Rate

Bab 91 : Sembuh

Romance Completed 402255

~Setahun kemudian~

"Tadi Siti datang jumpa sayang." Azah memulakan bicaranya sewaktu mereka baru sahaja mula makan malam mereka.

"Oh yeke? Kenapa?" Tanya Hilmi.

"Saja je. Dia bagi makanan sikit. Ada kek, ada biskut tart nenas. Sayang letak dekat dapur. Rupanya, Siti dah enam bulan jadi sukarelawati untuk satu Non-governmental Organization (NGO) ni yang fokus kepada usaha membantu ibu-ibu tunggal untuk mencari pendapatan mereka sendiri supaya dapat sara keluarga.

Banyak yang mereka hasilkan. Antaranya kek, muffin, bahulu, tart nenas. Ada yang tenun songket. Sayang rasa macam nak pergi ziarah mereka ni satu hari nanti. Dia cerita tadi, selama enam bulan tu, dah ramai wanita yang mereka bantu untuk lepaskan diri dari suami zalim.

Ada kes macam Siti, ada jugak kes tertipu, masa sebelum kahwin beritahu kerja elok. Bila dah kahwin, baru dapat tahu mereka kahwin dengan suami yang kaki dadah, tak kerja. Siti cakap, dia terinspirasi dengan apa yang sayang buat masa tolong dia.

Siti nak panjang-panjangkan usaha ni supaya orang lain pun dapat manfaat dan mulakan hidup baru sebagaimana dia dapat mulakan hidup baru lepas dia mohon cerai." Terang Azah panjang lebar dengan senyuman.

Hilmi turut mengukir senyuman manis.

"Abang tak makan sangat semua tu. Nanti sayang potong, masuk bekas, makan dekat office. Ya? Sayang, abang nak tanya sikit. Sayang ada rasa sakit lagi tak bila teringat kisah lama?" Tanya Hilmi.

Azah terdiam sejenak, kemudian dia menggeleng sambil tersenyum lagi.

"Tak dah, sayang ada abang, ada Aakif, dah baik dengan ibu. Tak ada apa lagi dah yang sayang mintak, sayang cuma nak Allah panjangkan jodoh kita je. Kenapa abang tanya?" Soal Azah.

"Jalaluddin Ar-Rumi ada mengatakan, bila kita lari dari sesuatu yang menyakiti kita, akan membuatkan kita semakin sakit. Jangan lari, terluka lah kalau perlu, sehingga kita akhirnya sembuh dan tidak merasakan kesakitan itu lagi." Ulas Hilmi.

"I guess, Rumi was right. Nak tak nak, kita kena hadap sakit tu. Sampailah akhirnya masa sembuhkan." Balas Azah.

"Tak sayang, bukan masa yang menyembuhkan. Masa berlalu seperti biasa, dan hanya membantu kita menyesuaikan diri dengan sakit yang ada. Yang menyembuhkan kita adalah diri kita sendiri.

Tak lupa jugak, kepercayaan kita pada Dia yang Maha Kuasa. And I'm so proud of you. Sebab sayang tahu apa yang terbaik buat diri sayang." Ujar Hilmi pula.

"I have to. Kalau bukan Azah selamatkan diri Azah sendiri, Azah tak boleh nak harapkan sesiapa lagi dah waktu tu." Jawapan Azah jujur sahaja.

"Tapi sekarang sayang ada abang. I will never leave you and let you fight your battle alone anymore."

*****

"Eh, buat apa dekat dapur dalam gelap ni?" Tanya Azah yang sedang memegang botol susu milik Aakif, dia langsung tidak perasan akan kehilangan Hilmi dari bilik tidur dalam samar-samar cahaya lampu tidur itu.

Memandangkan kuantiti susunya semakin berkurangan kerana Aakif tidak lagi mahu menyusu darinya, akhirnya mereka membuat keputusan untuk memberikan susu formula sahaja sebagai makanan tambahan untuk membekalkan sumber kalsium yang diperlukan badan Aakif.

"Abang terjaga sebab lapar. Lepas tu tak boleh tidur. Jadi, abang keluar, datang dapur buat air teh, makan kek, dengan biskut ni." Beritahu Hilmi dengan takut-takut.

Kek yang telah siap dipotong dan dimasukkan ke dalam bekas tadi sebelum Azah masuk ke bilik tidur, tatkala dilihat oleh Azah sekarang, hanya tinggal separuh.

"Sorry. Abang lapar sangat tadi. Makan makan makan, baru perasan dah tinggal sikit." Tutur Hilmi.

"Eh tak apalah, makan je. Baguslah makan. Ke, abang nak Azah masakkan apa-apa?" Tanya Azah yang sudah duduk di kerusi bersebelahan Hilmi.

"Tak, kejap lagi nak masuk, nak gosok gigi nak tidur dah. Sorry terkejut kan sayang. Sorry jugak sebab tak dengar Aakif merengek." Balas Hilmi.

"Eh tak lah. Dia tak bangun pun lagi. Tapi sebab dah kebetulan terjaga, buat je lah terus. Sekejap lagi mesti bangun." Jawab Azah.

"Nak?" Tanya Hilmi sambil menyua sepotong bahulu gulung berinti jem strawberi.

Azah pantas menggeleng.

"Tak nak. Nak buat susu je. Lepas tu nak tidur." Jawab Azah.

Buang tebiat sangat tengah malam macam ni makan makanan yang manis-manis.

"Okey, pergi buat susu. Abang tunggu. Kita masuk sama-sama." Beritahu Hilmi.

"Okey."

Elok sahaja mereka masuk ke bilik tidur, Aakif merengek seakan memanggil ibu atau daddy nya.

"Haaa, elok je kan masa dia bangun. Macam tahu-tahu jd susu dah siap." Komen Hilmi.

Azah tergelak kuat sehingga dia terpaksa menutup mulutnya. Botol susu disuap ke mulut Aakif. Mereka berdua masih berdiri di samping katil bayi itu.

"Kadang-kadang kan abang, Azah terfikir, kalau kita kahwin dulu, mesti anak kita dah ramai. Tak payah tunggu umur macam ni baru nak dapat anak." Azah bersuara tiba-tiba.

"Kalau-kalau itu kan, merupakan bisikan dari syaitan. Abang yakin sangat, apa yang Allah takdirkan pada kita adalah yang terbaik dah setelah kita berusaha sebaiknya untuk mendapatkan apa yang kita nak.

Kita je yang fikir, kalau kita terus kahwin kita akan bahagia. Sedangkan, ada beribu kemungkinan lagi akan apa yang boleh terjadi pada kita. Mungkin kita takkan kahwin pun, mungkin kita tiba-tiba jadi benci sesama sendiri. Kemungkinan tu banyak, sayang.

Tak perlu kita kenangkan apa yang bakal terjadi, tak perlu fikir pasal kalau begitu, kalau begini. Kita kan dah bahagia. Syukuri apa yang kita ada sekarang, moga-moga dengan bersyukur, Allah tambah lagi kebahagiaan kita." Belakang Azah diusap perlahan.

Dia akui, sewaktu berjuang bermati-matian untuk mendapatkan Azah dahulu, rasanya seperti itulah kemuncak cintanya. Rasanya itulah perasaan paling dalam yang pernah dirasainya. Rupa-rupanya, dia boleh mencintai Azah lebih lagi. Rupanya, Azah mampu membuatkan dia jatuh cinta berkali-kali.

Dengan syarat, kedua suami isteri perlu sentiasa jatuh cinta pada pasangan masing-masing. Sebab cinta selepas berkahwin, tidak seringan cinta tanpa komitmen. Cinta selepas berkahwin, datang bersama dengan komitmen, membuatkan cinta terasa berat. Ramai yang tidak berjaya memikul tanggungjawab ini. Menyebabkan terlerainya ikatan yang suatu masa dahulu diusahakan beria untuk dijadikan realiti.

"Jom kita tidur dulu, sebelum kena bangun semula pukul 6 nanti." Panggil Hilmi.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience