakkan jiwa.

"Abah dengan ibu ada hak untuk nikahkan Azah tanpa persetujuan Azah. Kami yang lebih tahu apa yang terbaik untuk Azah. Kalau ibu abah biarkan Azah buat keputusan sendiri, entah-entah Azah dah jadi janda kena tinggal dengan Hilmi.

Entah digantung tak bertali. Entah mengandung tak ada bapa. Orang lelaki ni, kalau mudah sangat-sangat perempuan menyerah, tak lain tak bukan, tu sebab nak guna kita je. Habis manisnya nanti, sepah tu dibuang merata."

"Ya Allah ibu! Apa ni. Teruk macam ni sekali pemikiran ibu pada Azah? Tolong lah faham Azah ni bu. Azah nak kerja. Azah nak kena pergi interview dekat KL minggu depan. Kalau ibu tak bagi, apa-apa jadi dekat hidup Azah, Azah salahkan ibu sepenuhnya." Dia faham betul, apa yang dilakukannya tadi sudah membolehkan dia dilabel sebagai anak yang kurang ajar.

Tapi dia sudah penat. Hanya hidup dia yang ibu kawal sehingga ke tahap ini. Apa salah dia? Kakaknya bebas sahaja mendirikan rumahtangga dengan pilihan sendiri. Kenapa Azah tidak diberi hak yang sama?

*****

"Azah datang KL dengan apa?" Tanya Madihah yang turut hadir untuk temuduga jawatan yang sama.

"Azah naik bas. Tu pun lepas Azah gaduh dengan ibu dan abah. Hmmm, Madi, ada dengar apa-apa berita pasal Hilmi tak?" Tanya Azah.

Bulat mata Madihah mendengar soalan itu. Tetapi pantas sahaja digeleng kepalanya.

'Sorry Azah!' Bisik Madihah sekadar dalam hati.

Azah menarik nafas panjang dan melepaskan keluhan berat.

"Tak apalah. Lepas balik hari tu, waktu awal-awal tu, Hilmi ada tak tanya Madi, kalau-kalau Madi ada contact Azah?" Tanya Azah lagi.

"Tak ada pulak. Kenapa Azah?"

Ya Allah, ampunkan aku yang dah menipu kawan aku ni ya Allah. Tapi aku pun tak tahu apa kemelut mereka ni. Yang sorang tak nak bagi cakap apa-apa. Yang sorang lagi ni, asyik bertanya. Buntu hendak memihak kepada siapa.

*****

"Terima kasih Madi sebab bagi Azah sewa sini jugak." Azah duduk di katil melepas lelah setelah mengangkut barangnya naik ke rumah sewa mereka.

"Kebetulan ada kosong. Rezeki Azah lah. Walaupun kita tak dapat mengajar tempat yang sama, kita dapat menyewa sama-sama pun dah seronok. Alhamdulillah." Ucap Madihah.

"Itulah. Dah lah dekat sangat dengan tempat kerja. Sebelah tu je." Komen Azah.

"Haaaa, lagi best, setiap hari Selasa, kat bawah ni ada pasar malam tau. Dari hujung simpang sampai ke betul-betul bawah rumah ni orang meniaga. Jadi, hari Selasa tak boleh diet. Sebab semua ada." Bersemangat Madihah bercerita.

"Okey, Azah tanda dalam kalendar siap-siap. Hari Selasa tak boleh diet." Pecah tawa kedua mereka.

"Nanti yang lain-lain balik, Madi kenalkan mereka dengan Azah ya."

"Okey!"

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience