Rate

Bab 35 : Bermula

Romance Completed 402255

"Imi nak beritahu Azah apa?" Tanya Azah sebaik sahaja dia melabuhkan duduk di kerusi.

Makanannya sudah tersedia, siap dipesan oleh Hilmi sebelum dia dan Madihah sampai tadi. Tetapi Madihah dan Hannah berada di meja berasingan.

"Kita kahwin terus, nak? Kita skip bertunang. Atau pun, kita bertunang pagi, tengahari kita kahwin. Boleh?" Tanya Hilmi tanpa sebarang lapiknya lagi.

Azah yang baru sahaja menyedut jus nenas ya terbatuk-batuk. Hampir sahaja dia tersembur air itu ke muka Hilmi. Hilmi pula pantas menghulur tisu.

"Sorry, sorry. I'm so sorry. Imi tak sengaja."

"Azah okey." Perit juga tekak dan hidungnya menahan diri yang sedang tersedak itu dari menjadikan jus nenas itu sebagai air penaik seri muka ke wajah bakal suaminya.

"Kita kahwin terus eh? Imi tak nak Izzat datang kacau Azah lagi." Hilmi berterus terang.

"Kenapa Imi risau sangat pasal Izzat? Azah boleh jaga diri. Bukan Azah tak nak kahwin, tapi Azah nak Imi tahu yang Azah okey. Imi tak payah susah-susah nak cepatkan majlis sebab Azah." Balas Azah.

"Imi risau. Kita kahwin lah, eh?" Gesa Hilmi.

"Kenapa? Apa yang Imi risaukan? Cuba berterus-terang dengan Azah." Pujuk Azah lembut, tentu ada sebabnya kenapa Hilmi tiba-tiba menggesa begini.

"Izzat tu, Azah ingat lagi kan, yang dia cakap pasal dendam dia tu?"

"Ya, ingat lagi. Kenapa, dia berdendam dengan Imi ke?" Soal Azah penasaran.

"Bukan Imi je, mama papa terutamanya. Senang cakap, keluarga Imi seluruhnya. Izzat pernah bercinta dengan kak ngah Imi, Haneesya." Hilmi menceritakan hal sebenarnya, tiada gunanya lagi dia menyimpan hal itu dari pengetahuan Azah memandangkan mereka bakal menjadi suami isteri.

"Hah, betul ke ni?" Tanya Azah terkejut.

Hilmi mengangguk. Azah sudah memicit kepalanya. Aduh, macam mana dia boleh terheret dan terbelit sama dalam situasi yang begitu rumit ini?

"Mereka bercinta semasa mereka belajar bersama di Pusat Matrikulasi dekat PJ."

"Apa yang jadi sampai dia boleh berdendam pulak? And wait, Azah tak jumpa pun kakak Imi hari tu?" Tanya Azah lagi.

"Kak Sya dah meninggal."

Azah terpempan mendengarkan sebaris ayat itu.

*****

Imbas kembali bibit-bibit percintaan Izzat dan Haneesya, tahun 2004.

"Sya, apa kata, sebelum kita mula degree dekat main campus nanti, kita kahwin?" Tanya Izzat.

Ketika itu, mereka sedang mengulangkaji pelajaran bersama-sama di KFC Jalan Universiti (kini dikenali sebagai Jalan Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz). Rakan-rakan yang lain berjalan hingga ke Mid Valley Megamall, tetapi mereka berdua lebih selesa melepak di KFC.

"Yang tu, kena tanya papa Sya dulu Izz. Sya takut papa tak setuju. Sebab kita kan tak ada sumber pendapatan kita sendiri lagi. Papa Sya ada cakap, kalau nak kahwin awal, papa tak nak tanggung Sya lagi dah." Beritahu Haneesya.

"Izz boleh cuba jumpa papa Sya. Kita boleh bincang. Izz boleh kerja untuk sara kita dua. Izz boleh buat apa je. Asalkan Sya jadi isteri Izz." Pujuk Izzat.

"Izz tak rasa ke macam masih terlalu awal untuk kita kahwin?" Tanya Haneesya yang kurang bersetuju dengan cadangan Izzat.

"Tak Sya. Dari kita bercinta tak tentu hala macam ni, baik kita kahwin. Halalkan hubungan kita. Izz tak nak kita terjebak dengan dosa. Lagi pun kan, Izz ada baca, senior kita dekat main camp ramai je yang dah kahwin muda.

Keputusan exam sentiasa dapat Dean's List pulak tu. Berkat kahwin awal ni Sya. Sya cubalah pujuk papa dan mama Sya. Ya?" Pujuk Izzat lagi.

"Nanti Sya cakap pada mama dan papa Sya. Tapi keluarga Izz okey ke kalau kahwin awal?" Tanya Haneesya pula.

"Okey je. Bonda Izz tak kisah. Apa-apa pun, bonda sentiasa ikut apa yang kami beritahu, asalkan benda baik. Bonda mesti excited nak dapat menantu secantik Sya." Sempat Izzat selitkan pujian dalam usahanya memujuk Haneesya.

"Nanti Sya cakap dengan mama papa. Kalau mereka okey, Sya cakap dengan Izz." Balas Haneesya, serba salah namun dek kerana pujukan Izzat, hatinya mula berbelah bahagi kerana sudah mulai terpujuk.

"Macam ni lah Sya yang Izz sayang. Sya jangan lah cakap je, ya? Sya kenalah pujuk jugak mama papa Sya tu. Janji dengan Izz, yang Sya akan pujuk mereka."

"Yaaaa, Sya janji. Izz jangan risau."

*****

"Kalau Sya nak nikah awal, papa takkan tanggung Sya lagi dah tau. Tak ada elaun bulanan untuk Sya dah. Macam mana Sya nak cari duit belanja?" Tanya Sharif, sekadar menggertak anak perempuannya itu.

"Kami boleh kerja pa. Jadi tutor anak pensyarah ke, jadi tutor anak-anak pelajar antarabangsa dekat sini pun boleh, atau buat part-time dekat fast food restaurant macam KFC atau McD."

Jawab Haneesya berani walaupun keyakinannya sedikit tergugat dek gertakan papa yang menyatakan bila bernikah nanti, tiada lagi elaun bulanan buat dirinya.

"Lagi pun, Sya boleh mohon biasiswa. JPA ada, Mara ada." Sambung Haneesya lagi.

Memang sesuai sangat dengan jurusan Undang-undang yang sedang diambilnya. Selagi boleh dia cuba berhujah dengan papa dan mama untuk meyakinkan mereka.

"Macam ni lah, Sya bagi nombor telefon mama papa dekat Izzat. Mintak dia maklumkan mak ayah dia untuk telefon mama papa, nak berbincang. Kalau semua okey, papa akan izinkan Sya kahwin awal.

Tapi kalau papa tak yakin dengan cara hidup Sya, plan Sya bila kahwin, dengan segala 1001 kemungkinan yang ada bila nikah ni, macam mana Sya nak pastikan keluarga kecik Sya cukup semuanya.

Terutama kalau Allah izinkan dapat anak awal. Semua itu kena fikir. Kena buat plan, ada back up plans in case apa yang Sya rancang tak menjadi. If you fail to plan, you are planning to fail. Papa tak nak Sya nikah untuk menderita. Faham?" Tanya Sharif.

"Faham pa." Jawab Haneesya pendek, padahal dalam hatinya, dia bersorak.

Haneesya yakin yang semuanya akan berjalan dengan lancar.

Enjoy reading! :) Terima kasih banyak-banyak kepada semua pembaca yang memberi donations. Semoga rezeki awak melimpah ruah dan berganda-ganda aamiinn. Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience