Rate

Bab 50 : Panjang Cerita

Romance Completed 402255

Izzat tersengih sendirian apabila difikirkan semula apa cerita yang diberitahu kepada Hilmi. Hatinya puas. Kata bonda, bonda akan usahakan supaya dia bebas dari tuduhan. Tapi kalau tak bebas pun, tak apa. Dia penat untuk menjalani kehidupannya sekarang ini.

Dia penat untuk hidup bersama Ayu. Dia penat mengikut telunjuk bonda. Dia mahukan kebebasan dalam menentukan hala tuju hidupnya. Dia juga baru sedar, kalau sebenarnya selama ini dia sudah ikhlas suka kan Azah. Tetapi Azah memilih Hilmi. Sakit hatinya tak boleh di cerita.

"Ayang tunggu abang tau."

*****

"Nah, nasi putih, Tom Yam putih seafood tambah sayur untuk ibu dan baby." Madihah menghidangkan lauk makanan tengahari mereka.

Seronok bila malam tadi Azah tiba-tiba menghubunginya supaya Madihah datang mengambilnya dirumah mama Hilmi. Madihah pula, tanpa banyak alasan, terus sahaja pergi.

Apa-apa soalan langsung tidak ditanya kepada Azah walaupun bagasi Azah bagaikan lebih besar dari sewaktu dia mahu berpindah ke rumah sewa bersama Hilmi dahulu. Tengok mata pun sudah tahu, Azah seharian menangis.

"Madi, kejap lagi kita pergi rumah sewa ambik kereta Azah ya. Azah nak mula kerja dah." Ajak Azah sambil menyuap makanan.

"Boleh sangat."

"Madi, Azah rasa, kali ni pun, Azah buat keputusan yang salah."

Mendengarkan ayat Azah, Madihah mengangkat wajahnya memandang Azah. Kenapa eh? Apa dah jadi?

*****

Kosong hari Hilmi tanpa Azah, tetapi dia sendiri masih belum pasti apa tindakan yang perlu diambil. Pujuk Azah? Atau biarkan keadaan kekal begini? Arghhh, serabut!

~Imbas kembali~

"Aku kenal Haneesya masa kami jadi AJK untuk satu program semasa di matrikulasi. Dia tu baik, kan? Comel pulak tu. Ada lesung pipit. Aku tak pernah sayangkan orang lain sebagaimana aku sayang Haneesya.

Masa aku mintak nombor telefon, dia terus bagi. Masa tu kami sama-sama guna telefon Nokia 3310 tu. Boleh la setakat nak hantar mesej tiap-tiap hari. Cakap telefon bila malam-malam.

Dia selalu naikkan semangat aku supaya aku study rajin-rajin. Aku suka gila dekat dia. Sampai aku rasa aku nak cepat-cepat kahwin dengan dia, sebab aku tak boleh hidup tanpa dia.

Jadi aku suruh bonda aku pergi meminang Haneesya. Tapi kena tolak. Sakit, kau tahu tak? Aku tak boleh nak terangkan sakit tu macam mana. Tambah-tambah lepas tu aku gaduh dengan Haneesya.

Dia marahkan aku bila aku cakap yang sepatutnya papa kau memudahkan urusan kami. Papa kau kan kaya. Dah beli rumah untuk setiap anak-anak dia. Apa salahnya kalau dia bantu kami memulakan hidup?

Tapi Haneesya marahkan aku. Terutamanya lepas aku termarah papa kau, termaki papa kau masa aku tengah bercakap dengan dia. Dia tak nak cakap dengan aku. Dia lari dari aku. Lepas tu, aku dapat tahu dia nak pergi sambung belajar dekat UK. Dia nak lari dari aku."

Izzat jeda, dia memandang wajah Hilmi yang masih fokus memandangnya.

"Jadi, aku beritahu semua orang yang aku dah nikah dengan Haneesya, dengan harapan dia tak boleh nak larikan diri dari aku lagi. Tapi, rupanya dia makin benci kan aku. Dia datang jumpa aku, mengamuk besar. Marah betul.

Dia mengelak dari aku. Aku call, semua tak jawab. Mesej, tak berbalas. Aku ugut dia. Dia balas mesej aku. Kau nak tahu apa yang aku ugut dia?" Tanya Izzat.

Hilmi masih mendiamkan diri. Melihatkan Izzat juga tidak memberi reaksi, Hilmi membuka mulutnya.

"Kau ugut Kak Sya macam mana?" Tanya Hilmi malas.

"Aku cakap yang kalau dia tak balas mesej aku, aku akan pastikan satu kampus tahu yang dia ambil dadah." Izzat tersenyum sinis.

Hilmi termangu. Kak Sya ambil bahan terlarang? Betul ke?

"Kau tipu!" Marah Hilmi.

"Kau pernah tengok ke report kematian dia? Dia lemas, kan? At least, itu yang aku dengar. Dia lemas. Lemas, atau sebenarnya overdosed dadah?" Tanya Izzat.

"Dia lemaskan diri dia sebab dia tertekan dengan orang sekeliling yang tuduh dia mengandung anak luar nikah. Bukan sebab dia overdosed dadah." Bantah Hilmi.

"Dia overdosed. Kau nak tahu siapa yang bekalkan dia dadah?" Bisik Izzat perlahan.

Hilmi mengetap giginya kuat, sehingga urat-urat di lehernya terlihat tegang. Tangannya digenggam erat, takut terlepas tumbukan, dia pula yang di humban kesini.

"Aku. Aku yang bekalkan dia dadah tu. Macam mana dia boleh terjebak? Aku suruh kawan dia yang tarik dia. Bagi dia cuba. Lama-lama dia ketagih.

Awal-awal tu tak teruk. Nak tahu bila jadi teruk? Bila dia dah lama tak dapat. Sebab kami gaduh. Dia sampai call aku, merayu untuk dapatkan bekalan tu. Dia cakap dia sanggup bayar mahal. Dia janji akan pujuk papa kau kahwinkan kami.

Dia janji macam-macam. Jadi aku dapatkan bekalan, jualkan dekat dia. Kau tahu tak, dadah ni, bila dah lama tak dapat, kepala kau jadi tak betul. Aku rasa dia ambik banyak sangat, sebab tu dia ter lemas dalam bilik air.

Kenapa bilik air? Itu lah tempat paling selamat." Terang Izzat.

"Siapa yang jadi orang tengah antara kau dan Kak Sya?" Tanya Hilmi.

"Kawan baik dia."

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience