Rate

Bab 10 : Kemalangan

Romance Completed 402255

"Azah kemalangan dekat depan PPUM ni. Madi boleh datang tak?" Tanya Azah.

Hari menjelang Maghrib, kesibukan jalan disini tak perlu di cerita. Setiap masa sesak walaupun hari sudah pun semakin gelap. Tadi sempat dia telefon Izzat, tetapi tidak dijawab oleh Izzat panggilan itu. Haih, ada suami pun macam tak ada. Susah betul bila ada apa-apa hal kecemasan.

"Ya Madi datang. Azah tunggu. Payung ada tak tu? Hujan lebat ni." Tanya Madihah yang sudah kelam kabut mengenakan tudung bawal dan sweaternya.

"Tak ada. Payung Azah rosak. Dah buang, tak sempat nak beli yang baru." Jawab Azah.

"Okey tak apa. Tunggu je kat situ." Kunci kereta dicapai.

"Madi nak pergi mana?" Tanya Maszura ketika mereka terserempak di pintu masuk ke rumah.

"Azah kemalangan depan PPUM. Madi nak pergi tengok dia macam mana." Jawab Madihah.

"Lahhh, Azah ke tadi. Akak nampak tadi ada kemalangan, tak sangka itu kereta Azah sebab tak nampak nombor plat kereta. Kereta dia jadi sandwich. Kemek belakang teruk sangat.

Depan pun kena jugak tapi tak teruk macam belakang. Kejap akak call tunang akak. Kita pergi sama. Ada orang lelaki lain sikit cara kita deal."

*****

"Azah!"

Azah berpaling mencari pemilik suara yang memanggil namanya.

"Madi! Eh Kak Zura dan Abang Jeff pun ada sama." Baju Azah sudah lencun semuanya.

Dia hanya mengenakan hoodie untuk melindungi diri dari hujan. Itu pun sudah basah semuanya. Sejuk. Pasti dia akan selesema nanti.

"Haaa, masa Abang Jeff hantar akak balik tadi, akak dah nampak. Akak tak tahu tu Azah. Kalau akak tahu boleh singgah terus. Mujur terserempak dengan Madi. Azah dah telefon suami Azah?" Tanya Maszura.

Azah mengangguk.

"Tapi dia tak jawab kak. Entah kemana perginya." Jawab Azah berterus terang.

Air matanya dari tadi tidak berhenti meleleh. Dalam keadaan terperanjat sebab kemalangan satu hal. Tapi sedih pun satu hal jugak sebab Izzat entah kemana menghilang. Dadanya yang terhentak pada tali pinggang keledar yang dipakai juga mula terasa sakit, terutama apabila dia menarik nafas.

"Tak apalah, dia ada kerja kot. Kalau tunggu dia pun, berejam jugak menunggu baru sampai. Biar Abang Jeff je yang tolong uruskan. Azah ada sakit mana-mana tak?" Tanya Maszura.

"Sakit dada. Hilux tu hentam kereta Azah kuat jugak sebab dia laju agaknya. Jalan pun licin. Azah dah pakai belt, tapi masih lagi terhumban ke depan masa kena langgar. Walaupun belt tu tahan, rasa sakit tu macam kena hentak kuat dekat dada. Bahu pun dah mula sakit." Terang Azah.

Maszura mengangguk tanda faham. Terbawa-bawa sifat prihatin jururawatnya.

"Selepas selesai ni kita pergi check ya. Azah minum air ni dulu." Tangan Azah yang masih menggigil itu dipegang seketika.

"Ni Madi bawak sweater lain. Azah tukar dulu. Sweater Azah dah basah. Nanti Azah sejuk, selesema." Madihah dan Maszura keduanya membantu Azah.

"Macam mana yang?" Tanya Maszura apabila Jeffry mendekat.

"Pak cik kereta depan tu dengan Azah, nanti dua-dua claim dari pemilik Hilux tu. Dia mengaku salah. Sebab dia memang laju dan dia memang tak sempat break.

Hujan lebat, dengan kabusnya, penglihatan mata dia terbatas. Dia ingat kereta Azah jauh lagi. Sedar-sedar dah hentam. Mujur depan tak teruk. Cium sikit je kereta pak cik depan tu.

Abang dah ambik gambar, kejap lagi kita buat report polis, sekali dengan pak cik dan pemilik Hilux tu. Kereta Azah ni memang tak boleh buat apa lah selain dari panggil trak tunda, bawak pergi bengkel." Terang Jeffry.

"Azah, Madi tolong Azah ambik barang yang perlu. Bawak masuk kereta Madi. Kita pergi balai, pergi hospital, pastu kita balik. Ya?" Mendengar kata-kata dari mulut Madi, Azah mengangguk sahaja.

Dia sebenarnya sudah terlalu penat, sangat-sangat. Mujur ada kawan-kawan yang boleh membantu.

*****

"Ada apa ayang call banyak kali petang tadi ni?" Tanya Izzat, salam entah kemana.

"Tadi Azah eksiden. Depan UM." Balas Azah yang masih bersisa mamainya.

"Hah, kenapa tak beritahu?" Marah Izzat.

Eh eh eh, dia yang tak jawab call, boleh dia marahkan kita pulak?

"Kan Azah telefon tu, nak beritahu lah. Sayang pergi mana? Call tak jawab, WhatsApp tak reply. Last nya, Madi, Kak Zura dan Abang Jeff yang tolong." Jawab Azah.

"Haaa ni lagi satu. Tak boleh ke tunggu sayang? Kenapa Azah sibuk nak lelaki lain tolong pulak?" Tengking Izzat.

Azah sudah bangun dari katilnya. Dia keluar ke ruang tamu. Hilang mengantuk dan mamainya, diganti rasa marah yang sudah pun membuatkan darahnya menggelegak.

"Eh tak, yang abang nak marah tiba-tiba ni kenapa? Siapa yang patut marah sekarang ni? Azah ni setiap minggu, tanpa gagal, pergi jumpa abang dekat Banting.

Penat tahu tak? Tapi abang seronok je. Mintak bergilir sikit pun tak nak. Langsung tak fikir keadaan Azah. Langsung tak fikir penat Azah. Lepas tu, bila Azah eksiden tak nak bagi lelaki lain tolong. Tapi diri sendiri langsung tak bertanggungjawab.

Call tak jawab, WhatsApp tak balas. Konon nak cemburu. Eh, orang tu terang nyata datang dengan tunang dia yang serumah dengan Azah. Dengan Madi. Kalau bukan sebab mereka datang, entah Azah kat mana lagi sekarang ni.

Cuba tengok jam, dekat pukul 3 pagi dah ni kan? Bayangkan dari pukul 6.30 petang tadi, ni baru abang nak call Azah. Tu pun call, semata sebab nak marah-marah." Jerit Azah.

"Mind your words Azah. Nak jadi isteri derhaka ke? Patutlah eksiden. Kurang ajar sangat dengan suami. Lepas tu, siapa abang? Kenapa panggil abang? Dah cakap kan lepas kahwin panggil sayang."

"Heiii, tak payah nak sembang pasal dah cakap sebelum kahwin suruh panggil sayang. Abang tu janji dengan Azah nak bergilir jumpa selama kita PJJ ni, tiba-tiba bila kahwin semuanya kelaut. 2 tahun tau Azah ulang alik. Penat mental dan fizikal Azah." Suaranya menggigil, terlalu marahkan Izzat.

"Ayang! Apa ni tiba-tiba mengungkit? Ni, sebab ni lah kita tak dapat anak lagi. Sebab ni. Tahu tak? Azah tak cukup matang nak handle diri sendiri, ini kan nak jaga anak." Suara Izzat turun senada dari tadi.

'Ya Allah, benaknya jantan ni.'

Matanya terkebil-kebil mendengarkan ayat yang keluar dari mulut Izzat. Izzat ni memang melampau. Macam mana lah aku boleh buta menilai dulu?

Tanpa berfikir panjang, Azah putuskan sahaja panggilan telefon. Gila! Semuanya nak salahkan aku? Apa masalah lelaki ini? Cakap tak serupa bikin. Telefon itu Azah matikan sahaja. Malas hendak melayan entah apa-apa lagi yang Izzat mahu katakan.

"Ya Allah, astaghfirullah hal 'azim." Azah meraup mukanya dengan kedua tangan.

Masuk bilik sambung tidur lagi bagus.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience