Rate

Bab 59 : Fitnah

Romance Completed 402255

"Aku jumpa dia seminggu selepas Azah ditemui semula." Hilmi mula bersuara.

Madihah mendiamkan diri. Memberi ruang untuk Hilmi bercerita.

"Peguam dia cakap, ada benda yang dia nak cerita pasal kakak aku. Sebab tu aku pergi jugak. Kat sini semuanya bermula. Aku tahu patutnya aku tak payah pergi. Tapi aku nak sangat tahu apa yang jadi pada kakak aku." Sambung Hilmi.

Riak wajah Madihah difahaminya. Madihah mungkin tertanya-tanya bagaimana kakak Hilmi boleh berkait dalam hal ini.

"Kakak aku kenal Izzat semasa mereka sama-sama bakar di pusat matrikulasi. Sebelum mereka masuk belajar di Gombak, Izzat datang meminang kakak aku. Tapi papa aku tolak sebab Izzat tak mampu nak sediakan apa yang papa aku mintak, which is hantaran 15k, tapi itu untuk kegunaan mereka selepas nikah jugak lah.

Dipendekkan cerita, Izzat kacau kakak aku. Dia cakap yang kakak aku pun dah kahwin lari dekat Siam dengan dia. Kakak aku tertekan, tak pergi kelas, dan daftar untuk pergi belajar luar negara. But one day, Tiba-tiba mama aku call papa aku, cakap yang kakak aku dah tak ada.

Masa aku pergi jumpa Izzat tu, dia cakap kakak aku, meninggal sebab overdosed bahan terlarang. Pada masa yang sama, dia cerita yang sebelum aku kahwin dengan Azah, kononnya Azah dah tahu aku tak boleh berikan dia anak." Hilmi berhenti seketika.

"Apa bukti dia?" Tanya Madihah.

"Dia tunjukkan aku satu video, Azah jumpa seseorang dekat hotel." Terang Hilmi.

"Siapa? Izzat tu ke?" Tanya Madihah.

Hilmi menggeleng.

"Papa aku!" Jawab Hilmi.

"Kau biar betul Mi. Takkan macam tu mudah je kau percaya." Madihah sudah berapi semula, namun sempat ditenangkan oleh Shahrul.

Bikin emosi ini orang!

"Aku terpedaya atas beberapa sebab. Satu, papa aku tak sepatutnya ada dekat hotel tu masa tu. Dia ada program, tapi selalunya dia tidur dekat rumah je. Tapi last minute, penganjur bagi satu bilik. So papa bawak mama pergi tidur sana.

Kedua, Azah tak ada maklumkan pada aku yang mama mintak dia hantarkan dokumen papa yang tertinggal atas meja rumah mama tu. Azah bawak sekali Hannah, kiranya Hannah stay dengan mama papa aku dekat sana.

I was fragile, bila Izzat beritahu aku benda betul pasal kakak aku, lepas tu Azah pulak. Aku tak pernah tahu punca kakak aku meninggal, sebab mama papa tak pernah cakap keputusan post-mortem tu. Lepas aku jumpa Izzat, aku balik, aku cari balik report tu senyap-senyap. Betul, kakak aku meninggal sebab overdosed bahan terlarang.

Waktu tu, aku rasa semuanya serentak jatuh atas kepala aku. Aku rasa Izzat cakap benda yang betul. Yelah, sebab dia cakap benda yang betul pasal kakak aku, takkan dia nak tipu pasal Azah. Aku tanya mama pasal dia tidur hotel tu, tapi mama salah tarikh. Dia cakap tak pergi hotel pun masa tu. Lagi lah aku salah faham." Beritahu Hilmi perlahan.

"Kau biar betul, takkan kau tak percaya pada papa kau dan Azah kot." Marah Madihah lagi.

"Itulah silap aku. Dan sebab salah faham mama tu jugak. Kau bayangkan apa perasaan aku, nampak video tu, Azah keluar dari bilik tu, papa aku yang ikut sampai ke luar.

Padahal mama dengan Hannah ada dalam bilik tu. Kan dah jadi salah faham sebab mama cakap tak ada pergi stay dekat hotel pada masa tarikh yang aku tanya tu." Terang Hilmi lagi.

"Aku salah, dan aku tahu punca masalah ni adalah sebab aku tak berkomunikasi. Aku faham benda tu. Sebab tu aku ambik masa yang lama sebelum aku pergi jumpa Azah. Aku cari tahu balik pasal semua tu. Bila aku dah tahu perkara yang sebenar, aku malu.

Aku dah buat ujian jugak. Allah maha besar Madi. Aku tak lah mempunyai banyak peluang macam lelaki lain untuk jadi ayah. Tapi ada peluang tu. Dah terbukti dah pun. Aku tahu Azah takkan percayakan aku lagi, aku yakin yang Azah takkan maafkan aku. Tapi aku sayang Azah. Aku nak mintak maaf dengan dia, aku nak dia terima aku semula." Beritahu Hilmi.

Madihah berdecit geram.

"Kenapa kau tak ajak Azah jumpa kaunselor dekat majlis agama?" Tanya Madihah.

"Azah tak nak. Dia tak nak jumpa aku pun. Dia dah mula cakap kasar-kasar dengan aku. Aku tak tahu nak buat apa lagi dah. Tapi aku tahu, dia akan dengar cakap kau. Please, tolong aku Madi. Azah dah tak lama nak bersalin tu." Rayu Hilmi.

"Aku tak boleh janji. Aku tak nak paksa Azah buat benda yang dia tak suka." Balas Madihah jujur.

Hilmi terdiam. Hampir berputus asa rasanya bila satu-satunya cara yang tinggal pun, berakhir dengan sebaris ayat yang tidak mampu menjanjikan khabar gembira buat dirinya.

"Aku cakap dengan kau, aku tak boleh janji. Aku akan cuba. Tapi tak ada jaminan. Kau pun kena usaha jugak untuk ambik hati dia supaya dia maafkan kau semula. Aku harap kali ni kau dah sedar yang fitnah itu kejam, bukan benda yang boleh dipercayai dengan melulu.

Sebab fitnah itu mampu membunuh rasa cinta dan belas dalam hati orang yang difitnah. Apatah lagi mempercayai khabar angin dan fitnah tentang orang kesayangan kita, menuduh mereka berkelakuan seperti yang difitnah itu lebih kejam dari dibenci oleh orang luar yang tidak kita kenali.

Kau cintakan Azah, tapi kau tak percayakan dia. Aku tak tahu apa perasaan Azah sekarang ini. Mungkin dia bagaikan dihempap batu besar. Kau pun cubalah sama. Aku tak boleh janjikan apa-apa. Sebab aku dah tengok betapa remuk ya Azah bila dia dilukai sebelum ni." Sambung Madihah apabila melihatkan riak wajah Hilmi yang berubah apabila dia memberitahu yang dia tak menjanjikan apa-apa.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience