Rate

Bab 37 : Pujukan

Romance Completed 402255

"Sya, Sya okey tak ni?" Tanya Zainab sambil mengusap rambut panjang Haneesya yang di tocang satu.

Risau kalau-kalau dari luaran sahaja Haneesya kelihatan okey, tapi tidak pada perasaan dalamannya.

"Sya okey ma. Jangan risau. Sya pun tak sangka Izzat tu jenis manusia yang perangai macam tu. Kalau Sya tahu, Sya awal-awal lagi tak bersetuju dengan idea gila dia." Jawab Haneesya geram.

"Tak apalah Sya, ada sebab kenapa Allah temukan Sya dengan dia. Alhamdulillah, walaupun Sya sayang dekat dia, Sya masih lagi tak buta untuk membuat pilihan yang tepat." Ulas Zainab.

"Ya ma, Sya tahu, kalau Sya paksa, papa akan setuju. Tapi Sya pulak yang belum tentu bahagia hidup dengan manusia macam tu." Balas Haneesya.

"Sya, mama harap Sya tak salah faham dengan apa yang papa mintak tu. Kalau papa bagi izin untuk Sya kahwin, mustahil papa sanggup tengok Sya hidup susah. Papa cuma nak tengok usaha Izzat tu. Kalau betul dia nak Sya, dia takkan pertikaikan. Apatah lagi nak mintak putus ni." Terang Zainab.

"Sya faham ma. Sya sikit pun tak kisah. Sebab Sya kan anak mama papa sepenuhnya. Izzat tu awal-awal lagi dah tunjuk belang. Sya percaya dengan pilihan mama papa. Paling penting, Sya percaya, itu adalah sikap sebenar dia.

Mama, mama tahu tak yang Izzat marah Sya sebab dia cakap sepatutnya mama papa tolong kami untuk sara hidup kami bila dah kahwin nanti. Sya terfikir, sampai bila nak hidup senang dengan bergantung pada papa?

Sya tahu, papa takkan kisah, tapi Sya yang akan rasa malu. Lagi Sya tak boleh terima, dia cakap yang bukan-bukan pasal papa sebab apa yang papa mintak tu. Benci betul. Dia siapa nak cakap bukan-bukan pasal papa?" Bebel Haneesya geram.

Malunya jika difikirkan semula. Selama ini Haneesya hanya fikirkan yang baik-baik tentang Izzat kerana sikap yang baik-baik sahajalah yang ditonjolkannya selama ini. Jauh di sudut hati, Haneesya bersyukur dia mendapat tahu akan sikap sebenar Izzat lebih awal.

Bayangkan bila dah kahwin baru tahu. Oh, tak sanggup!

*****

"Sya please, bagi lah Izz peluang untuk jelaskan salah faham ni. Izz bukan benci papa Sya. Bukan sengaja nak cakap yang bukan-bukan pasal papa Sya. Izz stress je. Dah tu siapa suruh papa Sya letak syarat yang berat sangat?" Sempat lagi Izzat mengomel.

"Tengok tu, awak masih lagi mengata papa saya. Izzat, saya ni lagi rela tak kahwin tau, dari kahwin dengan lelaki yang tak pasal-pasal nak kutuk mak ayah saya." Serabutnya lah berdepan dengan lelaki ini, tak habis-habis hendak memujuk namun sempat lagi diselitkan kutukan pada papanya.

Maizatul mencebik melihatkan perangai Izzat. Masih lagi suka mengejar Haneesya. Orang dah tak nak tu, tak nak lah. Jangan nak paksa-paksa.

"Jom lah Mai, kita pergi masuk kelas. Dah lambat ni." Haneesya menarik lengan Maizatul perlahan.

"Jom Sya." Mereka berdua berlalu pergi, berjalan ke arah perpustakaan untuk ke kelas mereka yang terletak di AIKOL.

Izzat pula hanya mampu mengepal kedua tangannya. Menahan kemarahan dengan layanan dingin Haneesya walaupun sudah tiga bulan berlalu dari pertemuan keluarga mereka.

"Sya, aku nak tanya sikit tau. Kau tak rasa rugi ke putus dengan Izzat?" Tanya Maizatul.

"Tak langsung. Lagi pun dia yang putuskan dulu. Bukan aku. Aku sekadar menyambut baik keputusan dia tu. Lagi pun, aku rasa dia tak sesuai untuk aku." Balas Haneesya.

"Macam mana kau tahu?"

"Melalui istikharah." Jawab Haneesya sepatah.

"Ohhh, yang kau cakap masa kau nak terima idea dia dulu, kau cakap kau dah istikharah tu ke? Lepas istikharah tu, maksudnya kau tak mimpi dia ke, sebab tu kau tahu dia tak sesuai untuk kau?" Tanya Maizatul lurus.

Haneesya tersenyum dengan kelurusan Maizatul ini.

"Mai, mimpi bukan satu-satunya tanda yang kita akan terima lepas kita buat istikharah. Kau jangan salah faham." Terang Haneesya.

"Jadi, apa tanda-tanda yang kau dapat sampai tahu dia tak sesuai untuk kau?" Tanya Maizatul lagi.

"Tanda tu boleh jadi perasaan kita Mai. Tak semestinya tanda-tanda penuh dramatik yang kita selalu tengok dekat TV tu. TV selalu tunjuk tanda mimpi je kan. Padahal, boleh jadi Allah bagi bimbingan pada kita melalui perasaan kita, atau sikap orang tu yang menonjolkan kelainan yang tak bagus.

Macam Izzat ni, dia kutuk mama papa aku tau bila dia tahu apa syarat yang papa letak kalau betul dia nak kahwin dengan aku."

"Seriuslah?" Tanya Maizatul dengan rasa tidak percaya.

"Ya, sebab itulah aku rasa dia bukan lelaki yang sesuai untuk aku jadikan suami. Mama papa pun dia tak boleh hormat, rasa-rasanyalah, bila kami dah kahwin, dia boleh hormat aku tak? Boleh jaga aku tak? Nak kahwin ni kena fikir panjang. Sebab bila dah kahwin tak boleh undur dah.

Aku perasan yang lepas aku usulkan hal nikah ni pada mama papa, aku selalu risau. Kusut. Serabut. Tapi lepas Izzat putuskan hubungan kami, aku rasa lega sangat-sangat. Macam hilang satu beban yang aku pikul. Alhamdulillah, aku harap ini yang terbaik. Dia pun kena sama-sama berlapang dada. Sebab ini pilihan dia." Tutur Haneesya, walaupun dia tahu, mustahil Izzat akan mudah berputus asa memujuknya.

Enjoy reading! :) Maaf lambat sikit. Hari ni check jari. Lambat pulak siap nya. Love, N

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-08-20 18:10:51 

buruknya perangai pijjat ni mcm mak dia


NovelPlus Premium

The best ads free experience