Rate

Bab 81 : Balasan

Romance Completed 402255

"Takut sikit abang tengok sayang tadi." Luah Hilmi yang sedang memakaikan baju Aakif selepas selesai mandi.

"Hahaha. Ya Allah, kenapa nak takut?" Tanya Azah yang sudah terkekeh gelaknya lagi.

"Yelah, tenang sangat. Lepas tu sayang bercakap panjang jeeee macam tak bernafas. Abang pulak yang tolong bernafas tadi." Jawab Hilmi.

"Habis, dah tu sayang geram sangat. Selamba je dia datang, lepas tu nak kutuk-kutuk orang. Ikutkan hati sayang nak je belasah dia, tapi mana boleh. Sayang kena lah jaga nama baik abang." Balas Azah pula.

"Kalau sayang dah boleh bertegas macam ni, abang tak ada apa-apa yang abang perlu risaukan sangat dah. Kita cuma perlu luangkan masa untuk berbahagia je. Kan?" Usik Hilmi.

"Terima kasih jugak sebab tolong siapkan Aakif. Jangan separuh jalan je tau. Aakif ni banyak masa lagi perlu dimandikan, dan dipakaikan baju." Usik Azah kembali sambil tergelak.

"Insya Allah tak, tapi kalau abang lupa, sayang jangan segan silu nak ingatkan abang. Lelaki dan sifat pelupa ni berpisah tiada." Sahut Hilmi pula.

"Tapi nak cakap segan lah, nanti orang cakap arah-arahkan suami pulak." Tutur Azah.

"Nak segan kenapa? Cakap je baik-baik. Orang lelaki cepat je cair dan kalah tau kalau isteri mintak tolong baik-baik. Kalau cakap sambil marah-marah, adakalanya tak masuk dalam telinga.

Tapi kalau cakap baik-baik, zapppp, terus sampai ke sudut hati paling dalam. Nak menjawab pun tak mampu." Bisik Hilmi sambil memandang tepat ke mata Azah, membuatkan Azah pula yang tersipu-sipu.

"Dah tu abang bocorkan rahsia ni, tak takut ke kalau sayang cakap baik-baik untuk gunakan abang supaya abang selesaikan semua kerja rumah?" Tanya Azah pula.

"Tak langsung. Sebab abang nak sayang ingat, perkahwinan bukan tugas satu pihak je untuk kekalkan kebahagiaan dengan keharmonian tu. Tugas dua-dua. Kena banyak bertolak-ansur. Tapi bukan sampai membiarkan suami atau isteri membuli.

Kalau sebelah pihak je yang banyak bertolak-ansur, takut lama-lama nanti sebelah pihak itu terasa seperti ditolak beransur-ansur. Rumahtangga ni pun kena banyak give and take. Kalau sebelah pihak je yang banyak give, takut lama-lama dia give up.

Abang nak dapatkan sayang punyalah susah. Tapi sikap lelaki ni kan pelupa. Jadi, as time goes by, dia lupa dia struggle macam mana waktu nak dapatkan isteri dia dulu, susahnya macam mana. Abang harap abang tak lupa, abang sentiasa doa semoga abang tak lupa menghargai sayang, sebab nak dapat sayang ni, Allah je yang tahu macam mana susahnya.

Cuma, kalau abang lupa, ingatkan abang. Jangan jemu ingatkan abang. Jangan bosan nak sayangkan abang. Okey? Kalau ada apa-apa kita bercakap. Abang dah serik sangat bab berkomunikasi ni. Sebab hampir je nak hilang sayang."

Baru sahaja Azah mahu membuka mulutnya, kedengaran bunyi kereta mama dan papa Hilmi diluar rumah. Terus terlupa apa yang mahu diucapkan.

"Alamak, mama dah sampai tapi sayang tak mandi lagi. Abang bawak Aakif keluar dulu ya. Sayang mandi sekejap."

"Okey, take your time. Rileks je, sempat lah abang hidangkan makan tengahari sayang dulu sementara sayang siap mandi. Come Aakif, kita sambut tetamu dan pengasuh Aakif yang tak bertauliah Acu Hannah tu."

*****

"Tak payah nak sakitkan kepala cari jalan lain, awak pun tak boleh nak guna modal tu dah haaa, Ghani dah bayar habis hutang awak anak-beranak tu." Kopiah yang dipakainya dibuka, dan diletakkan di atas meja kopi di ruang tamu rumah itu.

"Abang cakap senang lah. Abang tak sayang anak. Ni, Ayu pergi jumpa dorang laki bini pun tak di layannya. Macam-macam pulak di hambur pada menantu kita. Tak ada ke rasa nak bela maruah si Ayu ni?" Tanya Maimunah garang.

"Tak, masalahnya sekarang ni siapa suruh dia memandai pergi jumpa Azah dengan suami dia tu? Nak merayu? Tak payah. Biar je Izzat dalam tu. Biar dia reti sikit. Masa ada dianiaya nya isteri tu.

Ayu ni pulak, masa kahwin dengan laki orang dulu, ada fikir tak? Ada ke Azah tu datang merayu? Manusia ni, macam ni lah, masa dia buat orang, tak difikirnya. Bila orang buat sikit, eh melenting macam singa kena kejut bangun dari tidur." Perli Izam keras.

"Sekarang ni siapa nak sara Ayu dengan anak-anak? Ayah cakap senang lah. Sibuk nak sebelahkan bekas menantu tu." Lawan Ayu pula.

"Allah, setakat kau empat beranak tu aku mampu lagi nak bagi makan. Dah aku yang nak Izzat duduk dalam penjara tu, aku lah yang kena bertanggungjawab, ambik alih." Balas Izam.

Maimunah dan Ayu terkulat-kulat dimarahi begitu oleh Izam.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience