Rate

Bab 22 : Terima Ke Tak?

Romance Completed 402255

2 minggu kemudian.

Cincin dalam kotak baldu merah pemberian Hilmi itu Azah tilik lagi. Kata Hilmi, usia cincin ini sudah hampir 7 tahun. Tak sempat diberi oleh Hilmi disebabkan satu kejadian yang berlaku sebaik sahaja mereka balik dari UK. Boleh dikatakan, belum sempat hilang jetlag mereka ketika perkhabaran itu diterima.

Azah tarik nafas panjang. Terima, atau tak? Jujurnya, nak, tapi takut. Hilmi ni, buat orang susah hati je tau tak.

"Azah?" Panggil Madihah perlahan.

"Ya Madi?"

"Tengah fikir lagi?"

"Ha ah. Rasa was-was nak terima. Nak, tapi pada masa yang sama, Azah takut."

"Terima lah dia Azah. Madi tahu, dia boleh bahagiakan Azah. Macam dulu-dulu."

"Tapi Azah malu. Sebab apa yang jadi antara kami dulu tu. Bukan sekali Azah kena hadapi situasi kekok dengan Hilmi. 2 kali. Aduhai, setiap kali teringat rasa nak sorok muka dalam tanah macam burung unta tu." Luah Azah.

"Dua kali?" Tanya Madihah.

Azah mengangguk.

"Apa yang jadi sebenarnya Azah? Sampai sekarang, Madi masih tak tahu apa yang jadi sampai Hilmi dan Izzat boleh bertumbuk tu." Tanya Madihah lagi.

Okey, flashback mode on!

*****

Julai, 2010.

Setelah tamat majlis graduasi, mereka keluar berjalan berdua sehingga malam. Melihat bandar yang kelihatannya seperti sentiasa hidup. Lagi pun, tak lama lagi mereka akan meninggalkan negara ini. Entah bila akan datang semula.

"Balik Malaysia nanti, Imi pergi jumpa keluarga Azah, ya?"

"Imi tak takut?" Usik Azah sambil ketawa.

"Rugi kalau takut nak berdepan dengan keluarga Azah. Nanti Imi tak dapat Azah." Jawab Hilmi selamba, padahal hatinya sudah bagaikan gendang yang dipalu.

"Mengada!"

"Mengada dengan Azah je. Azah, terima kasih sebab bagi Imi peluang untuk happy dengan Azah. Kita bahagia sama-sama, ya?" Tangan Azah yang bersarung mittens itu dicapai dan digenggam erat.

"Insya Allah. Imi doakan yang terbaik, semoga semuanya pun berjalan dengan lancar. Okey?"

"Azah, nanti bagi nombor telefon abah dan ibu, ya? Imi nak bagi pada mama papa. Seminggu lepas sampai Malaysia, mama papa pergi merisik ya. Lepas tu kita terus tunang.

Imi tak sabar nak kenalkan Azah pada family Imi. Cuma Imi nak bagi amaran awal-awal, adik Imi tu clingy sangat-sangat sebab Imi darjah 5 baru dapat adik. Erghh, Imi patutnya jadi anak bongsu tau. Tapi dirampas dia pulak." Bebel Hilmi.

"Manja! Hahahaha."

"Nasib baik ada Azah. Lepas ni Imi manja dengan Azah je. Yeayyy!"

"Imi, Azah nak tanya je ni. Katakanlah, kita tak ada jodoh. Apa perancangan Imi?" Soalan yang tidak disangka-sangka keluar dari mulut Azah.

"Hmmmm, susah nak jawab soalan ni. Tapi untuk Imi, kalau tak ada Azah, tak ada yang cukup sempurna untuk Imi." Pendek dan yakin sahaja jawapannya.

"Then I'm sure, that you are the one for me." Balas Azah.

*****

Ogos 2010, Kota Bharu, Kelantan.

"Semalam, ibu dapat panggilan telefon dari orang yang merisik Azah." Azlinda membuka cerita.

"Oh ya? Awalnya mereka telefon." Terasa berbunga hatinya apabila Hilmi tidak menunggu lama untuk mengotakan janjinya.

"Mereka cakap nak datang minggu depan untuk merisik secara rasmi. Lepas tu bertunang. Ibu suruh buat sekali gus, tak payah lah mereka datang banyak kali.

Jimat masa dan kos-kos lain. Ibu dah terima tau. Azah jangan nak mungkir janji. Pihak lelaki sendiri cakap Azah dah janji dengan anak mereka." Nasi kerabu berlaukkan kambing bakar disuap ke mulut lagi.

"Okey ibu. Memang Azah dah janji. Tak apalah kalau macam tu. Azah ikut je mana yang ibu rasa okey." Sempat jarinya memegang loket rantai pemberian Hilmi sambil tersenyum bahagia sebelum teh panas disisip perlahan.

Manis. Terfikirkan Hilmi, bertambah manisnya. Bertambah rasa bahagia.

"Alhamdulillah lega rasanya hati ibu. Kita orang perempuan ni nak kahwin, biarlah dengan orang yang lebih tua dari kita. Dengan orang yang dah bekerja. Barulah terjamin hidup. Cerah masa depan." Sambung Azlinda.

Dah kerja? Tapi Hilmi belum kerja lagi. Lagi tua? Hilmi sebaya Azah je lah ibu. Berderau darah Azah. Jangan-jangan, orang yang ibunya maksudkan adalah orang yang berbeza dari dalam fikiran Azah. Ya Allah, harap nya tak!

"Izzat cakap nanti maklumkan pada dia semula berapa hantaran dan mas kahwin yang dia kena bawak. Warna baju masa merisik dan bertunang nanti pun beritahu awal-awal. Mudah nak cari yang sama warna."

Sebaik mendengar nama Izzat meniti di bibir ibunya, Azah tahu yang ibunya sudah tersalah orang. Ayat yang di belakang itu, sudah tidak masuk ke dalam telinganya.

"Ibu cakap Izzat? Tapi Azah tak bercinta dengan Izzat. Betul ke Izzat? Bukan Hilmi?" Soal Azah bertubi-tubi.

"Izzat, bukan Hilmi. Hilmi telefon lepas Izzat, masa tu ibu dah terima Izzat. Sebenarnya, Hilmi telefon dulu. Tapi ibu tak sempat jawab sebab ibu masuk tandas ambik wuduk. Lepas solat, Izzat telefon, ibu cakap dengan bonda Izzat, terus terima lah.

Azah dengan Izzat pun dah kenal lama, kan? Dah bawak Izzat jumpa ibu, jumpa abah. Lepas Izzat letak telefon, Hilmi telefon. Ibu terpaksa tolak lah lamaran dari mama Hilmi tu." Jawab Azlinda tanpa rasa bersalah.

"Ibu! Kenapa ibu terus setuju? Kan ibu kena tanya Azah dulu. Ya Allah, ibu, Azah tunggu Imi. Bukan Izzat. Azah kenal Imi lagi lama dari Azah kenal Izzat. Azah tak suka Izzat. Azah sayang Imi." Bantah Azah.

"Nurazah, jangan kurang ajar nak tinggi suara dengan ibu. Ibu cakap ibu dah terima Izzat, maksudnya keputusan ibu dah muktamad. Ibu pilih Izzat yang dah stabil tu. Bukan Hilmi yang terkontang-kanting baru nak mula hidup.

Nanti nak makan apa? Pasir?" Sinis sahaja kata-kata dari mulut Azlinda.

"Tapi ibu, Azah tak ada apa-apa perasaan pada Izzat." Bantah Azah lagi.

"Ibu dah terima. Dah janji dengan bonda Izzat. Azah jangan nak malukan ibu, jangan nak jatuhkan air muka ibu dengan suruh ibu mungkir janji. Perasaan semata tak cukup untuk mendirikan rumahtangga."

Ya Allah, ibu!

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience