Rate

Epilog

Romance Completed 402255

"Perlu ke saya terima dia madam? Jujurnya, saya suka dia jugak, tapi saya dah serik. Saya takut." Tanya Siti Ariana sewaktu dia keluar untuk sesi mengopi bersama Azah dan Madihah yang masing-masing ditemani anak-anak.

"Jawapannya ada pada awak Siti. Sebab awak yang akan hidup bersama dia. Kalau awak rasa boleh terima, teruskan. Tapi kalau awal-awal lagi dah nampak red-flag, berhentilah. Maksudnya dia bukan orang yang tepat untuk awak." Jawab Madihah.

"Macam mana untuk kita tahu dia adalah orang yang tepat untuk kita?" Tanya Siti.

Madihah memandang ke arah Azah, seakan menyuruh Azah yang memberi jawapan bagi soalan yang ditanya Siti.

"Siti, ni berdasarkan pengalaman saya lah ya. Untuk orang lain, saya tak tahu. Tapi, pertama sekali, terangkan pada dia status Siti. Biar dia tahu. Biar keluarga dia jugak tahu. Supaya tak ada konflik yang akan timbul di kemudian hari.

Kedua, niat kita untuk kahwin tu apa? Tetapkan matlamat kahwin tu untuk apa. Supaya bila lelaki itu ada menunjukkan ciri-ciri lelaki yang ada sesuatu yang kita perlu berjaga-jaga, undurkan diri terus.

Supaya tak terjadi perkara-perkara yang dah pernah jadi dulu. Bukan saya nak cakap yang kalau kita pilih tu, itu adalah jaminan supaya tak berlaku apa-apa yang buruk lagi Siti. Cuma, kita kena fikir masak-masak sebelum kita buat apa-apa keputusan.

Jangan fikir, sebab suka, kita terima. Atau sebab status J, kita terima. Dia perangai teruk pun tak apa, bila kahwin dia akan berubah. Kita boleh bantu ubah. Tak Siti. Benda buruk, kalau dah jadi tabiat dia, takkan mudah untuk dia ubah.

Untuk kita pulak tu kan? Lagi lah meragukan. Kita tak perlu memikul tanggungjawab untuk mengubah orang yang kita cinta. Sebab kalau betul cinta, dia sendiri akan berubah tanpa perlu dipaksa. Kita bukan nak jadi pengasuh dia, kita nak jadi isteri.

Betul, semua manusia ada kekurangan. Suami saya ada kekurangan. Saya pun ada kekurangan. Cuma kita tengok, kekurangan dia tu, apa? Dari segi mana? Kalau kekurangan dia tu adalah sesuatu yang kita boleh pejam mata, macam picit ubat gigi dekat tengah-tengah tiub ke, tak suka sikat rambut ke, boleh lagi lah nak bertolak-ansur.

Tapi kalau tak solat, tak hormat kita, angkat kaki awal-awal. Jangan buang masa berharap pada sesuatu yang tak nyata. Cari seseorang yang kita tahu boleh bantu kita bina rumahtangga. Bukan orang yang akan membuatkan kita terluka lagi, entah buat kali ke berapa." Jawab Azah.

"Mendalam madam. Dia, okey, dia beritahu saya awal-awal yang dia anak tunggal. Mak dia pun ibu tunggal, dan saya dah pernah jumpa mak dia. Baik, dan mak dia tahu status saya.

Cuma, dia cakap kalau saya setuju nak kahwin, dia akan bawak mak dia duduk sama-sama. Saya tak nak jaga mak dia pun tak apa. Dia boleh buat sendiri semua urusan itu. Cuma, dia nak bawak mak dia duduk sama-sama je." Ujar Siti.

"Fikirlah dulu Siti. Ambik masa, kalau betul Allah menginginkan awak berjodoh dengan dia, Insya Allah akan jadi juga akhirnya. Jangan terburu-buru. Fikir masak-masak, istikharah. Mohon Allah tunjukkan yang terbaik. Kata Ali bin Abi Talib, apa pun yang akan menjadi takdir kita, pasti akan ada cara untuk takdir itu mencari jalan untuk sampai kepada kita."

*****

"Ariana, terima kasih, sebab telah melengkapkan sebahagian lagi hidup saya ini. Saya janji, saya takkan sia-siakan awak, sayang. Terima kasih, sebab dah terima saya sebagai suami awak." Tangan kanannya, Nuh letakkan di atas kepala Siti Ariana sambil mulutnya terkumat-kamit membacakan doa, memohon supaya Allah mengurniakan kepadanya kebaikan dari isterinya, dan kebaikan darinya untuk isteri yang baru sahaja dinikahi.

Dari bawah khemah khas untuk tetamu, Azah memerhatikan sahaja Siti dan suaminya. Doa Azah dalam hatinya, semoga Siti juga berbahagia sebagaimana dia berbahagia bersama Hilmi selepas episod kelukaan yang kini sudah dilupakan.

Ada bahagian perjalanan hidup kita, akan terasa seperti mahu sahaja kita langkau semudahnya. Tanpa kita sedar, yang perjalanan itu lah akan menguatkan kita. Manfaatnya pula bukan sekadar untuk kita, boleh jadi untuk kita membantu orang lain di sekeliling kita. Bagaikan bunga, apabila dihancurkan, yang tertinggal pada tangan manusia celaka adalah warna dan harum baunya.

Dibawa ke mana-mana, berjangkit kepada manusia lainnya pula. Makan benarlah kata orang-orang, berbuat kebaikan itu tidak pernah merugikan. Kerana kebaikan itu akan kembali semula kepada kita, atau anak cucu kita. Jangan pernah berfikir dua kali untuk membuat kebaikan yang tidak membinasakan kita.

Akan ada hal-hal yang perlu kita terima tanpa perlu kita fahami. Percayalah, yang di sebalik semua kejadian akan ada hikmah yang tersingkap. Mungkin esok, mungkin lusa, boleh jadi bertahun baru kita terima hikmahnya untuk setiap sesuatu yang terjadi dalam hidup kita.

Pada saat kita menyedarinya, mungkin kita akan menerima dengan senyuman dan menuturkan, "oh, rupanya ini yang Allah berkehendakkan kepada aku".

Jadi, terima sahaja apa yang berlaku pada hari ini. Sukar, tapi pasti boleh. Azah tahu, kita semua boleh, jika kita yang mahu membantu diri kita sendiri.

***The End***

Enjoy reading! :) Ada give away sikit dekat IG dan FB N. Jemput singgah ya :) Love, N

Share this novel

Zaidi Zack
2021-09-26 00:46:43 

Baru khatam novel ni slpas bbrp hari baca. Cerita best. Penulisan ble upgrade skit supaya pembaca lebih menjiwai dan x cpt boring. Apa2 pun good job dan good luck.


NovelPlus Premium

The best ads free experience