Rate

Bab 40 : Rezeki

Romance Completed 402255

"Alahhh, sampai hati korang kan, tinggal Madi sorang-sorang kat rumah ni." Dah mula dah drama air mata pukul 7 malam oleh Madihah tatkala Azah sedang memuatkan barang-barangnya kedalam kereta Hilmi.

Mereka berdua telah disatukan dalam satu majlis yang sangat-sangat sederhana dirumah Azah pada seminggu yang lepas walaupun dibantah sekeras-kerasnya oleh ibu Azah. Kesudahannya, ibu Azah merajuk dan berkurung di dalam bilik sahaja sepanjang majlis berlangsung.

Berlanjutan pula sehingga beberapa hari sehingga hari Azah ingin bertolak pulang ke Kuantan bersama Hilmi.

"Alaaa, kalau ada apa-apa datang je rumah kami. Tak jauh pun Madi. Lagi pun, kan Madi nak kahwin dah jugak nanti. Beberapa bulan je lagi." Pujuk Azah.

"Hahaha, jangan risau lah. Madi saja je usik. Semoga berbahagia sampai ke akhir hayat ya. Hilmi, kau jaga Azah baik-baik. Kalau kau buli dia, aku ambik dia duduk dengan aku balik." Ugut Madihah.

Hilmi hanya menjulingkan matanya keatas beberapa kali.

"Jangan harap lah." Balas Hilmi.

"Dah. Jangan gaduh lah abang." Tegur Azah.

Hilmi sengih sahaja mendengarkan teguran Azah.

"Barang ada lagi tak sayang?" Tanya Hilmi.

Azah menggeleng. Hilmi pula menutup bonet kereta dan masuk ke dalam kereta, memberi ruang untuk Azah dan Madihah berpamitan dahulu.

"Ada apa-apa beritahu Madi. 2 3 hari lepas, ada Izzat datang cari Azah. Tapi Madi tak keluar walaupun dia ketuk pintu macam nak roboh. Yang penting sekarang ni jaga diri. Tau." PESAN Madihah.

Azah mengangguk lagi. Kalau lah bukan sebab Izzat, pasti ada beberapa bulan lagi sebelum mereka berpisah dan tinggal berasingan selepas masing-masing bernikah.

"Madi tu pun jaga diri. Izzat tu macam tak berapa waras. Azah takut dia apa-apakan Madi pulak bila Madi tak nak beritahu dia Azah kat mana." Giliran Azah pula berpesan.

"Ya, jangan risau. Minggu depan mak ayah Madi datang duduk sini sampai Madi nikah nanti. Sekarang ni Azah kena bahagia je. Okey? Once a week kita jumpa, mengopi sesama kita." Pipi Azah dicium bergilir-gilir kiri kanannya.

"Boleh! Hilmi mesti bagi. Mana boleh tak bagi. Azah heret dia sekali nanti." Balas Azah.

Seketika kemudian, kereta Hilmi berlalu pergi menuju ke rumah sewa barunya.

*****

Dalam kesamaran malam, hanya bertemankan lampu jalan, Azah merenung Hilmi lama. Akhirnya, walaupun tiada majlis yang meriah lagi, mereka telah disatukan. Cepat, gara-gara kemunculan Izzat yang kini sering mengancamnya.

"Tenung apa?" Tegur Hilmi, bukan dia tak tahu Azah sedang ralit merenungnya dari mula kereta itu bergerak meninggalkan rumah sewa lama Azah.

"Ohhh, tak ada apa-apa." Gugup rasanya apabila ditegur secara tiba-tiba begitu.

"Alahhhh, kalau nak tengok pun, tengoklah. Dapat pahala apa tengok suami, dah lah handsome, baik, penyayang. Dari dok buang masa tengok hero-hero Bollywood tu." Ciss, masuk bakul angkat sendiri.

"Okey apa tengok hero Bollywood. Boleh nyanyi lagu cinta yang romantik." Balas Azah spontan.

Hilmi menggeleng kepala. Sejak bernikah ni, ada satu perkara baru yang dia tahu tentang Azah. Azah sukaaaaaaa sangat menonton filem Bollywood di waktu lapangnya.

Paling mengagumkan bila Azah ada kalanya turut menyanyikan lagu yang ada dalam filem tersebut. Tidak ketinggalan, Hilmi sudah turut terhafal lagu-lagu itu. Bertuah punya isteri, cepat sahaja dia mempengaruhi suami!

"Abang..."

"Ya sayang?" Sahut Hilmi.

"Kalau kita sampai bila-bila tak ada anak, macam mana?" Tanya Azah perlahan.

"Abang ada terbaca soal rezeki yang dikupas oleh Buya Hamka. Maksudnya lebih kurang macam ni, rezeki tu bukan kita dapat apa yang kita nak. Tapi bila kita terima apa yang Allah bagi.

Ada benda yang kita tak nak, tapi kita dapat. Itu lah rezeki kita. Kita boleh mintak, tapi tak semestinya kita akan dapat. Terima dan reda, apa sahaja rezeki kita.

Kita boleh cuba IUI, IVF, atau berurut sana sini. Ikhtiar. Kalau Allah takdirkan selepas apa sahaja usaha yang kita lakukan, tapi tak dapat, maksudnya kita belum layak untuk pikul tanggungjawab itu. Abang tak kisah. Asal Azah ada dengan abang. Itu dah cukup."

Basah mata Azah dengan air mata.

"Kalau Azah risau dan tertanya-tanya, jangan penat kan diri dengan semua itu. Abang faham keadaan Azah. Kita serahkan sahaja pada Allah. Jangan tertekan, bagi abang, cukup abang ada Azah di sisi abang. Benda lain, abang serahkan sahaja pada Allah.

Azah pun jangan tertekan. Nanti kita sama-sama baca penulisan Buya Hamka tentang rezeki. Tak perlu kita pertikaikan. Kalau kita tak ada anak, maksudnya rezeki abang hanya untuk dapat Azah. Abang tak harap lebih dah sayang." Sambung Hilmi.

"Sorry, sebab Azah lambat sangat terima abang." Bisik Azah perlahan sambil tangannya mengucup perlahan belakang tangan kiri Hilmi.

"Don't be. Rezeki kita bersama sampai lambat, tapi akhirnya bersama. Tak payah fikir hal dan cerita yang lama, cukup kita hargai masa yang ada sekarang ini. Ya?"

"Terima kasih abang!"

*****

Izzat mengepal tangannya kuat. Giginya juga diketap menahan marah. Perkhabaran dari bondanya mengatakan bahawa Azah sudah selamat menjadi isteri Hilmi dua minggu yang lepas. Sekarang ni, setelah seminggu dia berkampung di Kuantan, tiada kelihatan Azah di mana-mana termasuk di kampus.

Jahanam Hilmi! Awal-awal lagi dia sudah mencantas peluang Izzat untuk mendapatkan Azah semula. Walaupun, hakikatnya dia bukan lah mahukan Azah. Dia cuma tidak mahu melihat Hilmi berbahagia.

Kalau Azah yang menjadi punca Hilmi berbahagia, maka Azah lah yang perlu menerima akibat bagi pihak Hilmi. Atau, mereka berdua sama-sama menderita. Adil, kan?

Enjoy reading! :) Okey, dah kahwin dah. Bagi happy dulu hari ni sebelum Izzat mengganas. Maaf lambat, leka kait rambutan pulak XD Love, N

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-08-21 20:43:19 

hati busuk betul pijjat ni...harap Azah xalami nasib mcm saya...siksa batin ..walau ini sekadar cerita...

Asmah
2021-08-21 20:11:42 

sajakan si izzat tu dengki dengan hilmi


NovelPlus Premium

The best ads free experience