Rate

Bab 39 : Beri

Romance Completed 402255

'Kak Sya..., dia..., dia..., lemaskan diri dalam bath tub.'

'Entahlah, Kak Sya lemaskan diri, atau terlemas. Masa mama sedar Kak Sya lama sangat dalam bilik air, mama terus telefon papa sambil mintak Kak Sya bukak pintu. Papa yang pecahkan pintu tu. Kak Sya pulak, masih lengkap berpakaian. Tenggelam, tak bernyawa lagi dah.

Imi tak pernah tanya mama apa keputusan post-mortem. Mama pun tak nak cakap pasal Kak Sya lagi. Sebab dia terlalu sedih. Gambar-gambar kami yang ada Kak Sya, semua mama simpan dalam satu kotak.'

'Izzat is capable of doing a lot of bad things. Selagi dia tak dapat apa yang dia nak, dia akan terus usahakan sampai dia dapat. Imi tak nak Azah jadi sasaran dia lagi dah. Imi rasa lagi selamat kalau Azah dekat dengan Imi setiap masa. Please Azah, kalau nak Imi cakap dengan abah Azah pun tak apa.' Pujuk Hilmi lagi.

Satu demi satu apa yang keluar dari mulut Hilmi berlegar-legar dalam kepala Azah. Nantilah telefon abah, bincang. Jujurnya dia takut juga, memikirkan apa yang bakal dilakukan oleh Izzat, apatah lagi tiba-tiba Izzat menunjukkan "minat" tentang hal urusan hidupnya.

*****

Sentuhan pada bahu kanannya membuatkan Azah yang sedang menikmati makan tengaharinya bersendirian di gerai yang terletak di IM 2 itu lekas berpusing untuk melihat siapakah gerangan manusia yang menyapanya.

"Uhukkk..." Laju tangannya mahu mencapai gelas berisi air sejuk untuk melegakan perit tersedak, namun diambil oleh Izzat terlebih dahulu.

"Ayang nak air ya? Kesian ayang tersedak." Lagaknya bagaikan manusia psiko dengan senyuman yang sukar diteka apa maksudnya.

"Ayang, kita kahwin semula nak tak? Rindulah nak jadi suami ayang."

Izzat betul-betul dah gila. Degup jantung Azah kini laju menggila. Azah capai tisu di hadapannya. Dia yang masih lagi terbatuk berdehem beberapa kali untuk melegakan tekak.

"Nah minum lah air ni..." Gelas air itu diserahkan semula kepada Azah.

Laju sahaja Azah menyambutnya. Air itu diteguk beberapa kali.

"Kita kahwin semula okey? Rindulah dekat Azah." Rayu Izzat.

"Jangan buat gila lah Izzat. Isteri dengan anak-anak kau yang bersusun macam tangga tu kan dah ada." Balas Azah.

Dia bangun dan berlalu dari meja itu, terus ke kaunter bayaran. Seleranya mati bila berhadapan dengan Izzat begini. Ada juga rasa takutnya apabila teringatkan kejadian yang menimpa kakak Hilmi. Izzat pula tetap sahaja menuruti langkahnya hingga ke kereta.

"Isteri tu pilihan bonda. Tak best lah dia. Suka mengadu pada bonda. Hal kecik pun nak mengadu. Tak pandai langsung jadi isteri. Lepas tu dia suka beranak. Abang tak suka budak kecik. Abang suka Azah. Azah baik." Puji Izzat.

"Tapi aku tak suka kau." Pendek sahaja jawapan Azah.

"Hilmi tu jahat, tahu tak? Keluarga dia pun semuanya jahat-jahat. Kenapa Azah nak pilih orang jahat, hmmm?" Tanya Izzat.

"Jahat lagi manusia yang sebarkan fitnah pasal kakak Hilmi." Jawab Azah laju.

"Kakak Hilmi? Hmmmm, awalnya Hilmi cerita rahsia keluarga dia dekat Azah. Tu bukan jahat sayang. Siapa suruh mereka mainkan hati abang. Abang balaslah balik. Biar mereka faham betapa sakitnya hati abang tengok Haneesya bahagia tanpa abang."

"Dah lah, aku nak balik." Pintu kereta cuba ditutup namun ditahan oleh Izzat.

"Abang janji, kali ni, kalau kita kahwin, abang bagi sayang mengandung. Apa je yang sayang nak, abang beri." Bisik Izzat.

Azah tercengang. Bagi mengandung? Apa yang Izzat cuba sampaikan ni?

"Oppss, I said too much already. Jumpa lagi nanti ya sayang! Bye. I love you." Satu flying kiss dihadiahkan kepada Azah.

*****

"Abah ikutkan aje Azah dan Hilmi." Beritahu Ghani.

"Majlis lambat sikit pun tak apa ke?" Tanya Azah.

"Tak apa. Asalkan Azah selamat dari gangguan Izzat. Abah tak nak nanti isteri dan bonda dia cakap Azah yang kejar Izzat tu lagi."

"Ibu macam mana?"

"Pandai lah abah uruskan. Jangan fikir sangat. Kiranya, tak jadi merisik, nak terus nikah lah ni kan? Kamu siapkan urusan kamu, abah siapkan urusan sini."

"Abah, abah ada tahu apa-apa ke lepas Azah cerai dengan Izzat?" Tanya Azah yang kehairanan kerana mudah sahaja abah izinkan.

"Errrr, ada orang datang rumah ni. Azah, nanti abah telefon semula. Ya? Kirim salam pada keluarga Hilmi. Assalamualaikum."

"Okey abah. Waalaikumussalam."

Baru sahaja mahu meletak telefonnya, ada panggilan masuk. Melihatkan nombor yang tidak dikenali Azah mengerut kening. Siapa? Kalau pelajarnya, mereka akan menghantar pesanan WhatsApp sebelum menghubunginya. Mungkin penting, Azah jawab sahaja.

"Hai sayang!" Si gila rupanya, terus Azah matikan panggilan itu.

Telefon berbunyi buat kali kedua dibiarkan Azah. Beberapa kali begitu, Izzat tidak lagi menghubunginya. Lega! Namun melihatkan nombor telefon yang sama menghantar WhatsApp, Azah terdiam. Namun dia buka sahaja WhatsApp itu.

~Sibuk eh? Tak apa, abang call nanti.~

Hampir tercampak telefon ditangannya. Sah, memang Izzat dah gila!

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience