Rate

Bab 7 : Tahun 1

Romance Completed 402255

11 November 2012

"Sayang, kita pergi check keadaan kita, nak? Dah setahun kita kahwin, tapi tak ada apa-apa lagi kita ni. Azah risau" Luah Azah sebaik sahaja mereka tiba dirumah selepas meluangkan masa untuk candle light dinner disebuah kafe bersempena sambutan ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama.

"Sayang tak ada apa-apa masalah. Ayang tu, nak period je cramp perut lah, apa lah, ayang kot yang ada masalah ni" Komen Izzat selamba.

Azah terdiam lagi. Apa yang ditakutinya kini telah pun terjadi. Dari sebulan usia perkahwinan mereka membawa ke setahun, masih belum ada khabar baik yang boleh dipersembahkan buat bonda. Jika diikutkan hati, serik rasanya untuk menjejakkan kaki ke kampung Izzat.

"Sayang temankan Azah, boleh? Kita pergi PPUM?" Tanya Azah.

"Mana ada masa. Sayang penat lah nak kesana. Jauh!" Komen Izzat.

Azah menahan rasa lagi. Terluka mendengar jawapan balas Izzat. Padahal selama setahun bernikah ni, hanya Azah yang berulang alik dari PJ ke Banting untuk "menghidupkan" rumahtangga mereka.

'Dah tu selama ni isteri dok ulang alik ni, tak jauh ke?' Azah meluahkan rasa bengang tapi tentulah sekadar dalam hati sahaja.

"Tak apalah kalau macam tu, Azah pergi dulu. Nanti apa-apa keputusan, Azah beritahu sayang" Azah mengalah.

Kalau pun Izzat ikut, dengan reaksi balas Izzat itu nanti, risau kalau-kalau Izzat tidak dapat menahan perasaan kalau kekurangan berpunca dari dirinya.

*****

"Keturunan bonda tak ada satu pun yang mandul. Azah tu, bonda tengok, semua mak cik dia, sepupu dia mudah aje lekatnya. Entah dia anak angkat. Entah dia mandul, dapat siap dari mana-mana. Itu yang sampai sekarang belum ada hasil.

Padahal, dah dekat setahun kahwin. Apalah malang aku, idamkan cucu tapi sampai sekarang belum ada tanda" Bebelan bonda itu didengari secara tidak sengaja sewaktu dia mahu menghantar barang dapur yang dibeli dibandar Kuala Lipis sewaktu mereka berdua balik untuk hujung minggu itu.

Namun terhenti langkahnya. Dia mengundur semula untuk berjalan menuju ke pintu utama, tidak mahu bonda dan kakak Izzat menyedari kehadiran dia sebelum bahunya disentuh seseorang.

"Pedulikan bonda tu. Sebelum kami dapat anak sulung, ayah dengan bonda menunggu hampir 5 tahun jugak. Azah jangan simpan dalam hati. Buat tak tahu saja. Jangan stress, ya?" Pujuk Izam, ayah mentuanya.

Azah tersenyum tawar sahaja, masih bersedih tetapi sekurang-kurangnya Izam tidaklah menyalahkan dia seperti Maimunah.

*****

"Sayang, jangan tidur lagi. Ovulation Prediction Kits (OPK) Azah dah double line, terang sangat pulak tu. Please sayang" Demi berusaha mendapatkan cahayamata, Azah pejamkan mata, memendam rasa malunya dan memulakan langkah pertama.

Sejak dari bulan ketiga, Azah sudah merasa terdesak. Dia melupakan perasaan segan silu hingga adakalanya Izzat menuduh dia sebagai seorang perempuan yang terlalu mengikut nafsu. Tak pernah cukup. Kalau lah Izzat faham perasaan dia apabila mendengar semua kata-kata yang menghiris dan meremukkan perasaan

"Sayang penat lah. Esok boleh lagi kan?" Izzat sudah melelapkan mata.

"Esok pagi Azah dah nak kena balik PJ. Kalau esok peluang nak mengandung tu rendah dari hari ni." Bisik Azah perlahan, hampa dengan penolakan Izzat.

"Esok pagi lah. Sempat lagi. Ayang balik lepas Asar jelah. Balik awal sangat buat apa?" Gumam Izzat.

"Okey" Azah gigit bibirnya sendiri, menyembunyikan rasa kecewa.

Izzat tak perlu menghadap cerca nista orang-orang. Maka seronok sahaja dia bersenang lenang. Yang tertekannya di pihak isteri. Azah, sebetulnya. Manusia itu tak pernah adil menghakimi, jika lambat berkahwin, puncanya wanita terlalu memilih. Lambat dapat anak, puncanya wanita juga yang mempunyai masalah kesuburan.

Segalanya disalahkan pada wanita!

Arghhh, geram.

*****

"Puan tiada masalah kesihatan" Ayat doktor ini bagaikan satu rahmat bagi dirinya, boleh lah Azah menarik nafas lega.

"Pemeriksaan penuh yang kita lakukan sejak 8 minggu yang lepas, menunjukkan tiada apa-apa masalah. Period puan regular, tiub tidak tersumbat, telur pun ada pada hari ke-14 tu. Matang, cantik pula saiznya 2.7 CM.

Puan ingat tak masa kita buat ultrasound tu? Saya ada tunjukkan pada puan, ada 3 telur yang dihasilkan pada waktu subur puan yang lepas. Berukuran 2.6 CM hingga 2.9 CM.

Rahim bersih. Tiada cyst, tiada fibroid. Jujurnya, tiada apa-apa masalah kesihatan pada diri puan. Bila hasil ujian puan begini, saya cadangkan puan ajak suami untuk buat ujian sperma untuk melihat keadaan sperma nya.

Jika hasil ujian dia juga normal, maksudnya belum rezeki puan dan suami untuk menimang cahayamata. Lagi pun, mengikut pada kata-kata puan, puan dan suami PJJ, kan? Cuma berjumpa waktu hujung minggu?" Tanya Doktor Mala.

"Maksudnya, saya subur ya, doktor?" Tanya Azah.

Doktor Mala mengangguk. Wajah Azah yang tadinya kelam bagaikan sedikit bercahaya dengan harapan.

"Ikutkan keputusan yang ada di tangan saya ni, memang tiada masalah. Puan ajak lah suami untuk buat ujian sperma. Saya akan berikan surat rujukan dan aturkan janji temu. Ujian ini bukan apa, sekadar menguji dan mengesahkan keadaan kesihatan serta kualiti sperma suami"

"Saya takut suami tak setuju" Balas Azah.

"Tak apa, puan cakap dulu dengan suami, selepas tu telefon saya untuk saya aturkan tarikh janji temu. Sebenarnya setahun masih baru dan normal jika puan masih lagi belum mengandung.

Tetapi memandangkan puan dah mula datang berjumpa saya, suami pun boleh mula. Jika betul ada masalah, lebih cepat kita boleh bermula untuk rawatan yang boleh membantu proses kehamilan" Terang Doktor Mala.

"Baik doktor. Nanti saya terangkan pada suami saya"

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience