Rate

Bab 58 : Ganti

Romance Completed 402255

"Hah? Tak dapat? Kau buat kerja macam mana?" Tanya Kimmy.

"Bukan sengaja. Lelaki mana entah, naik motosikal acah-acah hero Hindustan datang kejar aku yang baru je nak buat kerja tu." Jawab Efron.

"Dah tu, macam mana ni?" Tanya Kimmy.

"Entah, kau tanyalah laki dia tu dulu nak kena buat apa. Serabut betul. Lelaki yang kejar aku tu, aku dah settlekan. Nak sangat jadi jantan, dalam mimpilah. Sebab lepas ni aku bagi dia jadi pondan selama-lamanya pulak." Efron tergelak kuat.

Kimmy masih tidak dapat menangkap apa yang dilakukan oleh Efron. Makanya dia hanya berdiam diri dan memerhatikan Izzat yang masih lena tidurnya di hadapannya ini. Terlalu lena sehinggakan telefonnya yang berbunyi juga tidak di hiraukan.

"Okey lah. Nanti aku call balik." Balas Kimmy.

"Okey. Selagi tak ada apa-apa, aku tak nak bising-bising sangat. Takut kena kutip dengan abang baju biru gelap." Balas Efron.

"Okey, tunggu je arahan seterusnya." Balas Kimmy.

Mengikut perancangan mereka, wanita yang merupakan isteri Izzat itu akan diculik untuk dijadikan korban mendapatkan buah pinggangnya bagi adik Kimmy yang perlu menjalani proses dialisis tiga kali seminggu. Gila kan? Tetapi Izzat yang sukarela menawarkan isterinya.

"Izzat, oiii Izzat, bangun. Kes bini kau ni macam mana?" Tanya Kimmy.

Izzat yang separuh khayal itu terpisat-pisat! Dia yang tadinya membuka mata, memejamkan mata semula.

"Entahlah. Aku pun tak jumpa dia lagi lepas dia accident tu." Balas Izzat.

"Dah tu, deal kita macam mana?" Tanya Kimmy.

"Lahhhh, pandai-pandai kau lah. Aku tukang bagi je. Kau yang kena fikir macam mana nak tangkap dia. Benda orang bagi free pun nak banyak bebel." Marah Izzat.

"Free otak kau. Habis tu, beratus ribu hutang kau dekat aku tu dah kira padam habis, bayar dengan duit jatuh dari langit ke? Duit kau nak kahwin baru tu pun, dari aku, kau ingat tak?" Bebel Kimmy.

"Nanti lah aku fikir. Itu pun nak berkira, duit tu duit haram kau meniaga dadah je pun. Duit hasil kau merosakkan anak bangsa dan agama kau. Berkira manjang, member apa macam ni." Balas Izzat.

Kimmy menjegilkan matanya. Selamba dia je cakap duit haram. Tapi duit haram ni jugak yang kau harapkan. Bodoh punya member. Bercakap dengan Izzat yang separa sedar sememangnya menyakitkan hati. Sekarang dia pula yang perlu berfikir dimana untuk dia mencari Azah.

*****

"Itu isteri orang. Mi sedar ke tidak?" Kemarahan Sharif bergema di dalam bilik itu.

Zainab dan Hannah terdiam di atas sofa manakala Haziq berada di sisi katil Hilmi. Bimbang kalau-kalau papa mereka hilang sabar dengan tingkah Hilmi itu sendiri.

"Mi bukan buat benda tak baik pa." Jawab Hilmi.

"Bukan buat benda tak baik? Ni sampai kemalangan macam ni pun, masih tak sedar diri lagi. Masih nak menjawab je apa papa cakap. Cuba dengar nasihat kami Mi. Ini bukan cinta.

Ini obsesi. Tahu tak obsesi? Mi bukan cinta, Mi obses nak dia je. Benda macam ni tak sihat Mi. Sangat-sangat tak sihat." Sharif sudah duduk di kerusi untuk menenangkan diri.

Makin lama bercakap dengan Hilmi, takut dia pula yang dimasukkan ke hospital.

"Pa, Mi tak kacau Azah. Mi tak hasut dia tinggalkan suami dia pun. Mi cuma nak jaga dia je pa. Dia dalam bahaya. Mi tak tahu siapa yang nak serang dia, tapi bila Mi tahu orang yang Mi sayang dalam bahaya, takkan Mi nak diam je?" Hujah Hilmi.

"Mi, dah berapa kali papa cakap. Berdosa simpan perasaan pada isteri orang. Lepaskan je dia Mi. Selagi tak lepaskan, macam mana Mi pulak yang nak bahagia?" Balas Sharif.

"Mi bahagia macam ni pa. Biarlah Mi buat semua ni asalkan Mi dan dia tak langgar apa-apa batasan. Dia tak tahu pun Mi senyap-senyap mintak orang tengokkan dia." Kalau lah papa dan mama tahu apa yang terjadi pada dia setelah kemalangan itu, tentu kemarahan papa padanya lebih teruk.

Sharif menarik nafas panjang. Hilmi ni langsung tak nak dengar cakapnya.

"Okey, lepas Mi sendiri tengok dia okey nanti, Mi sendiri yang akan jauhkan diri dari dia. Okey pa?" Sambung Hilmi.

Wajah mama papanya dilihat bersilih ganti, sempat dia menangkap riak kecewa pada wajah papanya.

Maafkan Mi PA. Tapi hati Mi ni, tetap nak cintakan Azah.

*****

~Shahrul, Madihah & Hilmi~

Madihah tercengang. Kenapa dia tak pernah tahu tentang semua ini?

"Sebab tu ke masa aku call nak cakap Azah kemalangan tu, kau tak dapat dihubungi?" Tanya Madihah.

Hilmi mengangguk.

"Telefon pun hancur. Aku pun tak sedar masa tu, kalau kau dapat call pun, nak jawab call kau macam mana?" Balas Hilmi sambil tergelak.

Suasana terdiam seketika. Shahrul dan Hilmi masing-masing menyisip air yang dihidangkan oleh Zainab.

"Habis tu, kau tuduh Azah bukan-bukan tu, sebab sampai sekarang ke kau punya angry bird tu tak boleh berfungsi?" Tanya Madihah.

Hilmi dan Shahrul masing-masing tersedak mendengarkan soalan jujur itu dari Madihah. Bersembur air dari mulut mereka berdua.

"Sayang..." Tegur Shahrul yang langsung tidak menjangkakan soalan itu dari isterinya.

"Bukan tak berfungsi. Fungsi dia macam biasa je. Cuma, kalau ikutkan apa Hilmi cerita apa doktor cakap tu, askar dia yang tak ada." Bisik Shahrul.

Madihah membulatkan mulutnya, seolah dia menyebut O tanpa suara. Maklumat baru bagi dia ini. Hilmi terdiam, tiba-tiba terasa segan dengan Madihah walaupun Madihah asalnya perempuan yang gila-gila.

Tetapi demi memujuk Azah, dia kuatkan diri menceritakan semuanya. Madihah sudah bersama dengan Azah dari sebelum Azah bernikah, sehinggalah Azah solo kembali.

Dia yakin, hanya Madihah yang boleh membantu dia.

"Kau tak pernah check ke keadaan askar kau?" Bisik Shahrul kepada Hilmi.

Hilmi mengeleng.

"Aku takut, kalau-kalau keputusannya nanti menghampakan." Jawab Hilmi pendek.

"Kau cakap kau ada jumpa Izzat kan? Dia cakap apa sampai kau salah faham dengan Azah?" Tanya Madihah yang terus menukar topik perbualan.

Takut kalau diteruskan lagi, bukan bibir Hilmi je berwarna merah. Tentu satu badannya bagaikan di simbah cat merah. Hahahahaha. Hilmi yang mendengar soalan Madihah segera mengangguk dan menarik nafas panjang.

"Aku jumpa dia seminggu selepas Azah ditemui semula." Hilmi mula bersuara.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience