Rate

Bab 52 : Giant

Romance Completed 402255

~4 bulan kemudian~

Hilmi berteleku lama di dalam keretanya. Siapa sangka, selepas tujuh bulan menjadi suami Azah, dia kembali ke tabiat lamanya. Mengendap Azah selepas waktu kerjanya. Hari ini, selesai kerja, Azah terus memandu menuju ke pasaraya Giant. Hilmi mengikutinya dari belakang.

Melihat Azah lincah berjalan, tidak percaya kandungannya sudah pun berusia 7 bulan. Entah apa yang mahu dibelinya, hingga jauh ke sini Azah menjejakkan kaki. Troli ditolak perlahan, menikmati masanya sendiri. Adakalanya Azah menilik senarai yang ada ditangannya.

Maggie kari dicapai. Kemudian, yang perisa tom yam pula. Eh? Perisa ayam pun ambik? Amboi, banyaknya makan Maggie, omel Hilmi. Menolak troli menuju ke bahagian sayur-sayuran dan buah-buahan. Ditinggalkan sahaja troli berdekatan Restoran Uncle Jack di dalam pasaraya itu sementara dia mencari kek Japanese Cotton Cheese yang sudah lama diidamkan tekaknya.

Hilmi pula, secara senyap-senyap menggunakan kesempatan itu untuk mengambil ketiga-tiga bungkusan Maggie itu dan dikembalikan ke rak nya semula. Azah masih ralit menilik buah-buahan di rak sejuk. Beberapa kotak strawberi, blueberi dan kiwi di bawa ke troli. Sedikit pun dia tidak sedar Maggie nya sudah hilang.

Selesai mengambil semua barang keperluan, Azah menolak troli perlahan ke arah kaunter pembayaran. Barang diangkat satu persatu dan diletakkan di atas conveyer.

"Semuanya RM158.65." Beritahu juruwang itu.

"Okey. Sekejap ya, saya ambik kad." Tangannya masih mencari kad Visa Maybank nya.

Alamak, mana eh? Jangan cakap dalam kereta. Ya Allah, macam betul je tertinggal dalam kereta ni. Beg duitnya diselongkar lagi, mencari kalau-kalau ada duit yang di selit-selit. Ada sekeping RM50, dua keping RM20, dan beberapa keping duit syiling. Tentulah tak cukup ni!

"Errr, saya..."

"Guna kad ni." Pintas Hilmi sambil menghulur kad ke arah juruwang tersebut.

Azah sudah masam mencuka. Berbulan tak jumpa, tiba-tiba muncul depan mata. Drama apa pulak yang kau nak persembahkan kali ni Hilmi?

Hilmi membantu mengangkat barang-barang di dalam plastik itu dan di letakkan di dalam troli semula. Dia menolaknya perlahan menuju keluar, mengikuti Azah dari belakangnya. Azah sempat singgah di pintu keluar itu, membeli ais krim kegemarannya.

"Bayarkan untuk abang jugak sayang!" Hilmi sudah mengambil satu ais krim Cornetto berperisa Vanila.

Azah mengetap bibir. Selamba lutut kau je kan suruh aku bayar.

"Dia bayar sendiri tau. Saya tak kenal dia." Beritahu Azah pada juruwang yang menjaga tempat ais krim itu, juruwang itu hanya mengangguk sahaja.

Pelik dengan ragam dua pelanggan ini. Tetapi, itu bukan masalah dia. Asalkan bayar sudah. Nak gaduh sampai ke langit pun tak apa. Hilmi mengeluarkan duitnya dan membayar ais krim itu. Marah lagi ni. Masih tak boleh main-main lagi, tak boleh dibawa bergurau lagi.

"Abang bayar barang sayang seratus lebih tau. Mintak bayar ais krim sebagai upah pun tak boleh. Sampai hatiiiii." Tegur Hilmi sambil melawak walaupun akhirnya dia malu sendiri apabila Azah tidak memberi apa-apa reaksi.

Azah menahan diri dari bersuara. Dia cuma berjalan laju kearah keretanya. Bonet dibuka. Troli ditarik mendekati kereta supaya mudah dia mengisi barang ke dalam kereta.

"Abang angkat. Sayang mana boleh angkat barang lagi dah." Tangan Azah dihalang dari mengambil barang didalam troli itu.

Suka hatilah, nak sangat angkat kan? Haaa angkat semua. Kalau tertinggal siap, aku piat telinga kau.

"Hari ni sayang nak masak apa? Macam banyak je beli ni." Tanya Hilmi.

Azah masih begitu. Berdiam diri.

"Abang tumpang makan boleh? Dah lama tak makan masakan sayang. Rindu pulak." Sambung Hilmi lagi.

Azah mencebik, jangan harap lah aku akan terbuai dengan tiap bicara manis kau yang bagaikan selumbar bisa, kau tanam di jiwa tak terlihat oleh pandangan matamu! Eh sorry, termenyanyi lagu Tokti pulak.

Sebaik Hilmi melangkah mahu meletakkan troli di tempat yang disediakan, Azah menutup bonetnya kuat. Alamak! Marah marah jugak Azah, ni kereta kau ni, tak habis bayar lagi tau. Bukan kereta manusia yang kau tengah marah tu. Azah masuk sahaja ke dalam kereta.

Tanpa menunggu lama, dia terus sahaja memandu keluar dari perkarangan tempat letak kereta Giant itu, meninggalkan Hilmi yang masih memegang troli itu. Azah, hmmmm, susahnya nak mintak maaf dan dimaafkan, ya?

*****

Sebaik sahaja tiba dirumah sewanya di IM2, Azah membawa kesemua barangnya masuk kedalam rumah dan dibawa ke dapur. Barang-barang dapur itu disusun ditempatnya. Eh, macam ada yang kurang je? Senarai dikeluarkan dari dalam beg. Setiap satunya diteliti. Hmmmm, Maggi tak ada. Rasa macam dah ambik tadi?

Nantilah beli semula. Macam mana boleh lupa? Rasa macam dah ambik, tapi bila balik, tak ada pulak. Semenjak dah makin sarat ni, makin pelupa pulak. Bahaya betul. Ada satu kali, kunci rumahnya tergantung pada gril besi pintu masuk utama sehingga ke pagi. Mujur tiada apa-apa kejadian buruk yang berlaku.

Piza yang diberi oleh Kak Siha dibawa ke ruang tamu, Azah mengambil tempat di sofa dan satu potongan piza digigit sebelum diletakkan semula didalam kotak. Memang tepat keputusan dia membeli barang dapur hari ini walaupun sudah ada piza yang dibeli Kak Siha. Kepenatan membeli barangan dapur membuatkan dia malas memasak hari ini. Cukuplah dengan piza ini.

Tudungnya dibuka dan diletakkan di sebelah. Jam dinding menunjukkan masa 6.45 petang. Boleh lah rehat sekejap sebelum maghrib sekejap lagi. Namun beberapa minit kemudian, Azah sudah pun terlelap.

Azah membuka matanya apabila namanya dipanggil berulang kali. Penat lah, apa kejut-kejut orang yang tengah sedap tidur ni? Matanya yang masih terpejam itu dibuka malas. Hmmmm, Hilmi datang. Mata itu dipejamkan semula. Eh, Hilmi datang? Matanya yang dibuka semula itu membulat sebaik sahaja pandangannya menjamah wajah Hilmi.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience