Rate

Bab 47 : Jumpa

Romance Completed 402255

Azah yang sedang lena tidur direnung lama. Setelah seminggu hari Azah ditemui semula, Hilmi mendapat panggilan dari peguam Izzat yang menyampaikan pesanan bahawa Izzat mahu menemuinya. Hilmi masih berfikir panjang. Apa lagi yang Izzat mahu katakan?

Semenjak balik dari Kuala Lumpur juga, Hilmi tidak lagi tinggal dirumahnya sendiri. Sebaliknya, dia membawa Azah untuk tinggal bersama keluarganya sehingga lah dia benar-benar yakin yang rumahnya selamat. Atau mungkin dia perlu mencari rumah sewa baharu sementara proses membeli rumahnya sendiri selesai.

Dia melepaskan satu keluhan panjang. Tilam yang tiba-tiba bergerak itu membuatkan Hilmi yang baru sahaja mahu memejamkan mata segera mendekati Azah. Azah yang separuh mamai hanya melemparkan senyuman sebelum dia berkalih mengiring menghadap Hilmi.

"Tak tidur lagi?" Tegur Azah.

"Baru nak tidur. Tadi tak mengantuk. Kenapa bangun ni? Nak air, ke nak pergi bilik air?" Tanya Hilmi.

"Tak, tadi Azah mimpi dengar orang mengeluh kuat-kuat. Terkejut Azah, rasa macam melayang jatuh dari tempat tinggi." Cerita Azah yang selepas itu terus sahaja menguap.

Dahsyat! Sampai kedalam mimpi pun boleh masuk.

"Sayang, lusa abang nak pergi KL boleh? Ada urusan sikit..." Beritahu Hilmi.

...dengan Izzat. Tetapi sambungan itu hanyalah di dalam hatinya.

"Okey." Jawab Azah dengan matanya yang sudah terpejam semula.

"Okey, tidurlah." Hilmi menepuk lengan Azah perlahan seolah mendodoikannya.

*****

"Azah tak tahu pun?" Rengek Azah.

"Tapi abang dah beritahu malam tadi."

"Bila?" Tanya Azah.

"Masa sayang terjaga tu." Terang Hilmi.

"Bilaaaaa? Mana ada Azah terjaga dari tidur. Kalau betul ada, kenapa Azah tak ingat apa-apa pun?" Soal Azah dengan muncung yang sudah hampir sedepa.

Hilmi menggaru kepalanya yang tak gatal. Habis tu, aku bercakap dengan siapa?

"Kalau nak cakap, jangan cakap waktu tidur. Mana orang ingat. Cakaplah waktu dah jaga macam ni." Sambung Azah apabila dia melihat riak wajah serba salah Hilmi.

"Pergi untuk kerja, tak lama, tiga hari je. Sayang duduklah sini, ada mama, ada Hannah teman. Okey? Insya Allah kali ni tak ada apa-apa dah yang perlu dirisaukan. Maaf tau, tapi abang kena selesaikan dulu kerja ni sebelum kerja lain datang." Pujuk Hilmi.

Azah yang berbadan satu lebih mudah dipujuk dari Azah yang sedang berbadan dua. Peluh pelbagai jantina pun sudah bermastautin membasahi dahi Hilmi.

"Yelah, jangan lama-lama. Azah takut."

"Tak lama, 3 hari je. Khamis abang balik lah. Okey?"

"Okey." Rela dalam terpaksa Izzah memberi respon.

"Jom teman abang kemas beg. Azah lagi pandai kan rancang baju untuk abang pakai." Bukan membodek, sekadar membaiki mood isteri yang dah pandai menjadi nelayan, asyik kelaut sahaja.

*****

Sepanjang umurnya, dia tidak pernah lagi melangkah ke tempat begini. Untuk kali pertamanya, walaupun dadanya berdebar hebat dan lututnya bagai menggigil hinggakan lemah longlai seluruh kaki membawa ke tubuhnya.

Kata mereka, Izzat dah gila. Jadi bonda dan isteri Izzat mahu Izzat dilepaskan dari hukuman, sebaliknya hanya perlu dirawat di wad psikiatri di sesebuah hospital. Betul ke Izzat dah gila?

Peguam Izzat yang dari tadi mengiringinya memandang ke arah kerusi yang ada, seolah memberitahu Hilmi supaya duduk. Entah kenapa, Hilmi menurut sahaja. Mungkin kerana dia sendiri gementar teruk.

Jari jemarinya mengetuk meja tanpa sedar. Refleks dari perasaan yang terlalu gementar itu, agaknya. Melihat sahaja kelibat Izzat, jarinya berhenti dari mengetuk meja.. Sebaliknya, pandangannya hanya difokuskan kepada Izzat. Aneh, tiada langsung perasaan takut pada mata Izzat. Sebaliknya, dia seolah gembira untuk tahanan reman disini.

"Saya pergi dulu. Saya tak boleh ada dekat sini, takut ada apa-apa yang Izzat cakap tu merupakan hal sensitif. Saya tunggu dekat luar. Dah siap nanti, boleh minta pegawai itu buka kan pintu." Bisik Badiuzzaman.

Belum sempat Hilmi membalas, dia sudah pun keluar dari bilik yang ada Hilmi dan Izzat itu.

"Apa khabar?" Tanya Izzat.

"Aku datang bukan nak bertanya khabar. Kau nak cakap apa? Aku nak cepat." Balas Hilmi.

"Kalau ya pun nak tahu apa yang aku buat, jawablah soalan aku dulu. Azah aku, apa khabar?" Sempat Izzat tergelak seketika sebelum dia berhenti dek di panah renungan Hilmi.

"So, kau nak tahu kisah apa yang aku buat pada Haneesya dulu, atau pada Azah dulu?" Sambung Izzat.

"Haneesya!"

"Okey. Nampaknya kau lebih sayangkan kakak kau dari Azah." Komen Izzat.

"Jangan buang masa lah Izzat. Apa yang kau nak cakap sebenarnya ni? Kalau kau main-main macam ni, aku balik lah." Gertas Hilmi.

"Duduklah dulu, sementara aku berfikir dari mana patut aku mulakan penceritaan kisah ini. Mungkin, aku patut bermula dari seawal aku baru berkenalan dengan Haneesya." Izzat memejamkan matanya, dan menarik nafas panjang sebelum dia membuka matanya kembali dengan satu keluhan.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience