Rate

Bab 14 : Bermakna kah?

Romance Completed 402255

Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
Ogos 2010

'Apa yang awak boleh janjikan kalau saya terima awak, Izzat?'

'Azah tak percayakan abang ke, bila abang cakap abang akan jadikan Azah wanita paling bahagia di dunia bila Azah terima abang?'

'Saya tak tahu nak cakap macam mana. Sebab susah saya nak percaya pada orang. Saya takut bila saya terima awak, awak berubah.' Jawab Azah.

Izzat berdiam pula berdiam diri mendengar ayat yang keluar dari mulut Azah. Terdiam, sebetulnya.

'Azah kena percaya je pada abang. Abang akan buktikan. Cara pertama, abang akan setia menunggu Azah balik dari Manchester.'

'Saya tak janji saya akan terima awak. Kalau saya cakap tak nak, awak jangan paksa saya. Boleh?' Tanya Azah.

'Okey, abang janji tak paksa Azah. Tapi kita boleh contact each other. Kan? Macam waktu kita berkawan sekarang?'

'Boleh. Tapi macam tu jugak lah kita. Saya takkan luangkan masa reply mesej dari awak tak berhenti. Kalau saya ada masa, saya balas.' Azah memberi amaran awal-awal, tidak mahu kalau-kalau Izzat menyimpan harapan yang terlalu tinggi.

Sedangkan dia tiada walau sebesar zarah sekalipun perasaan pada Izzat.

'Okey, abang janji! Azah bawak abang jumpa keluarga Azah boleh? Tak best pulak rasanya kawan dengan anak perempuan orang tapi tak maklumkan pada mak ayah dia.' Izzat sudah tersengih-sengih gembira bagaikan kera mendapat bunga.

Azah mengangguk sahaja. Tiada perkara pelik atau istimewa pun untuk dia memperkenalkan kawan-kawannya pada abah dan ibu. Begitu juga dengan Izzat.

*****

Azah meramas rambutnya sendiri apabila teringatkan kenangan perbualannya bersama Izzat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) sewaktu dia mahu berangkat ke United Kingdom (UK) untuk menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana (Master).

Kenapa Izzat yang tu, dan Izzat yang sekarang selepas 2 tahun usia perkahwinan mereka begitu berbeza? Kat mana salahnya dalam rumahtangga ni? Apa puncanya mereka berdua tak bahagia padahal mereka kahwin rela sama rela.

Azah menarik nafas panjang. Telefon bimbitnya yang nombornya diketahui ramai sudah dimatikan. Selepas kemalangan tempohari, Azah membeli telefon bimbit untuk kegunaan peribadinya berurusan dengan Madihah dan rakan sekerja. Dia betul-betul tidak mahu diganggu oleh ibu dan Izzat.

^Bermaknakah tiap baris kata-kata,
Atau kah hanya di bibir saja?
Bersungguh kah rindu yang engkau pamerkan,
Atau kah sekadar lakonan?^

Entahlah Izzat, Azah pun tak tahu kemana arah kita selepas ni. Penat rasanya nak berlakon mencintai bila hati dah tak sudi nak menyayangi.

*****

"Takkan kau tak tahu Azah pergi mana? Kau kawan serumah dia kot." Tengking Izzat.

"Memang lah kawan serumah. Tapi aku bukan laki dia. Tak pelik untuk aku tak tahu dia pergi mana. Kau tu SUAMI AZAH, takkan kau tak tahu ISTERI KAU pergi mana?" Balas Madihah tak nak kalah.

Sengaja ditekan suaranya apabila dia menyebut perkataan suami Azah dan isteri kau tu. Gila lah lelaki ni, datang ketuk pintu rumah macam nak roboh. Lepas tu menjerit macam orang tengah histeria semata nak cari isteri.

"Madihah, aku tanya kau sekali je lagi. Azah pergi mana?" Izzat masih menjerit.

"Aku tak tahu. Kau nak aku eja satu-satu ke Izzat?" Balas Madihah, juga menjerit.

"Aku nak pergi report polis. Kalau kau ada kaitan dengan kehilangan Azah, aku akan pastikan kau meringkuk dalam penjara!" Ugut Izzat.

Madihah mengangkat bahunya seraya membuat gaya seolah dia baru sahaja mengaminkan doa.

"Alhamdulillah akhirnya manusia ni dah waras. Dah reti macam mana nak cari isteri dia tanpa perlu menjerit macam orang gila dekat depan rumah orang. Pergi sana, jangan datang lagi dah. Bising. Nak rehat pun tak boleh." Sebaik menuturkan ayat itu, pintu rumah dihempas kasar oleh Madihah, sehinggakan dirinya sendiri juga terkejut.

"Fuhh, boleh tahan eh garang Madi." Usik Maszura yang sudah terkekeh gelaknya melihatkan pertengkaran antara Madihah dan Izzat.

"Itulah, Madi sendiri pun terkejut. Hahahaha. Elok-elok singa tidur, dia bantai kejut. Memang marah lah. Apalah Izzat ni. Suka betul memaksa. Patutlah Azah mengelak dari dia." Bebel Madihah.

Maszura hanya mengangkat keningnya.

"Dah lah, rumah tangga mereka, pandai lah mereka mengurusnya. Kita jangan campur tangan, melainkan dia naik tangan dekat Azah." Komen Maszura.

"Yalah kak." Balas Madihah, bersetuju dengan Maszura walaupun hatinya masih bengang dengan Izzat.

Enjoy reading! :) Olay sabar tau, nanti kita stop cerita pasal Izzat dah XD Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience