Rate

Bab 89 : Kuat

Romance Completed 402255

"Kenapa lah ibu asyik termenung je sejak balik dari kerja tadi ya? Tengoklah saya ni ibu. Saya rindu ibu." Panggil Hilmi.

Azah terkejut lagi disapa begitu. Hilmi dan Aakif duduk bersebelahannya.

"Abang..."

"Ada masalah apa sampai termenung jauh macam ni?" Tanya Hilmi.

"Abang ingat tak, kalau-kalau ada student abang yang nama dia Siti Ariana?" Tanya Azah.

"Siti Ariana yang ambik course Allied Health Science tu ke?" Tanya Hilmi.

"Haaa betul-betul. Sekarang dia major in optometry." Balas Azah.

"Kenapa dengan dia?" Soal Hilmi lagi.

"Tadi lepas habis kelas Azah, dia datang jumpa Azah dekat bilik office." Azah memulakan ceritanya.

Bila difikirkan, makin lama disimpan makin buntu fikirannya. Baik dia tanya pendapat Hilmi.

"Abang tahu dia dah kahwin?" Tanya Azah sebelum dia menyambung cerita.

Lambat-lambat Hilmi mengangguk.

"Abang dapat undangan dari dia. Abang pergi. Madi pun pergi, kalau tak salah ingatan abang." Balas Hilmi.

"Ehhh? Kalau Madi pergi kenduri kahwin student, mesti Azah pun pergi. Kenapa Azah tak nampak abang pun...?" Azah mengecilkan matanya, sedang cuba mengingatkan sesuatu.

Mulutnya pantas membentuk huruf O, seolah-olah dia baru sahaja teringatkan sesuatu. Hilmi masih menunggu apa yang bakal diucapkan oleh Azah.

"Azah ingat, Azah dah ingat. Azah ada nampak abang. Kenduri dekat Permatang Badak tu kan." Tanya Azah.

Hilmi mengangguk.

"Azah pergi ke? Abang nampak Madi. Tapi tak nampak sayang pun?"

"Tak nampak sebab beberapa minit lepas sampai Azah lari masuk kereta." Sambung Azah.

"Takut kalau terserempak dengan abang lah tu." Komen Hilmi.

Azah tersengih kekok. Memang pun. Tapi takkan nak cakap macam tu depan suami.

"Cut the story short, Siti beritahu Azah, yang dia kena pukul dengan suami dia. Azah tengok lebam dekat badan dia abang. Baru je lagi kena pukul tu. Dia cakap dia nak mintak cerai. Tapi masalah dia sekarang ni adalah mak ayah dia." Cerita Azah.

"Kena pukul sebab apa?" Tanya Hilmi.

"Suami dia kaki cemburu buta. Selama kahwin, dia dah tiga kali keguguran sebab kena pukul. Abang, ada tak apa-apa cara kita boleh tolong dia?"

"Sampai tiga kali gugur?" Ulang Hilmi kembali.

Azah mengangguk. Hilmi menelan air liur. Gila! Lelaki apa yang dengan sewenang-senangnya naik tangan, memukul perempuan?

"Sayang call dia, suruh dia pergi buat pemeriksaan dulu dengan doktor. Doktor akan bagi surat. Ambik gambar semua tempat yang cedera tu sebagai bukti. Lepas tu buat laporan polis."

"Tak boleh call. Sayang rasa, sayang panggil dia jumpa sayang esok lah. Tadi pun masa sayang tengah bercakap dengan dia, husband dia tak berhenti call. Memaksa je, nak cepat apa semua. Dia tak boleh datang kelas sendiri. Semua kena kongkong." Lapor Azah lagi.

"Sayang ada tanya dia tak, kenapa dalam ramai-ramai orang, dia cari sayang?" Tanya Hilmi.

Azah mengangguk. Teringat apa yang diberitahu oleh Siti tadi.

'Saya tahu yang sebelum madam kahwin dengan Sir Hilmi, madam dah pernah kahwin. Saya ada dengar cerita tu. Saya tahu jugak yang madam failkan cerai bila orang tu pukul madam sampai masuk ICU. Dalam ramai-ramai orang, saya rasa madam yang lebih faham keadaan saya.

Madam, saya anak orang susah. Anak sulung, harapan keluarga. Kalau lah saya mati di tangan lelaki durjana itu sebelum saya sempat bekerja, sebelum saya sempat bahagiakan keluarga saya, tak ada apa-apa yang boleh bantu keluarga dan adik-adik saya lagi madam.

Please madam, bantulah saya. Saya secara senyap dah ambik perancang secara cucuk. Saya tak nak ada apa-apa kaitan dengan lelaki itu lagi dah. Saya nak lepaskan diri, tapi tak ada yang nak sokong dan bantu saya. Mak ayah saya terlalu takut.

Tolong lah madam, bantu saya.' Siti sudah terduduk di lantai sambil memeluk kedua kaki Azah.

Azah peluk Siti erat.

'Saya janji saya akan tolong awak Siti.' Belakang Siti diusap perlahan, cuba menyalurkan kekuatan.

"Apa jawapan dia?" Tanya Hilmi.

"Mungkin betul apa yang abang cakap. Mungkin, I went through my sufferings, and survived, so that I can be the help and guidance for the people in need, should they ever experience the same thing."

*****

"Kalau perlu bantuan ibu, beritahu. Ibu boleh cakap dengan mak Siti. Tiada mana-mana ibu, sepatutnya, dengan rela membiarkan anaknya terus-terusan disakiti." Sampuk Azlinda tatkala dia kebetulan mahu menghantar kan minuman panas untuk Hilmi di ruang minum kecil, di tepi rumah Semi-D itu.

"Soal hutang itu, kita boleh fikir caranya. Yang penting, Siti selamat. Bukan jadi jenazah. Bukan masuk ICU jugak, macam Azah. Ibu faham perasaan mak Siti. Ibu yakin jugak, yang ibu boleh bercakap dengan mak Siti. Yakinkan mak dia supaya sokong keputusan yang anak dia ambik." Sambung Azlinda lagi sambil menghulur tangan, mengambil Aakif dari ribaan daddy nya.

"Terima kasih ibu." Balas Azah.

"Betul cakap ibu tu sayang. Andai Allah izinkan, Siti tu panjang lagi perjalanan hidup dia. Takkan dia nak terperuk dengan lelaki tak guna. Sedangkan Siti ada cita-cita yang besar. Manalah tahu, Siti boleh jadi orang yang hebat, berbakti kepada orang lain pulak dengan pertolongan kita hari ni." Ujar Hilmi.

"Esok, Azah akan cuba bawa dia untuk selesaikan semua urusan pemeriksaan sebelum habis waktu kelas." Beritahu Azah setelah mendengar hujah kedua ibu serta suaminya itu.

"Kalau perlukan bantuan abang, beritahu. Kalau sayang nak Madi ikut pun, beritahu. Abang boleh ganti masuk kelas dia." Bahu Azah dirangkul erat.

Situasi ini, menakutkan. Kerana ianya seakan memaksa dia untuk mengingati kembali kejadian pahit itu. Tapi apabila memikirkan Siti, rasa kasihannya membuatkan dia berbelah bahagi. Siti perlu diselamatkan!

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience