Rate

Bab 55 : Dengar

Romance Completed 402255

"Please, dah lah Azah tak nak dengar. Takkan kau pun nak larikan diri dari aku Madi." Rayu Hilmi.

"Aku ni kan, kalau ikutkan hati, nak pukul-pukul je kau. Nak tarik-tarik je telinga kau. Kau janji dengan Azah apa? Kau cakap, kau akan bahagiakan dia. Kau tengok keadaan dia sekarang.

Kau rasa dia bahagia ke sorang-sorang macam tu? Paling teruknya kau nak tahu tak apa? Aku lah salah satu manusia yang meyakinkan dia untuk terima kau. Sebab aku yakin kau takkan sia-siakan Azah.

Tapi sekarang ni, usaha aku yang sia-sia. Aku dah malu nak berdepan dengan Azah, sebab kau lah. Sebab aku salah sorang manusia yang menyumbang pada kesedihan dia." Madihah menghamburkan rasa marahnya.

"Please, dengar dulu. Ajak Shah, aku akan cerita semuanya. Aku janji kali ni tak ada tertinggal apa-apa dah. Then, kau nilai lah aku untuk apa yang aku dah buat. Aku tak ada niat lain. Aku sayang gila dekat Azah. Aku nak dia semula Madi. Please, tolong lah aku." Rayu Hilmi.

"Tak nak aku. Cukuplah Azah dah menderita. Kalau dia tak nak kau dah, kau jangan paksa dia. Tuduhan yang kau lempar pada Azah tu, kau tahu tak apa?" Tanya Madihah.

"Aku tahu. Mengikut undang-undang syariah, tu jenayah Qazaf. Aku ragu-ragu dengan status anak aku dalam kandungan Azah, aku pertikaikan nasab anak aku. Secara tak langsung, aku seolah dah menuduh Azah berzina.

Aku tak ada empat saksi yang boleh membenarkan tuduhan itu. Jadi, kalau ikutkan, aku boleh kena sebat dengan 80 sebatan kalau kes ini dibawa ke mahkamah. Aku tak sengaja Madi. Wallahi aku tak sengaja. Aku terlajak emosi. Aku serabut." Terang Hilmi.

"Kau tahu kan apa kesannya? Ada dalam Al-Quran Allah berfirman dalam surah An-Nur, ayat 4,

Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik (berzina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka untuk selama-lamanya. Kerana mereka itulah orang-orang yang fasik.

Aku rasa bukan saja-saja Azah tak nak bercakap dengan kau. Melainkan sebab Azah pun memang dah faham betul dengan ayat tu. Apa-apa yang kau cakap boleh disangsikan dah Mi.

Kau sangsi dengan status anak kau, itu pun adalah salah satu dari bukti kau tak hormat kan dia. Belum yang kau marah-marah dia. Cukup lah bagi dia luka dan sakit lagi Mi. Aku yang tak sampai hati nak tengok keadaan dia." Panjang lebar Madihah berhujah.

Kalau diikutkan, hampir sahaja dia kasihan kan Hilmi yang sudah merayu begitu. Tetapi dia perlu menghormati perasaan dan permintaan Azah dahulu, walaupun keduanya adalah sahabat dia.

"Please Madi. Kau dan Shah dengar je dulu apa yang aku nak cerita, lepas tu kau buat keputusan untuk tolong aku pujuk Azah atau tak." Rayu Hilmi lagi.

"Tengoklah, aku kena tanya Shah dulu bila dia free."

"Okey okey. Terima kasih Madi."

Alhamdulillah, diharapkan dengan kesudian Madihah mendengar keseluruhan ceritanya, akan membantu sedikit sebanyak usahanya memujuk Azah yang kini sudah tidak begitu lama menghampiri tarikh bersalin.

*****

"Madi tak nak masuk campur, awalnya macam tu lah. Tapi abang rasa macam mana?" Tanya Madihah.

"Tapi kalau Madi tak tolong, Madi akan jadi salah sorang dari mereka yang menyokong Azah bercerai?" Tanya Shahrul.

Madihah mengangguk laju.

"Serba salah jadinya. Tapi Azah tu dah terdera buat kali kedua." Luah Madihah.

"Abang rasa, tak salah pun untuk kita dengar dulu apa yang Hilmi nak cakap. Bab cerai ni, kita tak boleh main-main. Kalau betul mereka bercerai sebab tak diberi pilihan untuk menunjukkan usaha berbaik, kesian jugak kan?

Ini bukan kawan-kawan kita couple dengan orang yang tak baik untuk kita senang-senang suruh mereka putus. Ini perkahwinan. Tidak boleh sewenang-wenangnya kita suruh mereka cerai. Abang harap ada sinar bahagia untuk mereka berdua." Tutur Shahrul.

*****

Sementara menunggu Madihah dan Shahrul tiba dirumah mamanya, sempat Hilmi mencuba untuk menghubungi Azah. Seperti biasa, tidak berjawab. Paling teruk, kali ini Azah telah pun bertindak untuk mem block nombor telefonnya. Tidak dapat dihubungi terus.

"Hilmi." Sapa Shahrul.

"Shah, Madi. Terima kasih sebab beri aku peluang."

"Hmmmm, aku tak nak. Tapi Shah nak, jadi aku kena ikut apa yang syurga aku cakap. Kau lain lah. Kau ner..."

"Sayang...," Panggil Shahrul untuk mengingatkan Madihah supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang buruk.

"Sorry abang. Hmmm, cakap lah apa kau nak cakap."

"Okey, aku akan mula dari masa Azah dan aku kemalangan." Balas Hilmi.

"Wait, kau dengan Azah pernah kemalangan bersama?" Tanya Madihah.

"Aku yang menyebabkan Azah kemalangan. Sebenarnya aku sengaja buat dia kemalangan."

Madihah terkebil-kebil dengan riak wajahnya penuh kejutan. Sesuatu yang tak pernah dia ketahui selama ini

Apa yang Hilmi membebel ni?

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience