Rate

Bab 23 : Terdera

Romance Completed 402255

"Izzat, saya tak nak awak lah. Awak cakap apa dekat ibu sampai ibu fikir kita bercinta? Sedangkan kita langsung tak pernah bercinta." Hambur Azah.

"Tapi kan Azah yang cakap, bila balik dari Manchester Azah nak terima abang." Balas Izzat.

"Eh bila masa? Saya tak ada pun cakap macam tu. Saya cuma cakap saya akan pertimbangkan. Tapi awak langsung tak tanya saya apa-apa, terus cakap dekat ibu benda bukan-bukan, lepas tu buat ibu terima lamaran awak. Saya tak suka." Marah Azah lagi.

"Azah, abang tunggu Azah lama tau. Boleh tak jangan buatkan penantian abang tu sia-sia?" Izzat mula meninggikan suara.

Hey, aku yang patut marah sekarang ni. Kenapa kau pulak yang nak tinggi suara Izzat?

"Ada ke saya suruh awak tunggu saya? Saya dah cakap, saya tak pernah suka dekat awak. Lagi awak buat perangai macam ni, lagi lah saya tak suka. Saya tak suka dipaksa.

Sekarang ni, tolong lah call ibu saya, cakap yang awak nak batalkan semua ni. Saya tak nak kahwin lagi. Saya nak kerja. Saya nak buat banyak benda lagi.

Tolong lah Izzat. Makin awak paksa makin saya tak nak. Makin susah saya nak suka awak." Azah tanpa rasa malunya sudah teresak menangis.

Dalam fikirannya sekarang hanya ada Hilmi. Imi, tunggu Azah tau. Azah akan baiki keadaan dan situasi kita ni, tapi Imi kena tunggu. Please, jangan give up untuk tunggu Azah.

*****

"Tak ada jodoh Mi, bukan kita yang tak usaha. Jangan lah kacau Azah tu lagi. Dia dah jadi tunangan orang. Berdosa kacau tunang orang Mi." Pujuk Sharif.

Sejak 2 minggu yang lalu, sejak risikan Zainab ditolak kerana Azah telah ditunangkan, Hilmi berkurung sahaja dalam bilik tidurnya. Matanya sentiasa basah. Sehingga sekarang, masih bengkak teruk. Makannya entah kemana. Azah juga tidak dapat dihubungi. Hanya 1 mesej pendek yang Azah hantar.

Love : Tunggu Azah. Kalau pun kena lari, kita lari. Ya?

"Mi, Mi ada mama lagi. Mama yang tengah susah hati bila Mi jadi macam ni. Setahun mama berjauhan dengan Mi, takkan bila balik Mi nak biar mama macam tu. Bangun, keluar dari bilik ni.

Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang takkan mampu kita tanggung. Mi anak papa yang kuat. Mama dah pernah hilang kak ngah Mi. Takkan Mi nak mama hilang Mi jugak?" Belakang Hilmi diusap perlahan.

Melihat anak lelakinya yang dibesarkan dengan sepenuh kasih sayang berada dalam keadaan begini, gugur juga air mata lelakinya. Lemah, kerana hilangnya cinta yang selama ini disimpan di dalam hati.

"Mi nak Azah." Serak suaranya menggumam disebalik bantal.

"Papa tahu. Tapi Mi kuat. Azah tak ada, tapi Mi kan ada keluarga lagi. Sebagaimana sakitnya perasan Mi sekarang, perit lagi mama papa tengok Mi macam ni. Mama tu berganda sedihnya Mi.

Bayangkan anak yang dia jaga, tatang dengan penuh kasih sayang menderita macam ni. Mi bersedih macam ni, takkan dapat ubah apa-apa hakikat yang Azah tu dah jadi tunang orang.

Redalah Mi, lepaskan dia dari hati Mi. Doa banyak-banyak." Hilmi yang tiba-tiba bangun dan memeluknya erat, Sharif peluk semula.

Erat.

"Mungkin Mi rasa nak bawak dia lari, tapi dia perempuan Mi. Perlukan wali dia. Jangan rampas hak itu dari ayah dia. Ya? Perkahwinan adalah satu ikatan yang sangat suci.

Perlukan restu kedua keluarga. Reda, insya Allah, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik." Pujuk Sharif lagi.

"Mi nak Azah. Azah dah cukup baik bagi Mi." Hilmi sudah tersedu sedan menangis.

"Baiknya nilaian sesuatu untuk kita tu, bukan dari kaca mata kita yang cuma manusia ni Mi. Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Sebab tu, kita kena mintak petunjuk dari Allah untuk segala sesuatu yang kita nak. Sentiasa doa semoga Allah beri yang terbaik. Jadi, bila seseorang itu Allah jauhkan dari kita, mungkin Mi dan dia belum cukup baik untuk sesama sendiri.

Makanya kita kena yakin ada hikmahnya bila jadi begini. Mi takkan nampak sekarang, tapi di masa akan datang Mi akan nampak. Mi kuat, Mi anak papa yang hebat. Mustahil dengan dugaan macam ni Mi dah lemah." Belakang Hilmi ditepuk.

"Sakit pa. Mi sakit. Mi tak mampu!" Luah Hilmi yang kembali menangis bagaikan budak kecil.

"Papa tahu, walaupun papa tak pernah lalui, tengok Mi pun dah cukup sakitkan papa jugak. Tapi insya Allah, lama-lama sakit tu akan hilang. Doa banyak-banyak."

*****

"Azah tak nak, kenapa ibu nak paksa? Ibu ingat kalau ibu paksa Azah terima Izzat, Azah akan bahagia?" Soal Azah.

"Nurazah, jangan tinggi suara dengan ibu." Tegur Ghani tegas.

"Abah, Azah tak nak. Macam mana Azah nak fahamkan abah dengan ibu yang Azah tak nak Izzat?"

"Azah nak jatuhkan air muka abah dengan ibu ni ke? Sanggup? Sanggup dengar orang cakap bukan-bukan pasal abah dengan ibu sebab dah mungkir janji?" Tanya Ghani garang.

Kecut perut Azah dibuatnya. Tapi dia perlu mencuba, kan? Hilmi sedang menunggu dia. Azah tahu, Hilmi takkan mungkir janji.

"Samada Azah kahwin dengan Izzat dan pada masa yang sama bahagiakan ibu abah sebab tak perlu mungkir janji. Atau Azah boleh pergi kahwin dengan Hilmi tu, tapi anggap lah Azah dah jadi anak yatim. Setitik air susu pun ibu tak halalkan."

"Ibu!"

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-08-13 15:33:34 

next please best pulak moga azah n ilmi berbahgia


NovelPlus Premium

The best ads free experience