Rate

Bab 72 : Lepas

Romance Completed 402255

"Tak ada cara lain dah. Awak yang kena pergi merayu dengan Azah tu supaya Azah dan suami dia tu tarik balik dakwaan." Beritahu Izam.

Maimunah masih menunjukkan muka masam dengan muncung yang hampir sedepa. Sakit hatinya apabila mengingatkan kembali betapa suami baru Azah bertegas tetap mahukan Izzat didakwa dan dijatuhi hukuman untuk apa yang telah Izzat lakukan, iaitu menculik dan membawa Azah lari dari rumahnya di IM12.

Walaupun berkali Izam bercakap dan berbincang dengan Hilmi, keputusannya tetap begitu. Biarpun Hilmi menolak dengan cara yang sopan, entah kenapa Maimunah terasa sakit hati. Azah memang mengada-ngada. Dasar perempuan tak sedar diri. Dah berpisah pun, tetap lagi menyusahkan anak aku!

"Tak payah buang masa bercakap dengan laki bini yang tak guna tu. Baik saya cakap dengan mak dia terus." Balas Maimunah.

"Heh, Munah, yang awak marah sangat pada Azah tu kenapa? Yang salah tu bukan Azah, tapi anak awak tu. Dah macam-macam benda dibuatnya menganiaya Azah tu, memang patut dia terima akibatnya. Kalau dah kita tegur pun tak jalan, biar penjara yang tegur dia." Putus Izam.

"Ayah! Sampai hati ayah. Habis tu, Ayu dengan anak-anak, siapa nak jaga? Ayah fikir kesian dekat bekas menantu ayah, dekat saya, ayah tak kesian pulak?" Marah Ayu.

Ini lagi satu masalah. Sejak Izzat mengahwini Ayu, Maimunah seolah-olah mendapat geng yang bersama-sama menyokongnya melakukan perbuatan yang entah apa-apa. Tidak sesuai dengan umur dan status sebagai seorang isteri, apatah lagi Maimunah sudah berusia.

"Azah tu bercerai dengan Izzat sekalipun, tak akan sesekali dia jadi bekas menantu ayah. Mana ada bekas menantu bekas mentua. Kamu ni pun Ayu, sudah-sudahlah mengikut bonda buat benda yang bukan-bukan.

Malu sikit dengan anak-anak kamu tu. Patut kamu sebagai mak, kena tunjuk contoh yang baik-baik. Bukan buat benda mengarut." Bebel Izam yang tadinya tidak terniat langsung untuk berbuat demikian, namun Ayu semakin menjadi-jadi juga perangai mengarutnya.

Mujur ustazah yang diidamkan Maimunah untuk dijadikan menantu menolak cadangan Maimunah untuk dijodohkan dengan Izzat. Tak dapat dia bayangkan kehidupan ustazah itu jika jadi menantunya.

"Alah, anak-anak Ayu semua kecik lagi. Bukannya dorang faham pun." Cebik Ayu, ada sahaja yang tak kena di mata Izam itu.

"Kita ni ada pepatah, melentur buluh tu biar dari rebungnya. Samalah jugak dengan situasi sekarang. Kamu nak didik anak-anak tu, tunjukkan perkara yang baik-baik dari sekarang. Sudah lah bapaknya tidak boleh diharap, mak nya pun sama naik tak warasnya." Izam menyambung bebelannya.

"Bonda, tengok ayah ni. Selamba je mengata Ayu tak waras." Rengek Ayu.

Maimunah menjegilkan matanya, namun Ayu terus-terusan menghentak kakinya. Maimunah sudah hampir migrain melayan kerenah kedua manusia di hadapannya ini.

"Eh Ayu, kau diam sekejap. Memang dasar menantu tak waras. Sakit kepala aku ni dok mendengar kaki kau tu, hentak sana sini. Serabut, tahu tak? Nak fikir pun boleh. Kita ni kena cari jalan supaya laki kau tu boleh keluar.

Tolong lah aku ni sikit. Bukannya buat aku makin sakit kepala. Menyampah betul la. Eh tu, anak-anak kau terpekik sana sini tu kenapa? Kau pergi sana Ayu, suruh dorang diam sebelum tangan aku pulak naik." Tempik Maimunah.

Ayu terpana di jerkah begitu. Menyesal betul dia menjadi isteri Izzat. Ingatkan bondanya kaya, boleh lah dia menumpang senang. Sebaliknya, bonda menjadikan dia kilang proses anak-anak Izzat pula.

Bila diminta pembantu rumah, bonda dengan pantasnya menegah. Katanya, dia sendiri pun boleh sahaja jagakan semua anak-anak. Jadi kenapa tidak Ayu membuat perkara yang sama? Bosan! Dari nak menyenangkan diri, makin susah jadinya.

*****

"Bonda, usahakan lah sampai Zat keluar dari sini. Zat tak suka lah duduk sini. Cepat lah bonda. Buat jelah apa-apa, asalkan Zat keluar. Kalau Azah suruh bonda cium kaki dia pun, bonda ikut jelah. Asalkan Zat keluar dari sini. Tolong lah bonda!" Rayu Izzat.

"'Eh Zat. Kau dengan bini kau ni memang sama lah! Aku dah cakap aku akan usahakan, kenapa nak paksa-paksa lagi? Sakit kepala aku ni, tahu? Cukuplah ayah kau, isteri kau, anak-anak kau bising manjang sampai bingit telinga aku, dah sampai sini, kau pulak sambung." Bebel Maimunah.

"Sini panas lah bonda. Tak selesa." Rengek Izzat.

"Masa buat salah, kau tak fikir. Dah jadi macam ni merengek macam orang tak ada akal. Lain kali, otak tu kan ada, percuma je kalau nak guna. Bukannya bila ada otak tu, ambik letak dekat lutut. Dah, aku nak balik. Sakit kepala aku." Maimunah membebel lagi.

"Bonda, usahakanlah, Zat nak keluar bonda!" Tempik Izzat, namun usahanya sia-sia sahaja apabila pegawai yang ada berdekatannya mula memandang kearahnya.

*****

"Siapa?" Tanya Azah apabila Hilmi hanya memandang sahaja nama pemanggil namun tidak menjawab panggilan itu.

"Ayah Izzat. Abang kesian jugak dia dok telefon merayu, tapi apa yang Izzat buat tu, salah. Tak boleh kita bagi peluang pada dia. Kalau dia belum berubah, entah apa-apa je lagi dia aan buat pada sayang." Terang Hilmi.

"Hmmmm, abaikan jelah. Ibu pun ada mesej Azah pasal Izzat. Mesti sebab bonda dia yang telefon ibu. Tapi Azah abaikan je apa yang ibu suruh tu. Pandai dia buat salah, pandai lah dia terima akibat." Balas Azah.

"Dah la, jangan fikir pasal mereka. Sekarang ni cuma perlu fikir nak jumpa baby je, okey? I'll be here, sampai semuanya selesai. Jangan risau sangat." Pujuk Hilmi.

Azah mengangguk. Tangan Hilmi dicium perlahan.

"Terima kasih abang. Doakan sayang, ya?"

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Rohani Hussin
2021-09-06 22:00:35 

X sabar tunggu sambungannya...harap2 cepat la update


NovelPlus Premium

The best ads free experience