Rate

Bab 13 : Berubah

Romance Completed 402255

"Kenapa ayang tak sampai lagi ni?" Tanya Izzat sewaku jam menginjak hampir ke pukul 9 malam.

"Ohh, Azah kan tak pergi sana minggu ni. Azah ada program esok." Jawab Azah malas.

Kira dah cukup nasib baik lah aku nak jawab call kau ni Zat.

"Wait, kenapa tak cakap apa-apa pun?" Tanya Izzat bengang.

"Dah cakap lah minggu lepas." Balas Azah selamba.

"Minggu lepas? Bila?" Soal Izzat lagi.

"Masa kita keluar dinner dekat gerai yang dekat dengan rumah Azah lepas balik dari rumah bonda tu lah." Jawab Azah.

"Dah tu, tak boleh nak beritahu lagi sekali ke untuk ingatkan? Berat sangat mulut tu?" Marah Izzat.

"Azah tengah sibuk hias pentas untuk esok. Azah lupa. Sorry. Lagi pun, kan abang tak suka Azah beritahu banyak-banyak kali. Ulang banyak kali. Abang cakap serabut." Balas Azah dengan nada biasa.

"Azah sebenarnya nak balas dendam kan? Sebab apa yang bonda usik hari tu? Takkan lah macam tu pun nak ambik hati?" Marah Izzat.

"Tak ada nya nak balas dendam ke apa ke. Kalau dah Azah memang sibuk, nak buat macam mana. Bukannya Azah boleh tolak benda ni. Bukannya Azah boleh mintak pengecualian pun. Kerja kan." Azah mengurut pelipisnya, sakit kepala berdebat dengan Izzat.

Sakit kepala juga, sebab hampir setiap hari dia menangis tak sepanjang minggu ini. Kenapa? Minggu lepas, mereka berdua balik ke kampung Izzat. Kebetulan, mak long Izzat mengadakan kenduri aqiqah cucunya yang baru sahaja seminggu dilahirkan. Dalam keadaan terpaksa, walaupun tidak dimaklumkan lebih awal, Azah menurut sahaja untuk menghadiri kenduri itu.

Tak apa lagi. Tiada isu pun sebenarnya walaupun bonda Izzat memerli yang dia menunjukkan muka terpaksa mengikut padahal dalam hatinya tidak mahu pergi kerana sakit hati dengan anak mak long yang saban tahun melahirkan anak. Pulak! Sejak bila orang kisah dengan apa yang hati dia rasa?

Sungguh, sikit pun Azah tiada apa-apa rasa negatif. Malah dia tumpang gembira apabila dapat memangku bayi yang baru sahaja melihat dunia itu. Masih bersisa bau syurga padanya. Azan menelan air liur berkali-kali sebelum memberanikan diri meminta izin dari sepupu Izzat itu untuk mencium bayinya.

'Itulah, orang suruh beranak sendiri tak nak. Eh, bukan tak nak. Mandul agaknya. Dah tu bila tengok anak orang, mula menggeletik nak pegang lah, nak cium lah. Dasar tak reti malu'

Baby Nur Adnin itu dihulur semula ke pangkuan sepupu Izzat. Pedih dan sebak hatinya mendengarkan bait-bait yang keluar mulut bonda Izzat. Sampai hati bonda Izzat mengata dia begitu dihadapan saudara mara mereka yang ramai.

'Adik ipar Uteh tu ada yang baru balik dari luar negara tu kan? Dari Mesir ke, ke dari Jordan? Elok sangat rupanya. Ustazah lagi. Rasa macam nak risik-risik untuk Izzat.'

Mulut bonda masih belum berhenti menutur ayat yang menyakitkan hati Azah. Kalau diikutkan geram, mahu sahaja dijahit mulut itu dari terus-terusan membuat dosa mengata pelbagai kata-kata buruk yang menyakitkan hati Azah.

'Astaghfirullah hal azim. Tak payah lah kau ingatkan benda yang menyakitkan hati kau tu Azah. Kalau dia nak kahwin lagi pun, bagi je lah. Kau mintak fasakh. Tamatkan kisah hidup dengan jantan benak macam kuman tu.' Sempat Azah beristighfar sebelum dia fokus semula pada apa yang ditutur Izzat.

"Habis program pukul berapa esok? Sayang datang sana." Suara Izzat mula mengendur.

"Tak pasti. Kalau ikut jadual pukul 6.30 petang. Kalau kena drag, mungkin sampai malam." Azah menjawab sambil memberi alasan.

Berat hati mahu berjumpa dengan Izzat. Dia rasa lebih tenang bila bersendirian begini tanpa diganggu Izzat. Pelik kan? Orang lain mencari-cari peluang untuk menghabiskan masa dengan suami, tapi dia pulak, lagi lah nak lari.

"2 jam sebelum program habis, ayang call sayang." Pesan Izzat apabila mendengarkan suara Azah yang seakan tidak berminat lagi untuk menyambung perbualan mereka itu.

"Okey. Azah nak sambung kerja ni. Kejap lagi nak balik rumah. Bye. Assalamualaikum." Talian diputuskan sahaja tanpa menunggu balasan dari Izzat.

Izzat mendiamkan diri dan memerhatikan telefon yang ada ditangan kanannya. Kenapa Azah dah berubah?

Azah pula, sebaik sahaja talian diputuskan, telefon ditangan dia renung sahaja dengan pandangan yang kosong. Mujur Izzat menerima sahaja alasan yang diberi. Yang sebenarnya, pentas kecil untuk program esok telah pun disiapkan oleh para pelajarnya yang ringan tulang membantu.

Dia sekarang sedang bersenang lenang di atas katil menonton cerita Bollywood, siap pakej bernyanyi lagi di komputer ribanya. Seketika kemudian, Azah mencapai telefonnya dan menaip sesuatu.

Ayang : Assalamualaikum abang. I need some time off, from you. Boleh tak abang stop call dan WhatsApp Azah? Bila Azah ready, Azah sendiri yang akan call abang. Thank you.

Izzat yang baru sahaja mahu melelapkan mata terus terbangun dari katil. Tanpa menunggu lama, terus sahaja nombor Azah di dail. Namun hampa. Tiada jawapan.

Kenapa dengan Azah? Nampaknya esok dia perlu bertolak ke Petaling Jaya lebih awal.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience